Bab 1

6 0 0
                                    

Gerbang istana berdiri kukuh di hadapan Yu Chun, menjulang tinggi seperti tembok yang memisahkan dua dunia. Di sebalik gerbang itu, mungkin ada kemewahan yang tidak pernah dia bayangkan, tetapi ada juga bahaya yang tidak pernah dia kenal. Udara pagi terasa sejuk dan menusuk kulit, tetapi Yu Chun tetap berdiri diam, memeluk erat bungkusan kecil yang berisi seluruh harta dunianya - beberapa helai pakaian lusuh dan secarik kenangan dari rumah.

Bersamanya, puluhan gadis lain berdiri dalam barisan, wajah mereka menunduk, dan debar di dada masing-masing terasa nyata, seperti suara gendang perang yang tak berhenti berdegup.

Udara pagi yang dingin menusuk tulang. Beberapa gadis berbisik perlahan, suara mereka hampir tenggelam dalam deru angin. Ada yang menggosok-gosok tangan, ada pula yang memandang ke tanah, mengelak bertemu mata.

Tetapi tidak bagi Yu Chun. Dia berdiri tegak, kedua tangannya dibiarkan di sisi, matanya tertancap pada gerbang besar di depannya. Dadanya berdebar kencang, tetapi dia tahu, dia tidak boleh goyah. Dia sudah berada di sini. Untuk berpatah balik, tidak mungkin.

Tiba-tiba, langkah kaki berat bergema dari arah gerbang, menguasai udara pagi yang dingin. Seorang wanita muncul, berpakaian serba hitam. Tubuhnya tegap, wajahnya ketat, dan matanya tajam seperti bilah pedang. Wanita itu berhenti di hadapan mereka, memandang setiap gadis satu per satu, pandangan tajam yang sedang menilai. Tidak ada yang berani bertentang mata dengannya. Bahkan angin pun seperti enggan berhembus.

"Aku Madam Su," wanita itu memperkenalkan diri. Suaranya tegas, lantang, dan dingin. "Aku tak perlukan pelayan yang malas, lembik, atau penakut. Kalau ada antara kamu yang rasa tak mampu, lebih baik pulang sekarang.

Kata-kata itu jatuh seperti tukul memukul hati setiap gadis di situ. Seorang gadis di hujung barisan menggigit bibirnya, air mata mula bergenang. Ada yang mengelap peluh di dahi, ada yang terlihat hampir pitam. Tetapi Yu Chun tetap berdiri tegak. Hatinya mungkin gemuruh, tetapi wajahnya tidak menunjukkan sebarang tanda ketakutan. Dia tidak mahu menjadi salah seorang yang tunduk atau menangis.

Madam Su menyapu pandangannya ke arah mereka sekali lagi, matanya seperti bilah yang menyelam ke dalam jiwa. "Bermula hari ini, hidup kamu bukan lagi milik kamu.

Kata-kata itu menggema dalam fikiran mereka, menambah berat beban yang sudah tergantung di bahu. Beberapa gadis saling berpandangan, ragu-ragu dengan keputusan mereka sendiri. Ada yang hampir melangkah ke belakang, tetapi tidak berani. Bagi mereka, pintu pulang seolah-olah sudah terkunci.

Madam Su berbalik dan melangkah masuk ke dalam istana. "Ikut aku," katanya ringkas, tanpa menoleh ke belakang.

Para gadis mula bergerak, kaki mereka berat, langkah mereka perlahan. Ada yang berjalan seperti patung, kehilangan rasa dan arah. Tetapi Yu Chun melangkah dengan yakin. Di dalam hatinya, ketakutan masih ada namun tekadnya lebih kuat. Dia tahu, hidupnya tidak akan sama lagi. Tetapi dia juga tahu, ini adalah satu-satunya peluangnya. Untuk bertahan, untuk berubah, dan mungkin, untuk membuktikan bahawa dia mampu mengatasi apa saja yang menunggunya di balik pintu gerbang istana itu.

Dan ketika gerbang itu akhirnya tertutup rapat di belakang mereka, Yu Chun tahu, perjalanannya baru saja bermula.

-

Hari Pertama di Istana

Hari pertama Yu Chun di istana adalah mimpi yang jauh dari apa yang pernah dibayangkannya. Sejak subuh, dia sudah dikerah bekerja tanpa henti. Tangannya yang biasa memegang alat-alat di sawah kini menggenggam berus dan kain buruk, menyental periuk besar yang seolah-olah tidak pernah benar-benar bersih. Asap dapur yang tebal menyengat matanya, dan bau minyak basi bercampur arang hangus melekat pada kulit dan pakaiannya.

Yu Chun's Journey : Hasil Yang MemuaskanWhere stories live. Discover now