Bab 7

301 22 0
                                    

"Sebenarnya aku tak percaya benda ni. Tapi kita kena percaya jugalah kan?"Kris. Luhan mengangguk. Teman sebaya mereka dan orang yang dianggap keluarga dilanda masalah, mereka sebagai yang lebih tua harus memikirkan bagaimana cara untuk masuk ke bilik Puan Kim.

"Kita pusing dulu kat luar rumah, then usha usha lah kat luar tu, mana tahu ada cara terbaru dan terbaik nak masuk sana. "Kata Kai. Mereka mengangguk . Kai dan Sehun diarahkan oleh Luhan untuk siasat di luar rumah sambil memerhatikan sekitar rumah.

Manakala Tao, Lay, Chen dan D.o diarahkan mengawasi tingkah laku Puan Kim. Suho, Luhan dan Kris akan mengawasi Xiumin agar tiada benda buruk berlaku.

Baekhyun dan Chanyeol? Mereka diarah untuk duduk diam saja dan perlu ada bila mereka yang lain memerlukan bantuan mereka .

----------------

Kai dan Sehun buat rondaan diluar rumah . Ada ketika Puan Kim ternampak mereka dan bertanya apa mereka buat, jawab mereka hanya sengaja menghirup udara segar. Mujur Puan Kim tidak menanya lebih - lebih.

'Tu tingkap bilik Puan Kim. "Sehun menunjuk kearah tingkap Puan Kim. Kai tersenyum sinis.

----------------

"Guys. Kitaorang terjumpa tingkap bilik ahjumma. Tak kunci tapi susah sikit sebab tinggi ."Kata Kai. Exo mengangguk faham. Mereka merancang sesuatu untuk masuk ke dalam bilik itu.

Lay duduk disebelah In Ha. In Ha kelihatan murung sahaja. "In Ha. Awak okay tak ni?"Lay memegang bahu In Ha. "Hmm.. nothing. Saya harap, hal ni dapat selesai dengan cepat. "Ujar In Ha. Lay mengangguk.

Airmata In Ha jatuh, sebak terkenang nasib Xiumin. Lay pantas menyeka airmata In Ha. "In Ha yaa.. don't cry please. Hati saya sakit bila tengok awak nangis. "Lay pandang anak mata In Ha.

In Ha tersenyum. Entah kenapa dia rasa selesa dengan Lay yang selalu ambil berat pasalnya .

"Lay sshi. Kenapa awak ambil berat pasal saya?"Tanya In Ha. Lay terkedu. "Hmm.. sebab saya sayang awak."In Ha terkejut. Lay senyum.

"Guys. Let's go. Kita nak try masuk bilik Puan Kim tu. "Kata Kris. Exo setuju.

"Lay. Kau jaga je lah In Ha eh?"Kata Luhan. Lay mengangguk.

"Aku nak juga teman In Ha. I means, teman Lay. Takkan dia sorang kena jaga In Ha. Nanti apa apa jadi, susah pula. "D.o mencelah. Sibuk nak menyelit antara Lay dan In Ha.

"Ngada ngada."Bebel Baekhyun. D.o memandang Baek dengan tajam. "Diam ah!"D.o menjeling.

************

Mereka cuba membuka pintu bilik Puan Kim, mujur Puan Kim tertinggal kunci biliknya saat dia keluar dari rumah tadi.

"Yehet~! Dapat buka!!"Baekhyuk menari nari selepas berjaya memulas tombol pintu bilik Puan Kim.

"Kalau aku sepak kau, jangan marah. Kau ni dah melebih lebih, bising lah gila!"Kata Chanyeol dalam nada bisik sambil mengetuk kepala Baekhyun.

"Appo!"Baekhyun mencebik, bukan dapat pujian malah diketuk. "Palli!"Suho mengajak mereka semua masuk ke dalam bilik itu, lalu menutup pintu dan mengunci pintu itu.

"Selongkar sebelah sana, aku selongkar sini. Chen, Tao, Luhan dan Kris ikut aku."Arah Suho. Mereka akur. Perlahan lahan mereka mencari sesuatu yang diharap boleh membantu Xiumin.

"Guys!"Tiba tiba Kris bersuara. Dia memegang sekeping gambar. Mereka berkumpul dengan Kris, masing masing bingung sambil memandang gambar itu. "Ni.. siapa?"Chen menunjuk kearah seseorang didalam gambar itu.

"Wait.. muka perempuan ni.. serupa dengan.. Jan Di ahjumma!"Kata Kai yakin. "Eh takkanlah.. salah ni."Kata Tao. "Betullah.. ni Jan Di ahjumma. "Sehun pula bersuara.

WOLFWhere stories live. Discover now