Bab 8

295 21 0
                                    

"Serius ni, aku tak sangka benda ni boleh jadi kat Xiumin."Luhan mengeleng kecil. Masih belum kuat untuk menerima kenyataan sebenarnya. Kris menepuk bahu Luhan. "Kau tahu kan, kita berdua kawan baik dia? So, jangan tunjukkan kita sedih. Dia akan sedih kalau kita sedih. Dia akan hilang semangat kalau tahu kita susah hati sebab dia. Arraseo?"Kris tersenyum. Luhan mengangguk.

"Ahhhhh!!!!"

Luhan dan Kris tersentak. Suara siapa yang menjerit? Mereka berdua terdengar kekecohan di ruang tamu juga terjadi selepas jeritan itu. Mereka berdua berpandangan. "Yoon In Ha!"

Mereka bergegas ke ruang tamu.

Tapi.. mereka terlambat.

Ahli ahli Exo terbaring lemah. Masing masing tercedera. Tapi mana In Ha? Jeritan dia tadi kedengaran, namun dimana dia?

"Apa dah jadi ni?!!!! D.o ya! Wae?!!!"Luhan mengoncang badan D.o, bibir D.o sedikit berdarah.

"Tadi.. ada seekor serigala warna hitam, ceroboh rumah ni.. dia.. ambil In Ha dan Lay!"D.o gagahkan diri untuk bercakap. Luhan terduduk. Ujian apa pula kali ini?

Kris membantu ahli ahli Exo lain untuk duduk dan bersandar di dinding memandangkan mereka sudah lemah kerana cuba melawan serigala hitam tersebut. Pasti itu Jung Shin! Lelaki yang diupah oleh Jan Di.

"Apa jadi?"

Suara Xiumin singgah ke ruang tamu. Ahli ahli Exo terkejut sambil memandang Xiumin yang sudah berdiri di tangga rumahnya.

"Hyung.."Baekhyun cuba bersuara namun lemah. "Wae guereyo?!!!!"Xiumin pantas menerpa kearah Luhan. Luhan terdiam. Entah apa harus dia katakan.

"In Ha dan Lay diculik oleh serigala hitam yang baru ceroboh rumah ni. Aku yakin, serigala tu milik betina gila tu."Ujar Kris bengang. Xiumin terkesima.

"In Ha? Lay? Yah!!!"Xiumin pantas berdiri dan menumbuk dinding ruang tamu tersebut.

"Dah. Tak guna kau tumbuk dinding, kita kena cari cara untuk selamatkan In Ha dan Lay."Kata Kris.

"Hyung.. sabarlah.."Pujuk Chen disebelah Xiumin.

"Omma tahu kat mana In Ha dan Lay sekarang.. Tapi.."Tiba tiba Puan Kim bersuara, entah bila dia ada kat ruang tamu itu.

"Bagitahu sekarang kat mana mereka omma''Xiumin memegang bahu Puan Kim. "Tapi, ini akan melibatkan nyawa kamu! Omma taknak!"Puan Kim menangis.

"Ahjumma.. please bagitahu. Macam mana ahjumma tahu diorang kat mana?"Tanya Kai.

"Perempuan tu call omma, dia cakap In Ha dengan Lay ada kat tangan dia sekarang. Dia nak Xiumin bertarung dengan serigala hitam tu dulu. Kalau Xiumin menang, dia lepaskan In Ha dan Lay. Kalau tak.. dia akan campak In Ha dan Lay dekat gaung."Ujar Puan Kim.

Xiumin mengetap gigi. "Bagitahu dia, Xiumin dah bersedia nak bertarung."

Mereka terkejut. "Andwae! Omma tak izinkan! Omma tahu, serigala tu pasti jauh lebih kuat dan berkuasa dari kamu!"Puan Kim menangis teresak esak sambil mengeleng. Berat hatinya untuk mengizinkan Xiumin bertarung dengan Jung Shin.

"Omma, In Ha dan Lay dalam bahaya. Takkan Umin nak diam je? Please omma."Xiumin memeluk ibunya. Tangisan Puan Kim makin kuat sambil memeluk erat anaknya

Ahli Exo cuma mampu melihat.

-------------------

Lay tersedar dari pengsannya. Dia memandang sekelilingnya. Nampak seperti sebuah gudang. Dirinya di ikat disebuah kerusi, membuatkan dia sukar untuk melepaskan diri.

WOLFWhere stories live. Discover now