Bab 1

581 45 0
                                    

"Kau dah disumpah sejak lahir!! Ibu kandung kau saja tahu segalanya!! HAHAHAHA!!"

Kringg!!!

Xiumin tersedar . Bunyi loceng telah menyebabkan dia terbangun dari mimpinya. Ya, kali ini mimpi itu menganggunya lagi. Suara itu , siapakah pemilik suara itu?

Dahi Xiumin berkerut . Dia teringatkan kata - kata suara tersebut. "Omma?"

"Arghh. Mimpi karut, takkan kau nak percaya? Mimpi tu cuma permainan tidur. "Desis Xiumin sendirian. Dia pandang disebelahnya, kelihatan Luhan masih lena tidur enak dibuat mimpi . Walaupun loceng tadi kuat bunyinya, itu tidak menganggu tidur Luhan.

Xiumin turun dari katil ,dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.

*************

D.o menuruni anak tangga dengan berhati - hati lalu terus ke dapur untuk memasak . Tapi niatnya terbantut tatkala melihat beberapa hidangan makanan enak tersedia di meja makan.

"Oh! D.o ya ."Sapa In Ha yang kelihatan sibuk menghidangkan makanan terakhir iaitu kimbap

"Saya baru ingat nak memasak.."D.o tersengih sambil mengaru kepalanya. "Jinjaa? Ahh mianhae.. saya tak berniat nak ganggu niat awak untuk memasak.."In Ha berasa serba salah kerana dia tahu, D.o suka memasak dan memasak adalah tugasannya.

"Ahh.. gwaenchanayo. Lagipun, awak masak sedap.. saya boleh cuti masak.. hehe"Ujar D.o, dia mengambil pinggan dan bantu In Ha menyusun pinggan diatas meja.

Exo kecuali Sehun dan Tao turun dan ke dapur untuk bersarapan seperti biasa.

"Tao dan Sehun mana??"Tanya D.o , "Entah.. tidur lagi kot. "Jawab Kai acuh tak acuh.

***********

Xiumin sudah siap mengemas bilik. Luhan sudah turun untuk bersarapan kerana lapar.

Xoxo.. Xoxo..

Telefon Xiumin berdering . Terpampang jelas nama ibunya di skrin telefonnya.

"Nae omma. Kenapa?"
"Min Seok ya, kamu balik rumah petang ni boleh? Omma ada masak2 sikit.. ajaklah kawan2 kamu sekali.."
"Arraseo omma.. Min balik petang ni nae."

Xiumin mematikan perbualan. Xiumin tersenyum kecil, dia rindukan ibunya. Dah berapa minggu dia sudah tidak balik rumah akibat jadual yang terlalu padat . Dengan adanya masa cuti seketika ini, bolehlah dia pulang ke rumah.

***********

"Wahh serious?? Dah lama tak rasa masakkan omma Hyung tau.."Chen tepuk tangan gembira. Semua ahli Exo teruja~

"In Ha dah lama tak jumpa omma Oppa, boleh jumpa omma oppa nanti.."Kata In Ha. Xiumin tersenyum . "Jomlah kita bersiap siap sekarang.. tak sabar aku nak pergi."Baekhyun bangun dan terus naik ke biliknya. Di ikuti ahli Exo yang lain .

Tinggal lah Xiumin dan In Ha di ruang tamu.

"Oppa.. In Ha nak tanya sikit boleh..?"In Ha bersuara . Xiumin menatap mata In Ha , menunggu soalan yang akan ditanyakan oleh In Ha. "Apa?"Xiumin mengangguk.

WOLFWhere stories live. Discover now