BAB 4

239 72 19
                                    

Suasana ruang kamar tidur Mahesa hening. Tiada seorang pun berbunyi walaupun Jebat dan Mahesa berada di dalam bilik itu. Jebat yang sedang menyimpul tali leher dan Mahesa yang duduk di atas katil melihat Jebat, tekun. Tak larikan pandangan walau sedikit. Senyuman dikoyak dan tatapan teduh nan lembut. Tentulah tatapan begitu membuat Jebat salah tingkah.

Jebat akui dengan kata-kata Bonda Maharani Kenanga enam bulan lalu. Mahesa tak seperti apa dia lihat selepas sehari mereka berkahwin. Dulu pemakaian Mahesa biasa-biasa saja. Sekarang, semua pakaian berjenama dipakai oleh wanita itu. Pakaian direka khas pun dipakai! Sesuai sangat dengan bentuk tubuh isterinya yang sangat ideal dan mempesona di mata sesiapa. Entah bagaimana ibunya mendidik isterinya menjadi Maharani yang jelita dan menawan.

Jebat kaku. Melihat Mahesa mula turun dari katil, berjalan ke arahnya. Lalu, tangan putih kurus itu melilit keliling pinggang. Dagu terletak atas bahu bidangnya. Jelas Jebat melihat senyuman cantik di bibir merah delima itu. Adakah Mahesa ingin menggoda dia sekali lagi?

"Abang..." Mendayu nada Mahesa menyeru suaminya.

Adakah Mahesa ingin menjerat dia sekali lagi?

Jebat tak mampu bergerak kerana separuh jiwa bagai dibawa pergi.

"Abang nak pergi lagi? Tak boleh ke abang duduk sini dengan saya je?" soal Mahesa.

Jebat tutup mata lalu hembus nafas yang terdengar sukar. Mahesa simpan senyum melihat reaksi Jebat.

"Mahesa..." Jebat berbunyi. Berbalik menghadap Mahesa. Merenung mata biru kaca itu. "Bukan ke awak cakap satu malam je? Abang dah tunaikan permintaan awak. Boleh tak awak lepaskan abang pergi sekarang?" Jebat ingatkan Mahesa semula. Entah Mahesa sengaja lupa atau memang lupa hanya kerana mereka suami isteri. Jebat yakin Amara akan marah besar selepas ini. Apatah lagi dia perasan wajah Amara berubah semalam kerana Mahesa ingin bawa dia ke bilik untuk tidur satu malam.

Mahesa senyum. "Abang..."

Mahesa peluk leher Jebat. Jebat cepat mengelak. Kalau dia tak mengelak, Mahesa akan semakin galak mengorek hasratnya sebagai suami. Jangan biar dia tergoda dengan Maharani yang licik ini! Dia menyesal menggelar Mahesa perempuan yang polos dan lemah. Buktinya, Maharani tak seperti itu! Bijak sungguh Mahesa menyimpan sisi itu hingga kini. Sesak bila menghadap.

"Mahesa, please... Jangan buat abang macam ni. Abang dah buat apa awak nak. Tolong lepaskan abang pergi. Atau awak memang sengaja nak buat abang pisah dengan Amara?" Mata Jebat mengecil. Tak mustahil Mahesa sengaja ingin buat dia dan Amara gaduh besar. Memandangkan dia sudah tahu Mahesa bagaimana.

Tatapan Mahesa berubah sendu.

"Kenapa Amara, abang?"

"Sebab Amara cinta pertama abang,"

"Abang pula cinta pertama saya,"

Jebat terkelu.

"Apa kurangnya saya, abang? Saya dah jadi perempuan yang abang inginkan. Tolong tengok saya, abang..." Mahesa mencapai tangan Jebat lalu bawa ke pipi. Nafas Jebat semakin sukar. Melihat tingkah Mahesa yang menyentuh hati.

"Saya isteri abang. Bukan perempuan simpanan abang. Boleh tak abang tengok saya sebagai isteri abang? Saya ikhlas cintakan abang. Selama ni saya tahan je bila dengar abang bersama dengan Amara tapi bila abang depan mata saya, saya tak sanggup lepaskan abang pada Amara. Saya ni isteri sah abang. Saya nak abang cintakan saya seperti mana saya cintakan abang..."

Air mata Mahesa menitik. Hampir saja teresak.

"Saya tak nak hilang abang. Abang cinta pertama saya. Saya betul-betul cintakan suami saya..." Mahesa menggeleng. Makin erat dia genggam tangan Jebat di pipi.

𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐞𝐬𝐚Where stories live. Discover now