BAB 5

203 65 4
                                    

Sampai di hospital, Malia dilarikan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Keadaannya yang kritikal membuatkan Malia sukar untuk diselamatkan. Puan Melisa menangis-nangis memanggil nama anak perempuannya. Terkejut bukan kepalang orang tua itu melihat satu-satunya anak mereka, terbaring tak bernyawa di atas lantai dapur dengan darah melimpah keluar mengotori lantai jubin. Entah jam berapa Malia pulang, tahu-tahu mereka diberi pandangan yang tragis dari anak mereka.

"Encik dan puan tolong tunggu di luar." Kata jururawat kepada Tuan Nil dan Puan Melisa. Puan Melisa hanya mampu terduduk di atas lantai. Menangisi nasib Malia. Tuan Nil menggosok bahu isterinya. Dia juga terpukul dengan keadaan anak mereka. Sekarang, dia hanya perlu menunjuk kuat di depan Puan Melisa.

"Anak kita, bang... Siapa yang sanggup buat anak kita macam ni... Ya Allah," rintih Puan Melisa di dada Tuan Nil. Hancur hatinya melihat keadaan Malia yang sangat kritikal. Puan Melisa tak tahu adakah dia diberikan khabar yang baik atau buruk. Selebihnya, Puan Melisa hanya berserah kepada Tuhan. Semoga anaknya tidak apa-apa.

Tuan Nil pejam mata. Dia juga tak dapat syak siapa yang mencuba bunuh anaknya. Kalau dia dapat manusia durjana itu, memang manusia itu terima balasan yang setimpal darinya!

"Kita doa yang terbaik untuk Malia ya, sayang. Insya-Allah, anak kita akan selamat atas izin Allah." Ucap Tuan Nil menenangkan isterinya. Dibawa Puan Melisa duduk di atas kerusi menunggu. Puan Melisa tersedu-sedu. Dia tak dapat bayangkan jika dia kehilangan Malia.

Seburuk apa pun sikap Malia, Malia tetap satu-satunya anak yang dia ada.

Tiga jam rawatan berlangsung, akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan. Tuan Nil dan Puan Melisa segera bangun mendapatkan Doktor Fadil. Mereka baru saja datang semula selepas melakukan solat Isyak. Berdoa bersungguh-sungguh untuk anak mereka. Diharapnya, doa mereka termakbul. Keputusan Doktor Fadil sangat memberi harapan yang besar.

"Adakah Encik dan Puan ibu bapa pesakit?" tanya Doktor Fadil ingin kepastian.

"Ya! Saya ayahnya dan ini ibunya. Macam mana keadaan anak saya doktor?" sahut Tuan Nil lalu menyoal tentang keadaan anaknya. Jantung berdegup laju menunggu jawapan Doktor Fadil. Dalam hati memanjat doa agar anaknya tidak apa-apa!

Doktor Fadil mengukir senyuman nipis.

"Setelah lama anak Encik dibiarkan selama 30 minit lebih, anak Encik dan Puan banyak kehilangan darah. Tapi atas izin Allah, anak Encik dapat diselamatkan. Cuma keadaan anak Encik sangat kritikal. Jangka anak Encik akan sedar, saya tak dapat pastikan. Mungkin makan berminggu, berbulan atau bertahun. Kami akan letak anak Encik di bilik ICU. Pemantauan akan diterima oleh ahli keluarga terdekat sahaja buat sementara waktu. Banyakkan berdoa, Encik. Insya-Allah sampai waktunya, dia akan bangun."

"Allah... Anak mama. Syukur alhamdulillah anak mama selamat..." Menitik air mata Puan Melisa mendengar. Meskipun hati bagai ditimpa batu besar mendengar Malia kritikal, dia sangat bersyukur Malia masih dapat bertahan.

Tuan Nil senyum mengangguk. Dia bersalaman dengan Doktor Fadil. "Terima kasih banyak, doktor. Terima kasih..."

Doktor Fadil tersenyum. "Sama-sama, tuan. Saya minta diri dulu."

Pergi saja Doktor Fadil, Tuan Nil berbalik memeluk Puan Melisa yang menangis. Pasangan itu saling berbalas pelukan dan tangisan. Tak henti mulut mereka mengucap syukur ke hadrat ilahi.

"MALIA..."

"Malia, bangun sayang..."

Seorang wanita yang terbaring di atas ranjang kamar tidur yang luas, mewah dan megah, langsung terbangun dari tidur panjang saat dilanda mimpi buruk. Nafas bagai tersedut sampai dada kembang kempis menghirup udara yang seperti sudah lama tidak bernafas. Peluh dingin mengalir di sekitar pelipis. Pipi merona merah tanda tubuh sedang naik suhu bahang. Kemudian, wanita itu kelip mata perlahan sambil tangan naik menyentuh dada yang mula berdetak normal.

𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐞𝐬𝐚Where stories live. Discover now