7

1.9K 87 6
                                    

  "AUNTY... Aelin dah nak balik dengan daddy... nak salam..." Tengku Aelin menghulur tangannya kepada Vea dan Amilya.

  "Eh, maksud Ael... mom..." laju Vea memotong.

  "Aku bukan mommy kaulah! Dasar anak haram!" Jerkah Vea keras, lihat dari wajahnya sudah tahu bahawa wanita itu sangat membencikan Tengku Aelin.

  "Vea!" Marah Tengku Ayden sebelum mengangkat Tengku Aelin ke dadanya. Dia tidak pernah melihat seorang Andrea Veana dengan perangai seperti ini. Ini bukanlah isterinya yang dia kenal dari dulu. Seorang yang penyayang dan baik.

  "See?! Abang masih lagi masuk side budak ni! Anak haram ni!" Jerkah Vea kembali. Pandangan jijik diberi pada Tengku Aelin.

  Wajah Tengku Aelin berubah takut melihat pandangan jijik Vea, itu mengingatkannya pada Yana yang telah menderanya selama 6 tahun.

  "Abang balik dulu." Akhirnya Tengku Ayden mengalah, dia tidak mahu bergaduh dengan isterinya sendiri hanya kerana seorang kanak-kanak.

  "Pergi! Jangan pernah bawa anak haram ni datang depan aku lagi!" Tempik Vea setelah Tengku Ayden melangkah pergi.

  "Hikss... aun... aunty tu... marah Ael... Ael takut..." tangis Ael di atas riba Tengku Ayden di dalam kereta Lamborghini miliknya.

  "Ael, I've told you to call her mommy." Tengku Ayden mengusap-ngusap kepala anak perempuannya yang sedang menangis dan membenamkan muka pada dada bidangnya.

  "But she mad at me... she hates me... she called me anak haram... just like mommy Yana..." tangisnnya lagi membuatkan Tengku Ayden tersenyum.

  "Mommy tak benci Ael pun... mommy perlukan masa untuk terima Ael masuk keluarga kami, itu aje... dah tak maulah nangis-nangis! Nanti tak antek! (Cantik)" usik Tengku Ayden sambil mencium geram pipi Tengku Aelin.

 
  TENGKU Ayden memandang sosok Tengku Aelin yang sedang lena dibuai mimpi. Dari tadi dadanya terasa sesak. Langkah demi langkah dia berlari menuju ke bilik ofis peribadinya.

  Nafas lelaki itu tersangkut-sangkut. Dadanya pula terasa sesak.

  BAM!

  Dia menghempas pintu bilik ofisnya dengan kuat sebelum tubuhnya jatuh ke lantai dengan perlahan. Lutut bergerak rapat ke dada tangan naik menutupi telinga, air mata mula membasahi pipi licinnya. Inilah perkara yang paling dia takuti. Anxiety disorder.

  "Tak... tak nak! Jangan kacau aku! Ak... aku tak buat... aku tak... aku tak rogol dia... aku bukan pedophile!" Jerit Tengku Ayden yang sudah menangis teresak-esak, dadanya semakin merasakan sesak. "Cobra..." panggilnya perlahan apabila dia melihat sosok tubuh sendiri di hadapannya.

  "It's been a long time, Tengku." Ujar Cobra dengan nada bekunya, senyuman sinis ditarik pada hujung bibir.

  "Apa yang kau nak?! Kenapa kau tiba-tiba muncul?!" Jerkah Tengku Ayden, sesak di dadanya tadi dilupakan. Perasaan marah pula yang membara dalam dirinya sekarang.

  "Kau dah tak kuat, Ayden. Once you give up, I'll take over the control of your body." Jelas Cobra berkata sebelum lenyap umpama habuk bertebangan.

  "Daddy? Kenapa daddy dekat atas? Ael takut tidur sorang..." suara Tengku Aelin mengejutkan Tengku Ayden, bahu lelaki itu terhinjut sedikit kerana terkejut.

  Melihat Tengku Aelin yang kelihatan mengantuk itu membuatkan Tengku Ayden tersenyum nipis sebelum mengangkat tubuh mungil Tengku Aelin ke bilik tidurnya.

  TENGKU Ayden berdiri di hadapan sebuah kubur yang tertulis. Hanz Rayyan, sahabat lamanya.

  Tengku Aelin ditinggalkan di rumah dijaga oleh mak Allen dan bodyguards untuk keselamatan.

  "Rayyan... aku tak kuat... aku dah tak kuat... ajarkan aku Rayyan... ajarkan aku cara untuk jadi kuat macam kau..." Tengku Ayden jatuh melutut dengan air mata mengalir di pipi. Ya Allah dia tidak kuat.

  "Aku tak kuat! Ajar aku cara untuk jadi kuat macam kau! Aku... aku tak nak Cobra ambil alih badan aku... aku tak nak... tolong aku Rayyan..." rayu Tengku Ayden sambil memeluk batu nisan milik Hanz Rayyan.

