Bab 2

433 38 4
                                    

In Ha merenung ke luar tingkap biliknya yang disediakan oleh ibu Xiumin. Matanya menatap langit yang penuh dengan sinaran bintang - bintang kecil itu . In Ha meraup wajahnya, teringat kejadian di bilik Xiumin tadi .

"Semua ni memang mustahil dan tak masuk akal.. Umin oppa?? Serigala? Arghh!"In Ha terduduk atas katilnya. Dia merapatkan lututnya ke dada, dia memeluk erat kakinya . "Oppa.."In Ha sebak memikirkan keadaan Xiumin, sekarang cuma dia sahaja tahu siapa dan apa masalah Xiumin .

************
Dibilik Xiumin pada waktu yang sama.

Xiumin bangun dari katil dan menuju ke tingkap biliknya . Dia memandang ke bulan, bulan sedang mengambang pada waktu ini . Warna anak matanya mula berubah . Badannya mula mengembang. Bajunya terkoyak dek kerana badannya membesar dan mula membengkok pada bahagian belakang badannya.

Xiumin.. berubah.

************

Ibu Xiumin menuju ke bilik Xiumin, tombol pintu bilik Xiumin dipulas perlahan. Mata ibu Xiumin melilau mencari kelibat Xiumin di setiap sudut bilik . Tingkap bilik Xiumin terbuka dengan luas . "Xiumin yaa?"

*************
Pagi esok.

Exo menuruni anak tangga bersama - sama. Semua ahli Exo kecuali Xiumin terus ke dapur dan duduk dimeja makan.

"Xiumin mana??"Tanya Luhan. "Dia kat atas.. tidur lagi kot. "Kata ibu Xiumin.

In Ha keluar dari biliknya setelah mandi dan memakai baju . Dia menuju ke tangga.

Niatnya untuk ke tangga dihentikan saat dia berdiri di depan bilik Xiumin. Pintu bilik Xiumin dibuka perlahan.

Kelihatan Xiumin masih tidur diatas katil . In Ha menuju perlahan kearah Xiumin.

"Oppa.."Panggil In Ha perlahan seraya menarik selimut yang diselubungi Xiumin. Mata In Ha terbeliak , mulutnya yang ternganga ditekup sepantas mungkin.

Tangan Xiumin dipenuhi darah, mulutnya juga ada kesan darah. Dengan baju tak terpakai.

Namun darah itu bukan miliknya. Sebaliknya milik binatang yang Xiumin bunuh dan makan sewaktu menjadi serigala malam tersebut.

Jadi sudah jelas, Xiumin sememangnya serigala jadian. Tidak disangka, semua ini sangat mustahil dan sukar bagi Xiumin.

"Oppa?!"In Ha dengan nada perlahan namun terkejut. Xiumin bingkas bangun dari tidurnya dan melihat keadaan dirinya di cermin yang berhadapan dengan katilnya. Xiumin terkejut. Dia melihat tangannya.

Xiumin mengalihkan pandangannya kearah In Ha disebelahnya. In Ha membalas pandangan itu. Xiumin menitiskan airmatanya. Sedih, kecewa dengan apa yang jadi pada dirinya sekarang.

"Oppa.. don't cry. "In Ha memegang kedua - dua pipi Xiumin sambil menatap mata lelaki . "Oppa tak nak semua ni! Wae? Kenapa semua ni jadi pada oppa?!"Perlahan suaranya berkata. In Ha turut mengalirkan airmata, sedih melihat Xiumin.

"Mesti In Ha jijik dengan oppa kan? Mesti In Ha takut dan tak nak berkawan dengan oppa lagi.."Ujar Xiumin dengan suara teresak - esak. In Ha menyeka airmata Xiumin. "Anniya.. oppa, In Ha tak ada fikir macam tu.. "Ujar In Ha.

"Oppa bukan manusia normal.. bukan!!"Kata Xiumin . In Ha menarik tangan Xiumin dan duduk di hujung katil bersama.

"In Ha tetap berkawan dengan oppa.. In Ha tetap percayakan oppa.. lagipun, bukannya oppa nak semua ni kan?? Mungkin ada sesuatu yang boleh ubah semua ni.. In Ha tetap bersama dengan oppa walau apapun jadi.."In Ha mengusap pipi Xiumin.

