Bahagian 2

8 0 0
                                    

"Abah, dia dah terjaga! Tadi abah janji nak bawa dia ke klinik," Alya menuntut janji yang dibuat oleh abahnya. 

Mujurlah tadi dia berada bersama-sama dengan kumpulan mak cik-mak cik tersebut. Entah siapa yang mengejutkan lelaki ini sehingga akhirnya dia terjatuh ke dalam tali air. Pada mulanya masing-masing buat tak endah tapi setelah menunggu hampir lima minit tubuh lelaki ini tidak timbul-timbul barulah ada seorang hamba Allah yang sudi menyelamatkannya. Mujur cepat kalau tidak pasti lelaki yang sedang terbaring ini sudah pergi ke alam lain.

"Syukur Alhamdulillah dia dah sedar. Buat apa nak bawa ke klinik lagi. Kamu pergi tolong ummi kamu di dapur Alya. Ayah ada benda sikit nak cakap dengan budak ni," arah Pak Cik Othman. 

Alya jadi bingung. Bukankah abah sudah berjanji mahu membawa lelaki ini ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

"Alya mari sini. Jangan nak kacau urusan abah kamu," ummi pula memanggil dari dapur. 

Mahu tak mahu Alya bangun juga mendapatkan ibunya. Di ruang tamu lelaki yang lemas tadi terbaring lesu dan dikelilingi beberapa lagi penduduk kampung. Abahnya merupakan penghulu kampung jadi sudah biasa mereka menerima tetamu dalam bilangan yang ramai.

"Ummi pujuklah abah tu supaya hantar lelaki itu ke klinik. Alya tengok macam ada yang tak kena sahaja pada figura lelaki tersebut." Alya belum kenal benar siapa lelaki tersebut. Lagipula dia baru sahaja pulang bercuti. Selama ini dia tinggal dengan abang sulungnya di Sabah kerana melanjutkan pelajaran di sana. Mahu pulang selalu bukannya murah tiket kapal terbang. Inipun kebetulan dia sedang bercuti semester selama tiga bulan. Dapatlah dia melepaskan rindu pada ummi, pada abah, kawan-kawan sekolahnya dahulu dan juga kampung halamannya.

"Alya! Dengar sini apa yang ummi nak pesan." Kedua-dua tangan umminya sedang memaut erat bahunya. Matanya merenung tepat ke arah mata umminya. "Alya tak kenal pun siapa lelaki itu. Abah sebagai penghulu tahulah bagaimana nak uruskan tentang dia."

"Nama dia Shah kan? Alya dengar orang kampung panggil dia Shah. Alya tahu ummi risau sebab dia itu 'mat pet' kan?" aku segera memintas kata-kata ummi. Biarpun ilmuku tidak setinggi mana, aku rasa lelaki tersebut perlukan pemeriksaan doktor. "Ummi dia pun manusia juga."

"Alya!" jeritan abahnya dari ruang tamu segera mematikan hasratnya untuk terus berhujah dengan ummi.

"Kamu jangan macam-macam Al," sempat lagi ummi berpesan. Aku hanya menganggukkan kepala. Tapi didalam hatiku memberontak. Tengoklah macam mana nanti. Desis hati kecilnya.

"Ada apa abah?" soalnya kalut. Lelaki tadi yang terbaring kini sudah duduk tegak sembilan puluh darjah. "Dia ni okay ke tak?" soalku. Pelik aku melihat sikapnya. Tiba-tiba aku merasakan bulu romaku berdiri tegak. Seram.

"Jom ikut abah pergi hospital. Kamu pergi siap-siap cepat," abah sudah mengeluarkan arahannya.

"Tapi kenapa?" soalku bingung. Tiba-tiba sahaja abah berubah fikiran. "Cik abang!" Aku cuba menegur lelaki tersebut. Abah yang berada disisi lelaki tersebut menjegilkan mata. "Awak!" panggilku lagi apabila lelaki tadi masih tak menyahut.

"Awak panggil saya ke?" soal lelaki itu kepadaku. Berkerut-kerut dahiku. "Awak kenal saya? Awak ni siapa?" soalnya lagi kepadaku. Aku memandang abah dan abah memandang aku.

"Abah, dia ni kenapa?" aku menanyakan abah dalam keadaan berbisik. Risau aku kalau lelaki tersebut mendengar perbualan aku.

"Macam mana ni? Kita masih nak bawa dia ke klinik ke? Kalau ketahuan yang dia ambil barang terlarang macam mana? Boleh malu penduduk kampung ini. Lagipula kampung sebelah sudah heboh gara-gara kes pecah rumah. Aku tak mahu sampai polis masuk campur," abah menyatakan pendiriannya. Jadi disebabkan inilah abah berkeras tak mahu membawa lelaki ini ke klinik. Nama baik kampung lebih penting daripada nyawa manusia?

"Betul tu Man. Lebih baik kita setle diam-diam sahaja. Aku rasa dia ni tak ingat siapa dirinya sebab tengah 'laloq'. Kan tadi dia jatuh pun masa tengah hisap gam," Pak Abu yang juga merupakan AJK kampung mengeluarkan buah pendapat. "Kita biarkan sahajalah tentang ni. Nanti kalau dia dah sedar, kita tanya siapa lagi geng-geng dia. Senang kita nak banteras jenayah yang sedang berleluasa," tokok Pak Mail pula.

"Takkanlah gara-gara jatuh ke dalam tali air boleh mengancam nyawa. Abang Kasim jatuh dari pokok petai pun sihat walafiat sahaja. Tak payahlah kita nak risaukan pasal budak ni. Hidup pun menyusahkan orang. Mungkin ini balasan dia kerana telah derhaka pada emak sendiri."

"Jadi semua pakat-pakat setuju tak mahu bawa dia ke kliniklah?" soal abah untuk mendapatkan kata putus. "Tak apalah. Kalau keadaan dia teruk juga baru aku bawa dia ke klinik. Buat masa ini aku akan pantau gerak geri dia."

"Baguslah tu Tuk Ketua. Kami minta diri dahululah. Banyak lagi kerja nak buat."

Manisnya Peluang KeduaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang