Bab 9 ( Last Episode )

394 26 2
                                    

Exo, In Ha dan Puan Kim hcgmakan bersama sama. Suasana menjadi sepi kerana tiada seorang pun bersuara melainkan fokus kepada makan.

Lay memandang wajah In Ha secara curi curi. "Hmm.. Ehem ehem.."Suho cuba bersuara. "What wrong with you all? Just be happy.. Ni muram je muka masing2."Ujar Suho sebelum dia berhenti bercakap dan terus meneguk air jus oren bagi melegakan tekaknya.

"Hmm.. ya, kenapa ni hyung? Diam je?"Baekhyun pula menyampuk. In Ha mula memandang setiap wajah mereka termasuk Puan Kim. "Hmm.. In Ha rasa tak sedap hati lah.."Kata In Ha perlahan. Lay yang duduk berhadapan dengannya terus memandang In Ha.

"Waeyo?"Lay agak risau. Yalah, kadang apa yang dirasakan olrh In Ha itu adakala menjadi sesuatu benar. "I dont know, but something.. like.. hmm, entah tapi perasaan buruk."Kata In Ha.

"Perasaan je tu. Dont worrylah."Ujar Sehun. In Ha cuma mengiya kan sahaja apa yang dikata oleh mereka. Mungkin juga ini cuma perasaan sahaja.

--------------------

In Ha duduk di buaian di taman belakang rumah Puan Kim. Dia memandang kearah langit. Keluhan dilepaskan perlahan. In Ha meraup perlahan wajahnya.

"In Ha ya."D.o muncul disebelah In Ha. Entah sejak bila dia ada kat situ. "Hmphh.. boleh saya duduk tak??"D.o melemparkan senyuman. In Ha mengangguk tanda mengizinkan D.o duduk bersebelahannya di buaian tersebut.

"Kenapa dengan awak? Muram and gelisah semacam je dari tadi."D.o mula melemparkan soalan. In Ha mengerut dahi, pandai pula D.o meneka dia tengah ada gelisah sekarang ni. "Jangan terkejut, beruk pun boleh nampak awak punya gelisah tu."Kata D.o diselang seli dengan nada berseloroh. In Ha tersengih seperti kerang busuk.

"Fikirkan Xiumin? Or.."D.o sengaja menghentikan ayatnya. Membuatkan In Ha berpaling dan memandang wajahnya. D.o mengangkat kening kanan, tapi tak adalah dia pandai sangat nak angkat kening macam Ziana Zain tu, penyanyi dari Malaysia itu.

"Or?"In Ha masih belum puas hati. Dia ingin tahu apa yang D.o ingin katakan sebenarnya. "Or.. Zhang Yi Xing?"D.o putar belit beberapa saat sewaktu hendak menyebut nama itu. Ya, nama sebenar Lay.

In Ha mengerut dahi. Dia berpaling wajah kearah lain dan berfikir sebentar, siapakah empunya nama china itu?

In Ha memetik jari. "Lay! Kan?"segera dia memandang wajah D.o, D.o dah tersengih sengih sambil mengangguk. In Ha tergelak kecil sebelum berkata, "Err.. kenapa nak fikirkan dia pula? Yang ada masalah Xiumin oppa. Bukan Lay."In Ha mendiamkan diri semula.

"Awak sukakan Xiumin atau Lay?"In Ha tersedak saat D.o mengajukan soalan cepu emas terhadapnya. "Haih! Tak ada soalan lain ke nak tanya? Cepuk juga encik D.o ni.."Bisik hati In Ha sebelum berjaya mengawal tersedaknya tadi.

"Hmm.. saya.."

Dang!!!!

Belum sempat In Ha ingin menghabiskan butir bicaranya, bunyi pintu ruang tamu dipecahkan menganggu mereka berdua. D.o dan In Ha terkejut lalu saling berpandangan. Segera mereka berdua bersama sama menuju ke ruang tamu.

Sementara itu..

Berlakunya huru hara.. dan huru hara itu tercetus kerana kedatangan Jung Shi sebagai serigala hitam!!!

Xiumin tercampak ke dinding ruang tamu. Terus dia terhempas ke dinding. Tulang belakangnha terasa amat sakit sehingga untuk bergerak lagi seakan tidak berdaya lagi.

"Hyung!!!!!"Jerit Tao, Baekhyun dan Chanyeol yang baru turun dari bilik atas mereka sebaik terdengar kekecohan berlaku.

Mata merah serigala hitam itu memandang pula kearah mereka bertiga. Serigala hitam itu mendekati mereka dengan perlahan. Chanyeol, Baekhyun dan Tao berlari semula naik keatas kerana ketakutan teramat.

WOLFWhere stories live. Discover now