Menjelang Maghrib, Malia baru tiba di depan rumah. Gadis itu keluar dari kereta dengan senyuman senang. Berjalan gembira. Malia tak kisah apa dia lakukan hari ini. Janji, dia dapat buat Adriana menyesal kerana cari gara dengannya. Kasut dilucutkan lalu masuk ke dalam. Seisi rumah tiada orang. Malia tilik jam tangan. Ya wajar kerana sekarang waktu Maghrib. Pasti orang tuanya sedang solat.
Malia tutup pintu lalu menuju ke dapur. Cari air. Haus! Malia letak beg tangan atas meja pantri. Air Coway diambil. Diteguk sampai habis. Malia letak kasar cawan atas kabinet. Tatapannya berubah sinis. Apalah yang akan terjadi hari ini selepas Adriana melihat gambar itu?
Adakah Adriana akan minta pisah? Malia senyum lebar. Baguslah kalau Adriana minta pisah. Biar Adriana rasa sakit yang dia rasa!
Adriana berbalik ingin naik ke balik. Namun, matanya membulat besar saat wajah tak berperasaan milik Reza berada di depan mata. Malia tekup bibir. Dia pandang belakang Reza. Takut-takut diketahui orang tuanya.
"Reza?!"
"Apa you buat dekat sini?! Mama papa suruh datang ke? Kenapa I tak tahu pun?" Mata Malia berbinar teruja. Dia maju. Menyentuh lengan Reza. Melihat wajah tenang itu dengan perasaan gembira. Wajah ceria dan teruja kerana tak sangka begitu cepat Reza kembali pada dia.
Berguna juga apa dia buat tadi!
"Sayang... You tahu tak I rindu you macam nak mati? Kenapa you buat I macam ni? Hati I sakit bila dengar you akan kahwin dengan perempuan lain. You dah tak sayang I ke? You dah tak cintakan I?" Suara Malia kedengaran mendesak. Matanya kejap sedih, kejap marah.
"Hanya 2 tahun I minta you tunggu I, Reza. Bukan 5 tahun! You khianat cinta I. You lebih pilih dia berbanding I. You dah lupa ke kenangan kita? Janji you pada I? Ha?" Desak Malia lagi.
"Jawablah soalan I! Kenapa you tinggalkan I macam tu je?!"
"Reza, I cintakan... Ahkkk!"
"Re... Reza." Ternganga mulut Malia menerima rengkuhan keras di lehernya sehingga nafas mahu tercabut. Tangan Malia memegang kuat tangan berurat Reza yang menekan kuat lehernya. Muka Malia merah.
Reza ketap gigi. Matanya berubah merah sangar. Terpancar jelas emosi di mata bundar itu. Apa yang Malia lakukan hari ini sangat mengundang kemarahannya. Dia fikir Malia sudah buang semua gambar itu. Ternyata Malia jadikan gambar itu sebagai umpan.
"Aku takkan maafkan apa kau dah buat, Malia."
Buk!
Malia menjerit tapi cepat ditekup Reza. Berpinar matanya saat kepalanya dihentak di kabinet dapur. Darah segar meluncur deras membasahi wajah. Mengigil seluruh tubuh Malia dengan tindakan kejam Reza. Tak cukup di situ, Reza tumbuk banyak kali di perutnya lalu tampar pipinya sehingga hujung bibir pecah berdarah.
"Arhhhh..." Malia tersembam di atas lantai. Gadis itu merengkot sakit dengan air mata berderai laju. Dia melihat Reza takut sambil mengesot ke belakang. Darah mencemari lantai dapur.
"Reza, you... yang khianat I. Ke... kenapa I yang terima se... mua ni?" tersekat-sekat Malia menyoal. Nyawanya bagai di hujung tanduk sekarang.
"Sebab aku benci orang yang hancurkan hidup aku,"
Malia senyum miris. "Bagaimana pula... dengan I, Reza?"
"Hidup I pun han... cur."
Reza tolak lidah ke pipi. Dia menindih tubuh Malia lalu cengkam rambut gadis itu. Didongak paksa sehingga Malia merintih sakit. Tepi bibir Malia dicengkam sehingga memuncung. Merenung wajah itu penuh benci.
"Kenapa kau tak berambus je dari hidup aku? Aku tak nak perempuan kotor macam kau."
Hati Malia terobek. Apa? Perempuan kotor? Malia senyum getir. Air mata mengalir kaku. Bukankah dia kotor kerana lelaki ini?
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐞𝐬𝐚
RomansaReinkarnasi? Mengarut! Tak pernah percaya pada benda-benda sebegini. Tetapi, bagaimana pula bila jiwa seorang gadis yang ditikam oleh kekasihnya, telah masuk dalam badan seorang maharani pada tahun 80'an? Il Morana Mahesa, seorang maharani yang pol...