Menyerah

2 0 0
                                    

Otak ligat menulis. Mata liar mencari. Hati rapuh. Aku kerah untuk terus usaha. Bukanlah aku manusia yang punya hebatnya. Entah berapa kali cuba bangkit. Begitu jugalah jalan ceritanya.

Aku cuba. Bukan aku abai. Nampak saja aku tak peduli. Tapi jiwa aku. Hati aku keluh kesah mengadu.

Sakit didada. Tuhan saja yang tahu. Usaha yang aku kerah tiada di nampak mereka. Yang mereka tahu 'untunglahh dah siap semua'.

Sedang mereka tak pernah tahu, betapa siksanya manusia lemah akal macam aku ni mahu sampai ke puncak.

Menyerah. Itu bukan lah perkara yang layak untuk aku lakukan. Sampai bila mahu direndahkan? Dua puluh dua tahun kau hidup. Takkan penuh saja dengan menyerah? Pendam sendiri segala sakit?

Bangkit. Senang bibir berkata. Tapi, mahu berdiri kembali itu, sakitnya bagai kaki kau tercucuk besi. Penat. Resah.

pembakar semangat. Itu yang kau perlu. Apa guna Tuhan kurnia ibu ayah kalau bukan untuk kau bahagia kan mereka? Sudah. Kembalilah tujuan ke niat asal. Kau tak mahu? Bila tibanya hari graduasi kau pandang ibu ayah dengan senyum senget.

"Mak, pak. anak kamu yang nakal ni sudah pun berjaya"

Ya tuhan. Mohon panjangkan usia aku dan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 18, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GraduasiWhere stories live. Discover now