Sampainya aku ke tahap universiti. Bakal graduasi. Walau tahun terakhir, aku tetap bukan kebanggaan.
Setiap detik. Setiap masa. Ada sahaja masalah. Kalaulah aku boleh saja teruskan segala, sendiri. Akan aku laku semua.Bermula pada saatnya aku lahir. Aku tahu, aku lah anak yang paling banyak dugaanNya.
Kadang, aku tercari cari hikmah dari Tuhan. Tapi, sampai kini, genap 22 tahun hidupku. Masih, aku hilang punca.
Sehingga sampai satu tahap, aku takut untuk meminta apa yang dimahu. Bagi aku, aku perlu usaha sendiri.
Sehingga satu tahap, aku takut untuk mengadu ke ibu. Bimbang, dikatanya lagi aku tak bisa berdikari.
Mungkin sebenarnya, aku bukan rezeki mereka. Ya. Mgkin aku bukan rezeki, namun dugaan. Dugaan dalam keluarga. Untuk Tuhan didik mereka menjadi sabar.
Tapi Tuhan, kenapa mesti aku?
Syukurku padaMu. Jaga kan mereka ya Tuhan. Yang aku cinta, Yang cinta aku.