Bab 6

434 31 2
                                    

Jan Di berdiri dihadapan rumah milik Puan Kim. Senyuman lebar terserlah diwajahnya, apa makna senyuman itu? Yang pasti, senyuman itu ada makna tersembunyi..

Ting tong..

Loceng rumah Puan Kim ditekan. Menunggu sahutan dari dia. Jan Di menekan lagi butang loceng itu buat kali kedua.

Pintu dibuka. Terpampang wajah In Ha di pintu . In Ha mematikan senyumannya, dia ingat wajah itu. Dia ingat Jan Di, mereka terserempak dipasaraya bukan?

"Ahjumma ni.."

"Ya, kita pernah terjumpa tempoh haritu kan? Maaf, tapi ahjumma sesat dalam hutan sampai ahjumma sampai ke sini. "Bohongnya, itu cuma sebahagian dari rancangannya.

Timbul rasa simpati In Ha. In Ha mengajak Jan Di masuk ke rumah. Jan Di tersenyum sinis.

"Duduklah ahjumma. Saya buatkan air. Kejap ya"In Ha ke dapur bagi membancuh air. Jan Di memerhatikan sekeliling. Ternampak satu bingkai gambar, ada wajah yang dia sangat benci bersama wajah yang sangat dia sayangi.

Xiumin turun dari bilik atas dan ke ruang tamu. Xiumin terkejut bila nampak Jan Di disitu. "Ahjumma?"Xiumin terpinga pinga . Jan Di tersenyum sambil memerhati wajah Xiumin yang pucat dan sangat lesu itu.

"Ahh oppa. Ahjumma ni tersesat dalam hutan sampai dia datang sini. "Jelas In Ha sambil membawa dulang berisi hidangan air. Xiumin mengangguk faham. Terbit satu perasaan Xiumin. Perasaan apa? Sukar untuk ditafsirkan buat masa ni, perasaan sangat lain bila ternampak Jan Di.

"Budak ni.. budak yang aku sumpah 25 tahun lalu. " Bisik hati Jan Di. "Duduklah.. hmm, ahjumma nak pergi mana sampai sesat dalam hutan? Malam - malam macam ni pula tu?"Tanya In Ha. Xiumin mengambil posisi duduk disebelah In Ha, menghadap Jan Di.

"Ahh.. nae, ahjumma cari kucing kesayangan ahjumma. Tu lah sampai sesat ni. "Tipunya. Xiumin dan In Ha percaya.

In Ha dan Xiumin tersenyum. "Omma dah balik.."Laung Puan Kim sebaik masuk ke dalam rumah. Dia baru balik dari keluar jumpa dengan rakan - rakannya.

Puan Kim terkejut sebaik ternampak Jan Di . Dahinya dikerut.. wajah itu, seperti pernah dilihat tapi dimana? Desis Puan Kim . Jan Di bangun dan pura - pura menunduk hormat terhadap musuh ketatnya . "Kau takkan dapat cam aku, kerana wajah aku dah berubah . Tapi aku boleh cam kau wahai musuh aku. "Bisik hati Jan Di seraya tersenyum sinis .

In Ha menjelaskan siapa dan apa sebab Jan Di disini kepada Puan Kim . Puan Kim mengangguk faham dan cuba percaya walaupun dia terasa sesuatu . Xiumin memandang wajah ibunya, dia kesani wajah ibunya sedang memikirkan sesuatu.

-----------------

Jan Di dihantar pulang oleh Xiumin. "Kamsahamida sebab sudi hantar ahjumma ."Tutur Jan Di. Xiumin mengangguk senyum dan terus beredar dari situ . Jan Di tersenyum sinis lagi.

-------------------

Xiumin memandu kereta dengan berhati - hati kerana dia melalui kawasan hutan yang menuju ke rumahnya itu dan kawasan itu sangat sunyi dan gelap . Badan Xiumin terasa tidak enak, gigi taringnya mula menajam . Matanya mula merah menyala. Bulan mengambang.

"Arghhh!!!!!!"

Bommm!!!

Kereta Xiumin teruk kerana terlanggar pokok . Xiumin berubah menjadi serigala, dia keluar dari kereta dan melarikan diri ke dalam hutan .

"Mana Umin hyung ni?? Haishh!!"Chen setia menunggu Xiumin di pintu rumah . Sudah 2 jam dia tidak balik. ''Korang tak rasa ke?? Umin hyung pelik sejak menjak ni.."Kata Tao . Ahli - ahli Exo berfikir sejenak . "Hmm.. memanglah nampak pelik . Tapi kita nak buat macam mana?? Dia pun tak nak bagitahu apa apa kat kita. "Kata Kris. Betul juga apa Kris cakap.

WOLFWhere stories live. Discover now