SWEETDREAMS OR NIGHTMARE.

66 6 0
                                    

Alhamdulillah aku sudah mempunyai segulung ijazah. Tak sabar nak balik ke kampung halaman. Sungguh sedih kerana orang tua ku sudah meninggal dunia. Tiada siapa pun yang datang pada hari konveksyen ku.

Dari atas lagi sudah ku lihat kampung halaman ku penuh dengan asap. Bom berletupan disana- sini. Orang- orang berlarian. Keadaan huru-hara. "SubhanAllah, Allahuakbar, Astaghfirullah halazim". Itu saja yang mampu ku sebut. Terlintas di fikiran ku tentang keadaan pakcik, makcik dan saudara-mara ku yang selama ini menjaga ku.

Setibanya aku di kawasan lapangan terbang. Aku terus berlari mendapatkan kenderaan untuk ke kampung halaman ku. Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan zikir dimulut. Ya Allah.

Alhamdulillah, mereka masih hidup. Dan aku sendiri pun tak menyangka, sahabat ku yang juga merangkap tunang ku juga masih hidup. Tubuh makcik ku peluk erat.

"Syukur lah makcik tak apa-apa.", ucap ku.

"Tahniah ye nak atas kelulusan ijazah kamu", ujar makcik.

---

aku memang sudah bercadang sejak dulu lagi hendak membangun sebuah sekolah di kampung halaman ku. Sebuah sekokah secara percuma terbuka kepada semua kanak-kanak sekampung tanpa bayaran.

Namun buat sementara waktu, aku hanya mengajar di kawasan rumah makcik. Yang mana anak murid ku terdiri daripada anak-anak yatim piatu yang turut tinggal di rumah makcik ku.

suatu hari, sekolah kecil itu didatangi teroris dengan membawa senapang yang diacukan kepada kami. Aku menghalang anak muridku daripada ditembak atau diambil oleh mereka.

"What do you want from us?", soalku.

Tanpa sebarang jawapan, si teroris terus menghempas meja-meja kecil dengan senapangnya hingga pecah.

"What do you want from us?", soalku lagi separuh jerit.

si teroris berjalan mengahala kepada ku. Tudung ku direntap lalu sepucuk pistol dikeluarkan dan diacukan dikepala ku. "Close this school or else i'll kill your students and your family", jawabnya ditelinga ku.

Tiba-tiba ..

satu tembakan dilepaskan.

Ya Allah.

si teroris tumbang dihadapanku. Laju saja dengupan jantungku. Ku kira itulah nafas terakhir ku.

ku lihat seorang lelaki berbadan sasa, wajahnya sekali pandang ada iras Syed Ali. Yes, dia tunang ku. Sungguh terkejut aku melihatnya. Keadaanya tidak terurus, pakaiannya yang penuh dengan lumuran darah. Badannya lemah seperti orang berdadah. Itulah kali pertama aku berjumpa dengannya sebaik sahaja aku pulang ke kampung halaman.

"Awak?", ujarku terkejut.

Dia hanya menayangkan senyuman dibibirnya.

---

hari demi hari, seorang demi seorang dari anak muridku diculik dan dibunuh. Aku sudah tidak sanggup lagi kehilangan sebahgian daripada keluarga ku. Akhirnya aku memutuskan untuk terus menutup sekolah kecil itu.

Rumah makcik sudah semakin sunyi. Tiada lagi bunyi riuh anak muridku. Makcik dan pakcik pun sudah semakin tenat. Aku keseorangan. Aku cuba mencari ketenangan. Berlari aku keluar dari rumah makcik menuju flat tunangku.

tingkat 3. flat itu sudah kelihatan buruk. tembok-tembok banyak yang pecah. Akar-akar banyak menjalar dimana-mana. Aku membuka pintu rumah tunangku.

"Ya Allah!", ucap ku terkejut. Ku lihat tunang ku terkujur lemah penuh dengan lumuran darah di badannya. Di tangannya masih memegang controller game kegemarannya.

Mataku mula berkaca. "Ya Allah. Kenapa semua orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku". aku bermonolog didalam hati. Air mata mula mengalir. semakin deras.

"Awak jangan nangis", pinta tunangku.

Air mata masih tidak henti mengalir. "Awak. Ingat, Innaa lillaahi wa innaa ilayhi raaji'oon : To Allah we belong and to Him is our return. Kelak suatu hari awak pun akan mati. Ingat,setiap yang bernyawa pasti akan mati. Lagi satu ..", tersekat sekat dia becakap dengan suara yang lemah menahan sakit.

".. saya sayang awak. wa..walaupun.. ki..kita tak da..dapat be..bersama didunia. InShaAllah. kita..kita akan bersama di Syurga Allah..."

"awakk mengucap, awak", pinta ku.

" ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH , WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR- RASULULLAH"

████████████████████████

Idk sama ada mimpi ni adalah suatu mimpi indah atau mimpi buruk. Yeahh. "Setiap yang bernyawa pasti akan mati"

Hope everythings will be alright. InshaAllah.

hijrah kuWhere stories live. Discover now