Bahagian 5

6 0 0
                                    

Memandangkan dia hanya tidur selepas subuh tadi pagi, akhirnya dia kesiangan. Apabila dia menghampiri dapur umminya sedang sibuk mengeluarkan sayur-sayuran dan ikan dari dalam peti ais.sarapan pagi diatas meja dipandang sepi. Perutnya tidak biasa menerima makanan awal pagi.

"Ummi, Abang Shah mana?" soalnya apabila bayang lelaki semalam tidak kelihatan. Takkanlah abah dah halau dia pulang. Tiga hari sahaja diperlukan. "Abah dah hantar dia balik ke?"

"Kamu ni... sudahlah bangun lambat. Balik-balik si Shah itu juga yang dicarinya. Demam?" soal ummi. Ummi menghampiri lantas belakang telapak tangannya dilekapkan ke dahi. "Tak panas pun," komen ummi.

"Dah Alya tak nampak bayang dia. Itu yang Alya tanya. Kalau ummi tak tahu tak apalah," ada nada hampa pada suaranya. "Ummi tahu pagi semalam masa Alya bangun nak ke dapur, Abang Shah tu tengah buat solat tahajud," aku membuka cerita. Sayur di dalam bakul aku bawa ke sinki untuk dicuci.

"Ya?" soal ummi bagaikan tak percaya. "Dia ada buat apa-apa pada Alya ke?" soal Mak Cik Zah khuatir.

"Ummi, ummi. Ke situ pula fikiran ummi ni. Abang Shah tu betul-betul dah berubahlah. Tak patut ummi bersangka buruk padanya."

"Amboi kemain lagi ya kamu membela si Shah tu. Ada apa-apa ke huh?" duga Mak Cik Zah.

"Apa ummi ni. Alya cuma cakap kalau orang nak berubah kita kenalah beri sokongan moral. Kalau kita asyik ungkitkan cara hdupnya semasa zaman jahiliah macam mana dia orang tak down. Nak jadi baik orang mengeji bila jadi jahat hdup pula dikeji. Tak ke dia orang rasa tersiksa. Kasihan Abang Shah," aku mengeluarkan isi hatiku. Biar ummi tahu apa yang aku rasa. Aku yakin Abang Shah cuba menjadi baik. Lagipun siapa mampu menolak hidayah yang diberikan Allah kepadanya.

"Apa-apalah. Kamu jangan rapat sangat dengan Shah tu. Ummi dan abah tak suka."

"Tak suka sebab dia pernah hisap dadah? Atau sebab dia curi duit tabung masjid?" pertikaiku. "Ummi semua orang pernah buat salah. Semua orang pernah buta memilih jalan. Namun bukankah Allah telah menjanjikan yang pintu taubat sentiasa terbuka. Mungkin kali ini dia benar-benar insaf. Siapa kita untuk terus menghukumnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbuku dalam hatinya. Itu semua urusannya dengan Allah."

"Iyalah. Cakap kamu sahaja yang betul. Nanti dia buat yang tak elok pada kamu jangan kamu cari ummi," lirih sekali suara Mak Cik Zah. Bagaikan berjauh hati dengan anak perempuannya sendiri.

"Ummi Alya bukan nak melawan cakap ummi. Alya minta maaf ya ummi." Tangan umminya disalam dan dikucup lama. Manakan sanggup dia menderhakai seorang wanita yang telah bertarung nyawa untuk memastikan dia mampu melihat dunia. "Ummi, Alya minta ampun minta maaf. Kalau Alya memang salah ummi hukumlah Alya."

"Sudahlah. Ummi dah maafkan. Pergi cari abang kamu tuh," suruh Mak Cik Zah.

"Aik sejak bila anak ummi bertambah ni?" soalku sekadar mahu bergurau.

"Pergi cepat sebelum ummi berubah fikiran."

"Ai ai Cif. Terima kasih ummi."

Manisnya Peluang KeduaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang