HAPPY EID MUBARAK.

89 4 1
                                    

Sedang aku ralit menghias shawl labuh ku, terfikir ku sejenak. "Mak, Abah apa khabar ek?. dah lama aku tak call diaorang.".

Pergerakkan ku terhenti seketika. Hujung shawl ku biarkan terlepas. Samsung SII ku, ku capai. Scroll scroll cari nombor telefon kakak lalu aku membuat panggilan.

"Assalamualaikum, kak", sapa ku sebaik sahaja talian disambungkan.

"Wa'alaikumsalam, dik. Dah lama adik tak call. Baru sekarang reti nak call. Apa hal dik?", jawab kakak ku yang bernama Arina.

"Sorry lah kak, lately ni adik sibuk. Exam tak habis lagi. Pagi ni ada exam lagi. Adik teringat kat mak abah. Diaorang apa khabar kak? Sihat ke?", kataku. 

"Abah sihat. Mak tu je sakit sakit sikit. Adik jangan risau lah. Focus dengan exam. Akak kan ada. Akak boleh jaga diaorang. Adik bantu doa je.", balas kakak ku dihujung talian.

"Ye lah kak. Kirim salam ngan mak abah ek. Adik kena letak sekarang. Nanti lambat pulak masuk kelas.", aku menyudahkan perbualanku dengan salam.

Alhamdulillah, exam seminggu sudah berlalu. Niat hati hujung minggu ni nak balik kampung. Nak jenguk mak abah. Nak rai Hari Raya dengan keluarga. Tapi setibanya aku di kampung, aku dikejutkan dengan berita yang aku tak mahu dengar.

Ya, Mak meninggal dunia pada hari aku call akak. Mak semakin tenat kemudian dibawa ke Rumah Sakit. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi Mak.

Betapa gembiranya aku apabila sampai dikampung, namun semuanya berubah. Yang lebih buat aku kecewa keluarga ku tidak mengkhabarkan ku tentang hal ini.

"Sampai hati akak tak khabarkan adik", air mata ku mengalir tak henti-henti.

Abah datang mendekatiku. "Adik, bukan kitaorang taknak bagitahu adik. Tapi masatu kitaorang tahu yang adik tengah exam. Abah taknak adik terganggu".

Tangisan ku semakin lebat. "Tapi abah .. Adik tak sempat nak minta maaf kat mak. Adik tak sempat nak peluk cium mak. Sekarang mak dah dikebumikan. Adik banyak salah ngan mak. Dah lama adik tak jenguk mak".

"Adik, dah lah tuu. Akak lagi sedih kalau tengok adik menangis je. Mak pun sedih tengoh adik sedih. Kalau adik sayang mak, sedekah kan mak AlFatihah. Lepas ni kita pergi kubur mak ek", pujuk akak.

Tok! Tok! Tok!. Bunyi ketukkan pintu bertalu-talu.

Rasa badan ku digoncang - goncang. Dalam keadaan mamai aku terdengar suara yang cukup aku kenal. "Dik, bangun dik. Solat subuh", arah suara itu.

Aku sedar. Dam ternyata itu suara Mak. Tubuh mak ku dakap erat. Ternyata aku cuma bermimpi.

"Kenapa ni tetiba peluk mak?", soal mak hairan.

"Takda apa apa. Sayaaaaaang mak".

Dipagi hari yang mulia ni, mesti kita rindu orang yang dah tiada kan?. Terutama sekali untuk diaorang yang kehilangan mak. Dah lah tuu jangan nangis, jangan sedih sedih. Sedekahkan Al-Fatihah.

in this opportunity, saya, Nur Syaffi serta seisi keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf atas segala dosa yang telah saya/kami lakukan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, baik dari tutur kata, teks, gambar, perbuatan serta teguran  yang menyinggung perasaan semua. Moga ibadah sepanjang bulan ramadahan ini diberkati dan diterima Allah S.W.T. aamiin In Shaa Allah

*"Moga dipertemukan kita semua dengan ramadhan yang akan datang"*

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِين

sekali lagi. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
من العائدين والفائزين كل عام وانتم بخير تقبل الله منا ومنكم الصيام والقيام وصالح الاعمال

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

hijrah kuWhere stories live. Discover now