Pukau Baca (Prolog)

13.6K 403 36
                                    

Saat sedang menulis cerita ini. Aku masih belum percaya pukau wujud. Aku fikir semua itu hanya alasan seseorang yang telah ditipu agar tak menampakkan kebodohan dirinya sendiri yang senang ditipu hanya dengan kata-kata. Apa beza pukau dan bomoh?

Keduanya sama, hanya ingin mendapatkan duit. Kau pergi bomoh semata-mata untuk sembuhkan sakit kau dan kau dibagi air yang perlu diminum 7 hari 7 malam. Kau rasa air yang bomoh tu bagi air apa? Air bacaan ayat Al Quran macam Air Anugerah yang dijamin baik tu? Ada cop? Sebenarnya, kau terpukau cuma nak cepat sembuh.

Aku baca keratan akhbar mengenai orang kena pukau. Ada macam-macam jenis. Dan salah satunya pukau baca. Apa maksud pukau baca ni? Pukau baca ni adalah bila ada seorang budak atau lelaki bisu dan pekak suruh kau baca kertas yang dia bagi. Automatik lepas tu kau bagi derma. Agak-agak kau terpukau dengan apa yang dibaca dalam kertas atau kau sebenarnya simpati?

Kedua-duanya!

Percayalah. Kau sendiri tak tahu samada kanak-kanak atau lelaki tu normal bukan bisu dan pekak macam yang dia tulis atas kertas. Kadang-kadang kerana kasihan kau lihat budak atau lelaki tu penat. Kau bagi dia RM 10.

Kau rasa jika dia pergi jumpa 100 orang dan letak kertas dia atas meja agak-agak kau berapa dia dapat sehari? Kali dengan sebulan?

Kau nak kata itu pukau juga?

Dan, bila kau baca cerita ni. Cerita yang baru start ni kenapa kau baca sampai habis?

Akuilah, kau terpukau dengan setiap aksara penulis yang kau kira sedang bercerita perkara yang dia sendiri tidak pasti.

Tapi, percayalah. Ini hanya permulaan cerita. Selepas ini kau akan dibawa ke satu dimensi menyingkap wujudkah pukau?

Bersambung....

PUKAU (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang