Pintu rumah ditolak kasar dari luar lalu mencampak beg tangan di atas katil seraya menjerit geram. Betapa emosinya dia saat mendengar kekasihnya bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan. Ugh! Begini cintanya dibalas? Bertahun-tahun dia jalin hubungan dengan Reza, semudah itu Reza mendapat wanita yang ingin dinikahi?!
Hanya 2 tahun dia minta Reza menunggu dia untuk kejar impian dia. Tetapi, Reza menghkhianatinya dengan membunuh cintanya dalam diam. Malia menjerit histeris dengan jiwa panas membakar. Segala harta benda yang ada di sana, dihancurkan seperti mana hancurnya hati dia saat ini. Tak sedar jika air mata merembes keluar. Dia terlalu makan hati dan sedih dengan nasib hubungannya yang terbina selama 5 tahun.
Hanya 2 tahun saja dia mahu!
Tapi Reza hanya anggapi permintaannya dengan mudah.
Malia berhenti. Dia terduduk menangis di atas lantai berlapik permaidani. Mencengkam bulu permaidani dengan tangisan sendu dan hampa. Cincin yang tersemat di jari hantu, dipandang kabur. Malia cabut cincin itu lalu dibaling.
"Arghhhh I benci you, Reza! I benci!!!" jerit Malia lantang, mengisi ruang kamar yang sudah tongkang pecah.
Malia perlahan-lahan peluk kedua-dua kakinya. Memangku kepala di atas lutut. Menangis teresak-esak. Tak teratur kondisinya saat ini. Keluar dengan penampilan cantik, balik dengan penampilan kacau. Wajah yang ditata rias cantik, sudah comot dengan air mata. Diharapkan setelah pulang dari Jakarta, dia dapat berita baik bersama Reza. Rupa-rupanya, berita lain yang dia dapatkan.
Sakitnya tak terkata. Bukan itu saja, kedatangannya di rumah Reza bahkan tidak disambut baik oleh ibu Reza. Datin Kartini, ibu Reza yang tak pernah sukakannya kerana dia berpenampilan seksi dan tidak sopan. Segala macam cara dia dapatkan hati Datin Kartini, akhirnya begini dia dapat balasan. Dibalas dengan tikaman tak kasat mata di hati yang sedia berdarah. Tak cukup di situ, Datin Kartini menghinanya.
Malia sedar jika dia tak layak bersama Reza tetapi dia selalu berusaha sehabis baik untuk tambat hati keluarga Reza.
Malia ketawa. Gadis itu mendongak kepala. Melihat syiling kamar bersama tawa kosong. Tawa kosong yang terisi kesakitan dan kecewa. Malia hantukkan kepalanya beberapa kali di kayu ranjang. Sebagai petanda ingin redakan kesakitan di hati, dia sanggup menghantuk kepalanya.
Tok! Tok!
"Malia sayang? Kamu kat dalam ke, nak?"
"Nak apa?!" sahut Malia kasar.
Puan Melisa dan Tuan Nil saling berpandangan. Mereka rasakan ada yang tak kena dengan anak mereka. Balik saja, terus masuk dalam bilik. Lalu, menjerit-jerit dan terdengar barang berjatuhan di dalam. Langsung mereka berlari ke bilik Malia untuk tahu keadaan Malia.
"Malia, kalau ada sesuatu yang tak kena, bagitahu mama dengan papa. Reza buat apa kat kamu?" Kata Puan Melisa lembut lalu menyoal tentang Reza. Puan Melisa yakin amukan Malia ada kena dengan Reza. Jika tidak, anak itu tak akan seperti ini.
Malia tersengguk. Dia memandang pintu dengan deraian air mata. "Mama tahu kan Reza nak kahwin?" Lirih Malia.
Puan Melisa dan Tuan Nil tergamam. Mereka sudah agak! Malia sudah tahu perkara itu. Sepatutnya mereka halang Malia keluar berjumpa keluarga Reza. Kalau mereka halang, pasti Malia tak akan jadi macam ni. Namun, lambat laun Malia akan tahu juga hubungan Reza dengan perempuan itu.
"Lia..."
"Why you didn't tell me?! Mama suka kan tengok Lia sakit macam ni?! Mama papa tahu Reza nak kahwin tapi kenapa tak bagitahu Lia?! 2 tahun je Lia minta tunggu tapi ini yang Reza bagi dekat Lia?! Lia minta 2 tahun sebab Lia nak kejar impian Lia. Kenapa semua orang tak faham Lia?!"
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐞𝐬𝐚
RomanceReinkarnasi? Mengarut! Tak pernah percaya pada benda-benda sebegini. Tetapi, bagaimana pula bila jiwa seorang gadis yang ditikam oleh kekasihnya, telah masuk dalam badan seorang maharani pada tahun 80'an? Il Morana Mahesa, seorang maharani yang pol...