23-July-15

253 22 1
                                    

aku punca segalanya. aku yang salah. semua yang aku buat semuanya tak kena. aku berbeza dengan akak dan adik adik aku. aku kasar, ganas, takda adab, suka melenting, fikirkan diri sendiri, takda perasaan. semua ni sifat aku. tapi aku pun manusia juga. ada juga manusia yang lain berperangai macam aku ni. tak tahu laa kalau perangai macam ni ada satu je kat dunia ni iaitu aku.

aku tak la pandai macam akak dan adik adik aku. kalau ikut rating punya knowledge. aku punya rate yang paaaaaaaaaling bawah sekali. yang pertama adik aku yang bungsu. lepas tu adik aku yang sorang lagi. then akak. lepastu baru laa aku. aku tau laa aku tak pandai sangat. jangan laa compare kan aku dengan diorang. aku tahu, diorang je yang boleh berjaya. yang boleh bahgiakan mak ngan abah. aku ni ada apa jee. dah laa kurang ajar. tak berpelajaran. memang tak layak langsung jadi anak korang.

tapi aku masih ingat. mak yang kandungkan aku selama 9 bulan. lahir depan pintu pulak tuu. aku tahu macam mana sakit mak masatu. dengan keadaan ekonomi yang merosot. aku faham. aku tahu betapa susahnya abah nak cari duit untuk sara kita empat adik beradik plus ngan mak. aku tahu.

aku tak tahu apa yang aku buat. apa yang tengah aku cari. aku rasa kosong. korang lagi layan akak ngan adik. aku faham itu. aku ni apa nak dilayan sangat. takda memberi manfaat langsung pun kat korang. tapi satu je yang aku minta. aku minta maaf kat mak abah akak adik semua. aku minta maaf sangat sangat. terutama sekali kat mak. aku tahu aku selalu tinggikan suara ngan mak. takkan mak tak faham dengan perangai anak mak yang satu ni. dia berbeza sangat ngan anak mak yang lain. anak mak ni tak pernah pun berpihak sebelah je mak. mak tetap mak aku. abah pun tetap abah aku. nama aku still lagi berbinti kan abah. kalau boyfriend girlfriend apa, tu memang ada ex. tapi kalau mak dan abah. mana ada gelaran ex mom. ex dad. takdaaa.

akhir kata. mak, kalau mak baca second diary zi ni. zi nak tahu kalau zi sayang sangat sangat ngan makk. sayang zi hanya Allah je yang tahu. zi tak pernah pun benci mak. mak je yang kata zi benci mak. zi nak minta maaf sebab zi slalu tinggikan suara ngan mak. zi tak tahu kenapa zi slalu macam tu. zi tahu zi ni bukannya anak yang baik pun. cuma zi nak minta mak doakan zi berjaya dunia dan akhirat.

hijrah kuWhere stories live. Discover now