Bahagian 6

5 0 0
                                    

Petang itu aku menghabiskan masa di anjung rumah dengan menyiapkan nota-nota ringkas bagi tujuan memudahkan aku untuk mengulangkaji bila tiba waktu peperiksaan nanti. Malah setelah hampir setahun aku tidak pulang ke kampung, hatiku sedikit tersentuh apabila menerima kunjungan daripada teman-teman sewaktu di sekolah dahulu. Tak sangka mereka masih mengingatiku.

"Alya, seronok ke Sabah?" soal Fatin. Kalau dahulu hubungan kami tak ubah seperti belangkas. Dari sekolah rendah hinggalah ke matrikulasi kami satu kelas. Ternyata jodohku bersamanya sangat panjang. Tapi apabila masing-masing sudah memilih jalan hidup sendiri kami terpaksa juga berpisah. Fatin ke utara mengambil jurusan perniagaan sementara aku pula ke kepulauan Borneo mengkaji tentang kehidupan marin.

"Boleh tahanlah. Pulau-pulau dia cantik-cantik belaka. Masih belum tercemar dengan arus permodenan. Kau kalau nak datang sana bagi tahulah. Nanti aku tolong survey tiket flight mana tahu ada promosi."

"In shaa Allah. Lepas ni jom kita sambung master pula."

Aku hanya tersenyum sahaja. Memang itupun niatku. Mahu belajar selagi mana ada kesempatan.

"Shah tu sebenarnya baik orangnya. Tapi sayang mungkin kerana tekanan hidup membuatkan dia mengambil dadah dan jadi gelandangan seperti itu. Ayah aku cakap dia tu dulu budak pintar. Tapi kawan baik dia yang pedajal dia sampai jadi macam tuh."

"Ye ke?" soalku sedikit terperanjat dengan apa yang diberitahukan. "Tapi alhamdulliah. Sekarang dia dah insaf. Mungkin disebabkan hantukan pada batu di tali air kelmarin telah membuatkan dia kembali kepada fitrah asalnya. Sama-samalah kita doakan agar perubahan ini merupakan perubahan ke arah kebaikan."

"Alya! Alya, kau pergi panggil abah kau di masjid. Kalau ada tok imam panggil tok imam sekali." Aku yang sedang berbual dengan Fatin dan Atiqah sedikit terperanjat apabila ummi tiba-tiba sahaja berlari medapatkan aku. "Shah..." dan tubuh ummi jatuh terjelopok ke lantai.

"Fatin, Tiqah kau tengok-tengokkan ummi aku sekejap. Aku nak pergi panggil abah."

Sudah seminggu pemergian Shah. Namun namanya masih lagi menjadi sebutan. Tak sangka perubahan sikapnya yang mendadak itu merupakan tanda-tanda bahawa dia mahu meninggalkan alam ini. Kalau dahulu semasa hidupnya dia dicaci dan diumpat kini penduduk kampung mula memperkata-katakan tentang kebaikannya. Harimau mati meninggalkan belang tapi pemergian Shah telah mengharumkan namanya.

Entah apalah kebaikan yang telah dia lakukan sepanjang hayatnya. Tiada satu orang penduduk kampung pun yang mengungkit tentang gejala tidak sihatnya. Mungkin Allah telah menutup aibnya. Kita sebagai hamba Allah yang masih bernyawa harus sentiasa ingat bahawa pintu taubat masih lagi terbuka. Belum terlambat jika kita mahu berpatah balik ke pangkal jalan. Semoga keredhaan Allah menjadi impian bagi setiap yang bernyawa kerana kita tak mampu mengelak kematian. Buat roh Shah aku doakan agar dia tenang di alam sana. Al-Fatihah.


*** TAMAT***

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 05, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Manisnya Peluang KeduaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang