Adreena mengalihkan pandangan.. tiada hati hendak memandang gadis yang ada di hadapan matanya itu.. entah apa yang dia mahu tiba-tiba pula memunculkan diri dihadapan dia sekarang ni
"Dah lama ke kau kahwin? Kenapa kahwin tak ajak aku?" Farah tersengih kepada Adreena.. sesekali matanya melirik pada Aniq yang disebelah Adreena.. sedang sibuk membalas email agaknya
Adreena mengerutkan kening.. tipulah kalau matanya tak dapat tangkap mata gatal Farah yang dari tadi melekat pada Aniq sahaja.. aku ni isteri dia tau, bukan tunggul!
"Ehm.. sorry lah.. aku dengan suami aku ajak rakan, dan saudara terdekat je.. ikut bajet kitorang lah kan" Adreena membalas namun masih berlapik.. ye lah, kalau cakap memang takde hati nak jemput nanti kang roboh pula rumah ni dek kerana bergaduh
"Ouh.. faham" Jelas ada perubahan di wajah Farah.. namun, Adreena langsung tak kisah.. lantak la nak terasa pun, ada aku kisah
"Sayang, tak kenalkan pun saya dekat-" Aniq menunjuk ke arah tuan badannya.. membuat Farah tergelak kecil
"Saya sepupu Ad.. kitorang beza 1 tahun je.. sama umur dengan Safia.. dulu kitorang rapat tau, selalu main pondok pondok sama sama kan?" Farah masih lagi tersenyum ramah manakala Adreena sudah tarik muka
Bila entah mereka rapat?? setahu Adreena mulut becok gadis itu dahulu suka menuduh Adreena yang bukan bukan adalah.. kalau nak main bersama pasti Farah akan mengejeknya kerana dia tidak bertudung.. lepastu hari ni tiba-tiba cakap yang entah apa-apa.. tak betul ke?
"Ouh.. faham" sekali imbas pun dia dah faham dah bahawa Adreena tidak menyukai Farah.. jadi dia memilih untuk diam sahaja
"Silalah, jemput minum" Safia meletakkan dulang yang berisi secawan air sarsi itu diatas meja dan dia melabuhkan punggung di sebelah Adreena
"Dia nak apa, kak?" sempat dia menyiku kakaknya.. tak faham dengan kehadiran sepupu yang mereka langsung tak ngam itu.. dari kecik kot tak rapat, ni tiba-tiba muncul dah kenapa?
"Farah datang ni nak tumpang tidur sini.. sebab mak Farah kan bercuti seminggu.. takut lah tinggal sorang" jawab Farah
Safia mengerutkan keningnya.. tiba-tiba baik ni rupanya ada makna
"Duduk lah sini, Farah.. rumah maklong banyak je bilik kosong" ucap Maklong yang datang dari dapur itu.. tangan yang dihulur itu disambut mesra oleh Farah
"Lama ke awak dan Adreena kat sini? lama korang bercuti?" soal Farah
Adreena hanya mengecilkan matanya.. dah kenapa pulak Farah nak menggatal tanya laki orang? isteri dia ada depan mata kan? tanya jelah aku, sibuk tanya suami aku buat apa!
"Ouh.. kejap je ni.. lusa balik lah.. saya pun tak boleh cuti lama-lama.. Adreena cuti lama" Aniq menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Ala.. rugilah kalau macam tu.. awak nanti duduk sini lama-lama.. kampung ni seronok, awak patut pusing satu kampung tengok pemandangan" bersemangat benar Farah bercerita
"InsyaAllah, tunggu kami cuti lama.. kami balik pun untuk tengok nenek je ni.. tak ada proper plan" Jawab Aniq ringkas
"Ala.. pengantin baru tak ada ke cuti panjang sikit?"
"Tak ada pengantin barunya, setahun dah diorang menikah-" pintas Maklong
"Tapi tak ada anak lagi" sambungnya lagi
Adreena terdiam.. tak sangka topik itu dibangkitkan oleh keluarga rapat sendiri.. dia cuma menunduk memandang kaki.. walaupun sebenarnya dia tiada niat pun nak ada zuriat dengan Aniq, entah kenapa hatinya tetap terluka mendengar itu
YOU ARE READING
Absquatulate love [|completed✓|]
RomansaAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
![Absquatulate love [|completed✓|]](https://img.wattpad.com/cover/304106772-64-k238915.jpg)