  "Macam mana kau hadap dissociative identity disorder kau? Kenapa aku tak boleh jadi kuat macam kau?" Tengisan Tengku Ayden semakin pecah. Sudah lama dia tahan tetapi semuanya sia-sia. Dia tetap gagal.

  "Kau mungkin boleh tipu dia orang tapi bukan aku, Rayyan. Surat doktor tentang dissociative identity disorder kau ada dengan aku, kenapa kau rahsiakan? Kenapa kau hadap semua tu seorang diri? Macam mana kau hadap semua tu seorang diri?!" Tengku Ayden sudah tidak kuat dengan semuanya, dia gagal. Dia gagal. Gagal. Gagal. Gagal. Gagal. Dan gagal.

  Tiba-tiba suara garau Cobra bermain dalam kepalanya.

  "Dia lemah! Sebab tu dia mati! Hahaha!"

  Tengku Ayden mencekam erat kepalanya bagi menghilangkan sakit yang teramat itu.

  "Di...diam! Kau diam!" Tempiknya. Air mata kembali membasahi pipi.

  "Rayyan, aku tak kuat... aku tak kuat... bantu aku... Ya Allah bantu aku..." serak suara lelaki itu merayu.

  "Daddy!" Tengku Aelin berlari menuju ke arah Tengku Ayden sebaik saja lelaki itu memasuki pintu utama mansionnya.

  Betis Tengku Ayden di peluk erat oleh Tengku Aelin, rindu bapak sangat!

  "Why ni? Miss daddy ke? Hm?" Tengku Ayden mengangkat Tengku Aelin ke dukungannya lalu mencium pipi tembam Tengku Aelin dengan geram

  "Rindu sangat! Daddy pergi mana? Kata sekejap tapi pergi lama juga! Hmph majok!" Tengku Aelin menyilang tangannya ke dada dengan memuncungkan bibirnya sedikit.

  Tengku Ayden tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu.

  "Amboi! Siapa yang ajar majok-majok ni? Hm?" Soal Tengku Ayden dengan tangannya memicit pipi tembam Tengku Aelin.

  "Daddy! Ael lapar..." gumam kanak-kanak itu sebelum membenamkan wajahnya ke dada bidang Tengku Ayden.

  "Lapar? Kenapa Ael tak suruh mak Allen masakkan?"

  "Nak daddy masakkan! Hehe!" Tengku Aelin mencium pipi Tengku Ayden sebelum berlari supaya tidak di cubit oleh lelaki itu.

  "Hey! Hahaha!" Lebar senyuman Tengku Ayden sebelum mengejar anak perempuannya.

  "Hah! Daddy! Tadi mama call!" Ujar Tengku Aelin, hampir saja dia terlupa yang Amilya menelefon kepadanya sebentar tadi. Langkah Tengku Ayden tiba-tiba terhenti.

"Mama? Mama Amilya ke?" Soal Tengku Ayden terkejut. Tengku Aelin mengangguk perlahan tanda betul.

"Mama Lia cakap mommy demam, mommy rindukan daddy tapi mommy tak nak jumpa daddy." Ujar Tengku Aelin perlahan, pandangannya jatuh ke bawah.

"Ael risau... daddy pergilah tengok mommy... Ael duduk kat sini dengan mak Allen... Ael tak nak ikut... mommy tak suka Ael..." gumamnya perlahan, langsung tidak mahu bertemu mata dengan Tengku Ayden.

"Look at me, sweetheart." Tegas Tengku Ayden mengarah membuatkan Tengku Aelin terus memandang mata coklat mudanya.

"Kita pergi jumpa mommy sama-sama. And that's final. You heard me, sweetheart?" Wajah Tengku Ayden berubah tegang.

Perlahan Tengku Aelin mengangguk.

"Now, go change to another outfit." Tengku Aelin mengangguk sekali lagi lalu berlari ke biliknya untuk menukar baju seperti yang di arahkan oleh Tengku Ayden.

"Arghhh! Daddy!" Tempik Tengku Aelin dari dalam bilik tidurnya, macam marah...

Tengku Ayden melepaskan tawa besar melihat muka masam anak perempuannya.

"Kenapa baju Ael hilang semua?! Kenapa ada dress aje dalam almari Ael? Daddy tukar?!" Marah Tengku Aelin, mulutnya tidak berhenti memuncung.

"Iya! Takkanlah Ael nak pakai seluar aje selalu, dress tu pun sesuai dengan Ael tau. Dah pergi pakai sebelum daddy tinggal." Usik Tengku Ayden, suka sangat buat orang marah.

"Taknak kawan daddy!" Jerit Tengku Aelin dalam perjalanan ke bilik tidurnya semula membuatkan Tengku Ayden ketawa besar

estellesses

My Greatest Love, Tengku Ayden [OG]Where stories live. Discover now