BAB 6

300 91 11
                                    

Suara yang memanggil membuat Mahesa yang baru duduk di atas kerusi empuk, menoleh. Dia bangun kerana dia yakin wanita itu ialah Bonda Maharani yang dikatakan oleh Kareena. Bonda Maharani Kenanga terus memeluk Mahesa. Suara terharu dan gembira menendang pendengaran Mahesa yang bingung, tak tahu mahu balas apa atas sambutan Bonda Maharani Kenanga. Adakah ini ibu Mahesa?

"Ya Allah syukur sangat menantu bonda dah bangun! Setiap hari bonda doa supaya Maharani cepat sempuh dan bangun dari koma. Rindunya bonda dengan Maharani..."

Oh menantu.

"Erk... Ya ya. Saya dah bangun." Kekok benar Mahesa membalas.

Bonda Maharani Kenanga lepas pelukan. Wajah Mahesa ditatap penuh kasih.

"Ini bonda. Bonda harap Maharani tak lupa bonda. Bonda yakin racun tu dah buat memori Maharani kacau sepenuhnya. Maafkan bonda sebab tak peka dengan keadaan. Bonda lalai," kata Bonda Maharani Kenanga sedih. Diusap wajah Mahesa yang sedikit pucat. Bibir Mahesa juga kering.

Mahesa angguk samar. Siapalah yang racun Maharani Mahesa? Kalau dia tak kena racun, mesti aku takkan masuk dalam badan dia!

"Saya..."

"Maharani!"

Baru saja Mahesa ingin membalas, satu suara lagi menyampuk perbualan mereka. Serentak semua memandang ke arah sumber suara yang kuat itu. Mereka semua menunduk hormat kepada Jebat yang nampak termengah-mengah. Mesti Jebat berlari ke sini. Mata Mahesa tak berkedip melihat Jebat. Mata menyelidik penuh visual jejaka itu. Dari bawah sampai atas!

Oh Tuhan... Ciptaan apa ini sehingga dia tak dapat alihkan tatapan walau sekejap? Mahesa lepaskan tangan Bonda Maharani Kenanga lalu berjalan perlahan ke arah Jebat yang juga berjalan ke arahnya. Wajah Mahesa jelas terlukis bahawa dia takjub dengan ketampanan Jebat.

"Maharani..." Senyuman gembira di bibir jejaka itu terukir. Mata jejaka itu berkaca. Tanpa kata, tubuh isterinya ditarik dalam pelukan. Erat dan kejap!    

Bonda Maharani Kenanga dan semua di situ tersenyum lebar melihat pasangan itu. Bonda Maharani Kenanga kesat air mata di hujung mata. Dia tak pernah sangka akan melihat Jebat memeluk Mahesa di depan mata. Jebat merelakan diri untuk peluk Mahesa buat pertama kali!

Mahesa bingung. Dia tak tahu nak balas apa.

"I'm so glad you're alive, sayang."

Sayang? Adakah mungkin Maharaja Jebat itu, jejaka di depannya?

Bonda Maharani Kenanga perintah semua dayang keluar dari bilik itu. Memberi ruang kepada pasangan itu untuk bertemu. Semua meninggalkan pasangan itu. Kareena tutup pintu kamar. Kini, tinggal pasangan itu saja.    

Jebat lepaskan pelukan. Kedua-dua bahu Mahesa digenggam, menatap wajah itu sayup. Mahesa hanya membalas tatapan itu dengan pipi merona. Mahesa akui kalau Jebat lebih tampan berbanding Reza! Kenapa lelaki seperti Jebat tak muncul dalam kehidupannya?! Jebat tarik Mahesa duduk di atas sofa. Mahesa ikut saja seperti lembu dicucuk hidung. Dia belum tahu siapa Jebat!

"You siapa?"

Kening Jebat terangkat.

"Abang?" Jebat tersenyum. Wajah tertanya yang ditayang Mahesa membuat hati Jebat diserang rasa geram kepada Amara. Kesan racun itu juga membuat memori isterinya hampir terpadam?!

"Abang suami awak, Mahesa. Awak tak ingat?"

Mahesa ternganga kecil. Suami?! Lelaki tampan ni suami aku?! Mahesa mengalih pandangan. Menggeleng perlahan.

"Lagi boek dari Reza." Kata Mahesa sendiri.

"Apa dia? Abang tak dengar,"

"Eh tak ada. Tak ada apa pun!" Mahesa cepat senyum. "I cakap you nampak hensem hari ni! Mesti ada ramai perempuan nak you masa I koma, kan?" Mahesa sengih. Rambut diselit ke telinga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐞𝐬𝐚Where stories live. Discover now