PRE ORDER PUKAU

635 14 1
                                    

SALAM JUMAAT SEMUA. FUH! BOLEH LUPA BUAT MAKLUMAN DEKAT SINI.

PUKAU AKAN DIJADIKAN MINI NOVEL DALAM BENTUK BOOKLET.

HARGA RM 15. POSTAGE RM 5 SELURUH MALAYSIA.

BOLEH SEKALIKAN DENGAN NOVELET 'GIMBARAN' CUMA RM 35 TERMASUK POSTAGE KEDUANYA.

CARA PRE ORDER : BOLEH INBOX DI SINI ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI WHATSAPP (0133110733) YA.

######################

BLURB SINOPSIS ;

PUKAU - CAMELIA, seorang pelajar universiti yang berminat dengan fenomena pukau dan kerana minat dia menyelidik fenomena mistis tersebut tapi ia bukanlah mistis sembarangan! CAMELIA tak sedar bahaya yang bakal menantinya di hadapan. AWAS! JANGAN KAU TERPUKAU!

Sedutan PUKAU ;

Saat sedang menulis cerita ini. Aku masih belum percaya pukau wujud. Aku fikir semua itu hanya alasan seseorang yang telah ditipu agar tak menampakkan kebodohan dirinya sendiri yang senang ditipu hanya dengan kata-kata. Apa beza pukau dan bomoh?
Keduanya sama, hanya ingin mendapatkan duit. Kau pergi bomoh semata-mata untuk sembuhkan sakit kau dan kau dibagi air yang perlu diminum 7 hari 7 malam. Kau rasa air yang bomoh tu bagi air apa? Air bacaan ayat Al Quran macam Air Anugerah yang dijamin baik tu? Ada cop? Sebenarnya, kau terpukau cuma nak cepat sembuh.

Aku baca keratan akhbar mengenai orang kena pukau. Ada macam-macam jenis. Dan salah satunya pukau baca. Apa maksud pukau baca ni? Pukau baca ni adalah bila ada seorang budak atau lelaki bisu dan pekak suruh kau baca kertas yang dia bagi. Automatik lepas tu kau bagi derma. Agak-agak kau terpukau dengan apa yang dibaca dalam kertas atau kau sebenarnya simpati?

Kedua-duanya!

****************************************************

BLURB SINOPSIS GIMBARAN ;

INDAH berteman baik dengan LAILA sejak kecil tanpa mengetahui asal usul LAILA. Namun persahabatan itu bukanlah secara kebetulan. Siapa sebenarnya LAILA? Apa yang dimahukannya daripada persahabatan mereka? Ingat, JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN INDAH YANG BUKAN NYATA!

Sedutan GIMBARAN ;

"Hai, boleh kita berkawan?" Indah pandang seorang budak perempuan sebayanya berpakaian serba putih, manis senyumannya bertanya muncul dari belakang. Sudah dua tiga kali Indah perasan budak perempuan itu mengintainya dari jauh.

"Ya boleh. Tolak ayunan ni," arah indah.

"Buai laju-laju sampai pokok ara, apa dalam baju sekuntum bunga ara...." nyanyi budak perempuan itu girang sambil menolak ayunan Indah. Nyanyiannya gemersik menghibakan.

"Awak, dah nak maghrib. Saya kena balik." Indah bersuara mahu minta diri lepas dilihatnya keliling hampir gelap.

"Ala... kan lepas ni giliran saya. Awak baliklah kejap lagi," rayu budak perempuan itu.

Azan maghrib tiba-tiba kedengaran, seketika semasa Indah berpaling ke belakang budak perempuan itu hilang tiba-tiba dan di tangannya pula ada daun bertulis perkataan Laila.

Ngeek.... Buaian tiba-tiba bergerak!

Laju saja kaki Indah bergerak lari menuju ke rumah. Budak perempuan tadi memandang Indah dengan senyuman dari atas pokok.

Nak? Kasi roger

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 10, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

PUKAU (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang