Dua kaki berpijak lagi. Di tempat yang sama. Lain situasinya. Lain masanya. Cuma, aku masih seorang pelajar. Tahun terakhir. Berbaki satu semester aku di bumi Gambang. Pastinya sedih gembira saling berganti.
Gembiranya aku kerna aku bakal kembali ke bumi Kenyalang. Untuk menetap disana berapa lama pun. Untuk berbakti kepada ibubapa semampu aku. Untuk aku menghilangkan sepenuhnya rasa Homesick yang sering wujud dalam diri. Untuk aku berdikari dan mula mengumpul harta sendiri. Dan, untuk aku aplikasikan segala ilmu yang diberi sepanjang aku di bidang Kimia Industri. Hakikatnya, aku bakal graduasi.
Sedihnya terpisah dengan mereka yang bakal dan pasti dirindu. Si mulau yang sering memaki tapi cinta. Si anak-anak kampung yang terus setia membantu tak kira masa walau mereka tahu aku bukan sepenuhnya berperangai wanita. Si junior-junior yang sentiasa lekat dengan panggilan 'kak ming' nya. Si dakdakchemist yang kadang dibenci kadang dirimas kadang disayang tapi sepenuhnya cinta lillah. dan juga si teman setia dari dari tahun 1 ke tahun 4.Bermula dari kita berpm di fb, bersms, sampailah wujudnya apps bernama wasap.
Ya. Banyak ke sedihnya dari gembira. Cuma. Perlu dibuang sedih itu kerana gembira itu lebih utama. Hati ibu bapa.
Siapa sangka? Manusia yang yang penuh dengan cita-cita kosong yang kadang tak tercapai dek akal kedua dua ibu bapa. Tapi, akhirnya berjaya menjadi apa yang dia catitkan pada buku impiannya 5 tahun lalu.
Tanpa cinta dari Tuhan, takkan tercapai segala impian. Syukur. Dilahirkan aku dalam Islam. Walau lambat kenal Islamnya, namun aku tahu, itu merupakan satu hidayah dan hikmah.Sekurang-kurangnya, aku sedar yang aku juga punya zaman jahiliyahnya. Mohon, jaga hati. Jangan kembali lagi.