Xiumin menangis teresak - esak mengalahkan perempuan . Keadaan sekarang membuatkan Xiumin seperti kanak - kanak kecil dan In Ha seperti seorang ibu.

Xiumin melentokkan kepalanya di bahu In Ha. In Ha cuma tersenyum, dia tidak kisah akan keadaan Xiumin yang dipenuhi darah kotor sekarang. "Gomawoyo.."Ucap Xiumin perlahan.

In Ha membiarkan Xiumin menangis.. biarpun selama ini, Xiumin dilihat sebagai seorang lelaki ceria, kuat, tabah dan selalu tersenyum namun lelaki ini juga tahu menangis .

*********

"Kenapa Xiumin tak turun lagi??"Tanya Kris. "Entah.. In Ha pun belum turun ."Kata Suho. Mereka semua sedang menikmati sarapan sementara ibu Xiumin keluar bersama kawan - kawannya untuk ke sebuah majlis dirumah kawannya.

"Biar aku pergi panggil diorang.."Lay tidak berpuas hati apabila Xiumin dan In Ha masih belum turun . Lay bangun dari kerusinya lalu menaiki anak tangga. Semua ahli Exo cuma diam dan menunggu mereka.

"Apa lah diorang buat.. huhh"Lay menuju ke bilik In Ha terlebih dahulu. Lay hairan, In Ha tiada dibiliknya . Lay terus ke bilik Xiumin . Pintu bilik Xiumin berkunci, Lay mengetuk pintu bilik itu.

In Ha terkejut. Lantas dia mengetuk pintu bilik air Xiumin. "Oppa.. cepat, ada orang ketuk. "Kata In Ha panik dari luar bilik air Xiumin . Xiumin yang sedang membersihkan dirinya juga panik. Pantas dia memakai baju.

"Wae?"Tanya Xiumin sebaik keluar dari bilik air. Jelas In Ha sedang cemas. Pintu masih diketuk.

"Umin Hyung!! Marilah bersarapan.."Jerit Lay dari luar bilik.

Xiumin membuka pintu. Lay terkejut bila melihat In Ha disebelah Xiumin. "In Ha ssi??"Berkedip mata Lay .

"Ahh.. saya cuma datang nak kejutkan Umin oppa.. tak tahu pintu terkunci pula."Bohong In Ha. Lay cuma mendiamkan diri, pada mulanya dia fikir yang bukan - bukan pasal In Ha dan Xiumin, tapi dia sedar seharusnya dia tak berfikir begitu .

"Ahh nae.. kajja. "Lay menarik tangan In Ha dan terus menuruni anak tangga. "Palli hyung.."Jerit kecil Lay sebelum hilang dari pandangan Xiumin.

Xiumin terus mengikuti jejak Lay dan In Ha.

**********

"Hahh.. sampai pun korang. "Kata Sehun sebaik ternampak Lay, In Ha dan Xiumin. "Mian sebab lambat.."Kata In Ha sebelum duduk dikerusi bersebelahan Lay dan D.o.

"Nae, gwaenchanayo. Jomlah makan.. In Ha ssi. Nah."D.o menghulurkan nasi pada In Ha. Xiumin cuma memandang In Ha sebelum hati kecilnya berbisik. "Gomawo.. Yoon In Ha. " .

*************
Pada waktu malam.

"Yahh! Chen.. cepatlah, aku lah pula main.."Baekhyun menghentak kaki . Geram bila asyik Chen saja dapat bermain permainan video dari tadi. "Hishh.. sabarlah ."Kata Chen. Baekhyun duduk diatas sofa sambil membuat muka masam .

Suho dan Kris sibuk bermain catur di meja ruang tamu sambil disaksi oleh ahli Exo yang lain termasuk In Ha.

Xiumin pula sedang menonton tv .

Tok! Tok!

Pintu rumah ibu Xiumin di ketuk. Ibu Xiumin dari dapur pantas bergerak untuk membuka pintu.

"Arghh!!"Tiba - tiba ibu Xiumin menjerit. Mereka yang di ruang tamu terkejut bila melihat sekumpulan perompak datang ke ruang tamu dengan Ibu Xiumin di dalam tangan mereka.

"Omma!!"
"Ahjumma!"

Bersambung..

Read
Vote
Comment

^^

Kamsahamida..

WOLFWhere stories live. Discover now