LUR | 21

306 83 7
                                        

RAQIB menekan-nekan running watch yang melilit pergelangan tangan kiri. Hari ini, dia bertekad mahu keluar berjoging setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Jadual penerbangannya agak padat kebelakangan ini dan kesibukan itu sedikit sebanyak telah mengganggu rutin Raqib untuk bersenam seperti biasa.

Pagar rumahnya ditarik dan ditutup rapat.
Baru sahaja dia ingin beredar, bunyi pintu gril dibuka menarik perhatian Raqib untuk memandang rumah jiran depan.

Lily keluar dari rumahnya bersama pakaian sukan yang lengkap. Sekali pandang, jelas kelihatan gadis itu juga ingin berjoging. Dengan hoodie windbreaker hitam, topi, tudung dan sweatpants, sah! Lily memang nak keluar berjoging!

"Good morning!" sapa Lily sambil tersenyum manis.

Raqib sempat terpinga-pinga sebelum bibirnya naik mengukir senyuman sebagai balasan kepada sapaan itu. "Good morning."

"Nak pergi joging juga ke?" tanya Lily sambil menarik pintu pagar untuk ditutup. Kalau dibiarkan terbuka, risau Tabby akan keluar merayau lagi. Jenuh dia hennak cari nanti.

"Ya…" Jom pergi joging sekali?

Sayangnya, ajakan itu hanya bergema dalam hati Raqib. Dia mahu mengajak, tetapi bimbang Lily akan menolak. Manalah tahu kalau gadis itu lebih selesa berlari sendirian untuk ketenangan.

"Nak pergi joging sekali?"

"Hah?" Raqib terkebil-kebil.

"Awak pun nak pergi joging, kan?"

Raqib angguk biarpun dia yakin itu bukan soalan yang ditanya Lily sebentar tadi.

"Jom pergi sekali. Ada kawan berborak masa berlari pun best juga. Itu pun kalau awak su…"

"Saya sudi! Jom kita pergi!"










"LILY selalu joging dekat sini ke?" soal Raqib seraya menghulurkan sebotol air mineral yang sudah dibuka penutupnya kepada Lily. Dia melabuhkan punggung pada kerusi batu, beberapa meter di sebelah gadis itu.

"Taklah selalu. Kalau saya sempat dan ada masa aje, baru saya keluar berjoging." Lily menyambut botol itu dan meneguknya perlahan.

"Oh, patutlah saya tak pernah nampak awak sebelum ni."

Lily tersenyum kecil, hanya mengangguk.
Raqib menggaru kepala, cuba mencari topik perbualan yang baharu. Dia mahu mengambil peluang ini untuk mengenal Lily dengan lebih dekat.

"By the way, dah lama ke awak belajar baking?"

Lily mengangguk. "Tahun ni dah masuk tahun kelima. Tapi Lily's Homemade tu baru empat tahun. Saya ambil masa lebih kurang setahun untuk belajar buat kek dari YouTube, right after I graduated."

"Kejap! Maksudnya, awak bukan lulusan kulinari atau bakeri dekat universiti dulu? I thought you learned how to bake since school."

"Saya… lulusan Kejuruteraan Awam, to be honest." Lily sengih malu.

Raqib terlopong. Civil engineering?! Jauhnya Lily 'melencong'! Kalau tidak, pasti gadis itu sudah bergelar jurutera sekarang.

"It's weird, I know."

"Eh, mana ada. Biasalah, tak semua kelulusan yang kita dapat selari dengan apa yang kita nak. Asalkan kita dapat capai impian dan cita-cita kita, no one else's opinion should matter. Who cares kalau kita belajar engineering, tapi end up jadi baker sekalipun? If it makes you happy, just go for it."

Lily Untuk Raqib [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang