20-Dec-2015 : Tarbiah Sentap by Adnin Roslan

169 9 0
                                    

Dakwah yang Allah tak terima?

"Ramai orang bercakap dan menulis. Tapi, tak ramai orang boleh mengamalkannya...."

Itulah pesanan mak saya suatu ketika dahulu. Ya, ia amat berharga.

"Followers ramai, tak semestinya masuk syurga..."

Ayah saya menyentap saya. Ya, ia amat benar.

"Apa guna di sanjung, tapi hakikatnya, hubungan kau dengan Allah, kau tak jaga. Di depan orang, kau macam hebat. Tapi bila sorang-sorang, kau buat maksiat, hati berkarat..."

Teguran bermakna dari seorang kawan yang sayangkan saya. Ya, saya akan pegang ia sampai bila-bila.

***

Hari ni, dakwah yang suci murni ni dah jadi macam seakan-akan trend, sehingga muncul dengan laju ustaz-ustaz jadian.

"Pendakwah" muda mula lahir dengan pantas dan laju di media-media sosial, FB, twitter, Instagram, blog dan sebagainya. Ya,sangat pantas.

Adakah ini satu gejala yang sihat atau tidak sihat?

Hmm...

Hakikatnya, ada baik dan buruknya.

Bagus bila ramai orang mula rasa bahawa dakwah tu wajib. Bagus bila ramai orang dah mula bersungguh-sungguh dalam dakwah. Bagus, bila ramai anak muda yang menganggap dakwah tu sunnah nabi yang agung. Bagus bila sekarang, anak muda dah tak post or twit benda-benda merapu keapda post dan twit dakwah. Bagus, sangat bagus.

TETAPI, kadang-kadang, hakikat yang berlaku amatlah

mengecewakan. Sungguh. Lahirnya ramai pendakwah yang hipokrit, pendakwah yang cakap tak serupa bikin, pendakwah yang mengejar nama dan followers atas "nama" dakwah, pendakwah yang memberi hukum hakam yang salah lalu menimbulkan fitnah, dan sebagainya. Ya, benda ini amat bahaya!!

DAKWAH SEBAB TREND KE SEBAB ALLAH?

Semua orang wajib dakwah, itu semua maklum. Orang baik, orang jahat, orang baru, orang lama, orang muda, orang tua, semua wajib dakwah dan layak berdakwah.

Cuma, hari ni, ramai orang yang menggunakan "dakwah" untuk mencari keuntungan peribadi seperti nak like, nak followers, nak dapat banyak share, nak famous dan populariti, lantas, dakwah yang sifatnya "penuh pengorbanan" berubah menjadi hiburan dan trend dan langsung tak beban! Akibatnya, lahirlah pendakwah yang menggunakan alasan "dakwah" untuk melakukan dosa!

"Apa salahnya aku ikhtilat? Aku nak dakwah perempuan tu bla bla bla..."

"Kami hanya berukhwah. Bukan ikhtilat bla bla bla...."

"Apa salahnya bercinta asalkan Allah dan rasul nombor 1 bla bla bla..."

Dan, pendakwah muda pulak, tak habis-habis twit dan post benda-benda pasal cinta cinta cinta cinta cinta.Macam seolah-olah, dakwah ni cinta je. Nak ajak orang kembali pada Allah atau nak ajak orang bercinta?

Dan, wujud pulak status-status "dakwah" kononnya yang tak habis-habis buat ayat gedik memuji wanita, ber"awak" "kita", semata-mata nak dapat banyak retweet dan like. Maklumlah, kan ramai orang suka bab cintan cintun, bab cantik sweet ni.

"Awak...kalau awak pakai tudung labuh, awak akan jadi sangat cantik lebih cantik dari bidadari syurga tau awak;)"

"Awak jagalah diri awak. Kecantikan awak hanya untuk suami. Jangan tonjol-tonjolkan tau awak. Huhu..."

Dan sebagainya.

Memang, post-post macam tu komfem dapat banyak like. Tapi, ianya amat bahaya. Saya dah jumpa ramai orang yang begini, yang mana mereka luarannya di alam maya penuh dengan status islamik yang banyak

hijrah kuWhere stories live. Discover now