Tekaknya tiba-tiba sahaja kering dan perit. Jam baru sahaja menunjukkan ke angka dua pagi. Sunyi sepi keadaan di luar tanpa ada bunyi cengkerik mahupun suara ayam berkokok. Satu keluhan kecil dilepaskan apabila melihat jag di meja sudah kosong. Terlupa pula dia mahu merefill malam semalam. Malas-malas dia turun juga dari perbaringan. Jag yang kosong itu turut dibawa bersama.
"Astaghfirullahalazim!" segera mulutnya beristighfar kepada Allah. Terkejut bukan kepalang apabila dia melihat ada tubuh yang bergerak-gerak dalam samar cahaya lampu neon. Tangannya mengusap-usap dadanya perlahan. Mujurlah aku bebas daripada sebarang penyakit jantung dan yang seangkatan dengannya.
'Tahu pun kau erti takut. Ingatkan berani sangatlah tadi,' kutuk hati kecilnya. Akhirnya dibawa juga kakinya melangkah ke dapur. Setelah penuh jag tersebut diisi dengan air dia membuka pula pintu peti ais.
Selepas kejutan yang dia sendiri lakukan terasa mata ini sudah hilang kantuknya. Sebiji epal hijau dikeluarkan dan dibawa basuh ke sinki. Dia mahu kembali menelaah pelajaran.
"Alya?"
"Abang Shah tak tidur lagi?" soalnya sekadar berbasa basi. "Abang Shah nak air? Alya boleh tolong buatkan," dia mempelawa. Segan pula bangun malam-malam untuk makan. Entah apalah lelaki ini fikir. Melihatkan soalannya tidak berjawab, dia mengajukan lagi satu soalan. "Abang Shah dah makan?"
"Belum. Tak ada selera."
Aku malas mahu memanjang-manjangkan cerita. "Kalau Abang Shah lapar, abang pergi cari di dapur ya. Alya masuk bilik dahulu," pamitku. Segera pintu bilik kukunci. Ya Allah kenapa degup jantungku terlalu kencang? Terasa bagaikan lari letak kedudukannya. Serasa macam mahu tercabut dari tangkainya. Telapak tangannya dilekapkan ke dada bahagian kiri. Astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim. Istighfarnya di dalam hati. Betapa lalainya dia sehingga terbawa-bawa ke dalam angan-angan yang tak pasti.
Sejuk hatinya. Apa yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Lantas sejadah dihampar menghadap kiblat dan pagi ini Allah menyaksikan seorang lagi hamba yang mentaati perintahNya. In shaa Allah. Doanya dirafatkan kepada ilahi dengan penuh rasa tawadhuk mengharapkan seribu pengampunan dan sebesar-besar rahmat dari yang Maha Esa, Rabbul Izzati. Semoga amal ibadah yang dilaksanakan ikhlas lillahi taala dan diterima oleh ilahi.