5

1.9K 81 13
                                    

  "TENGKU, saya ada buatkan teh untuk tengku." Ujar mak Allen lalu meletakkan secawan teh dihadapan Tengku Ayden.

  "Terima kasih, mak Allen..." ucap Tengku Ayden sebelum mencapai teh di atas meja kopi dihadapannya itu.

  "Daddy-daddy! Uncle Fayyadh, uncle Adryyan dengan uncle Haider tak nak datang ke?" Soal Tengku Zayden yang sudah terlihat kesal itu.

  "Hm? Kenapa? Kan uncle Dyler dengan uncle Khai ada tu?" Soal Tengku Ayden kembali, dah dapat paha nak betis!

  "Tak shoklah main dengan uncle Dyler dengan uncle Khai! Gaduh aje kerja dia orang!" Jelas Tengku Zayden sambil menjuih bibirnya.

  Mendengar kata-kata anaknya itu, Tengku Ayden mengerling sekilas ke arah Dyler dan Khai yang sedang bermain uno kad di atas sofa empuk itu.

  "Woi! Kau main tipu! Kau curi kad aku kan?!" Marah Khai sambil menarik-narik rambut Dyler.

  "Tak baik fitnah orang!"

  Tengku Ayden mengeluh perlahan melihat mereka berdua bergaduh mengalahkan budak-budak.

  Sudahlah rindu bini, stres dengan anak-anak. Makin tambah stres pula dengan anak syurga dua orang ni.

  'Aku seteres!' Jerit Tengku Ayden di dalam hati.

  FAYYADH sedang menonton movie bersama Luthman dan Ayla di atas ribanya. Kepala Ayla diusap perlahan manakala paha Luthman juga diusap oleh Fayyadh.

  "Papa rindu dekat mamalah.." gumam Fayyadh di sebelah telinga anak-anaknya.

  Luthman dan Ayla mengeluh perlahan, "Dah empat hari mama pergi bercuti, empat hari ni jugalah papa selalu cakap rindu mama, rindu mama, rindu mama!" Ujar Luthman dengan kesal.

  Ayla mengangguk sambil menyilang tangannya ke dada selepas mendengarkan kata-kata abangnya itu.

"Iyalah! Suami mana yang tak rindu isteri? Cakap senanglah kau orang berdua ni!" Fayyadh terjebik tanda protes.

Luthman dan Ayla hanya melayan gelagat papa mereka itu.

Tanpa mereka perasan bahawa Amilya sudah berada di dalam rumah dengan mereka. Diam-diam dia masuk ke dalam tanpa anak-anak dan suaminya perasan.

Perlahan dia mendekati sofa empuk yang diduduki suami dan anak-anaknya.

"Mbaa!!" Jerit Amilya.

"Bapak kau hitam!" Latah si Fayyadh terkejut dengan jeritan Amilya.

"Sayanggg! I missed you!" Fayyadh terus memeluk tubuh mungil isternya. Amilya melepaskan tawa lembut melihat perangai manja Fayyadh.

"Manjanyaaa cinta hati saya ni! Mwuah! Mwuah!" Amilya mencium kedua belah pipi Fayyadh dengan geram lalu memicit pipi mulus suaminya.

"Ish, wifey ni!" Fayyadh menjuihkan bibirnya, depan anak-anak ni tak bolehlah nak bermanja sangat!

"Hahaha! Kan comel tu!" Tawa Amilya lagi.

BUNYI beberapa ejakan tapak kasut menghampiri bilik ofis yang tertulis 'CEO, Fayyadh Al-Hakim.'

  Perlahan mereka menolak pintu ofis itu lalu melangkah masuk.

  Fayyadh yang sedang fokus dengan dokumen di tangannya mengalihkan pandangan ke arah mereka berlima.

  "Apasal datang ofis aku ni? Tak ada kerja ke?" Soal Fayyadh sebelum mengalihkan semula pandangannya pada dokumen di tangan.

  "Yana... hidup lagi..." perlahan Tengku Ayden bersuara.

My Greatest Love, Tengku Ayden [OG]Where stories live. Discover now