28-july-2015

213 15 0
                                    

Islam itu indah. betul islam itu indah. siapa cakap islam itu menyusahkan. ada Allah susah kan kita ke?. kalau ada, tengok diri kita sendiri dulu. Allah akan ingat hambanya yang ingatkan Dia.

kenapa saya cakap islam itu indah. cuba kita tengok orang yang baru berlajar sembahyang. dia tahu cara sembahyang. tapi dia tak yakin Allah akan terima sembahyang dia ke tidak. okay, bila kita dapat sesuatu dari seseorang. apa yang kita ucapkan? kita ucap terima kasih kan. beria-ia dia ikhlaskan pemberian seseorang itu. so sama juga dengan sembahyang kita kepada Allah. jangan takut untuk melakukan perkara yang baik. diterima atau tidak itu rahsia Allah. kita tak patut nak persoalkan.

"bila kita merangkak ke arah Allah, Allah berjalan ke arah kita. Bila kita berjalan ke arah Allah, Allah berlari ke arah kita".

ingat, Allah selalu ada dengan kita. seburuk mana sekalipun kita. Allah akan selalu ada dengan kita.

kenapa dalam setiap perbuatan kita kena baca bismillah? nak tahu tak kenapa bismillah itu بسم الله الرحمن الرحيم? kenapa tidak lain daripada 99 nama Allah yang lain?. kenapa Ar-Rahman dan Ar-Rahim. ertinya yang 'Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. sebab Allah nak kita tahu, bahawa Dia sentiasa memaafkan dan mengasihani hamba hamba nya. jadi amalkanlah selalu بسم الله الرحمن الرحيم

dan satu lagi, menjawab salam yang disampaikan melalui mulut adalah wajib. dan tidak wajib menjawab salam yang disampaikan melalui text.

-affina.

hijrah kuWhere stories live. Discover now