Tinggal (Bab 6)

2.9K 72 14
                                    

Sejak jumpa Alif hari tu. Aku dah tak teruskan pencarian pasal pukau. Aku bukan rasa tak berminat atau tak ingin tahu. Tapi rasanya susah untuk aku jejaki perkara-perkara paranormal seperti itu. Dan aku tengah fikir, pukau ni adakah secara alaminya adalah sejenis hipnosis ataupun sebenarnya ada bantuan makhluk-makhluk tertentu yang sukar disebutkan. Aku ada search dekat internet, balik-balik internet kan?

Apa boleh buat, itulah teknologi di hujung jari masa kini. Kadang-kadang banyak juga aku google pasal masakan walaupun tak reti nak membuatnya. Dah, jangan melalut. Fokus kepada penceritaan. Nanti bersawang library orang. Lagipun lagi tinggal 4 bab selepas ini.

Aku dengar-dengar seorang penulis tu nak buat tajuk ni tapi lain version. Macam nak temubual dia, tapi ahh... kau faham-faham sajalah penulis tu, nampak mesra di laman sosial tapi bila kau PM dia, jangan harap dia nak jawab cepat. Aku faham, dia aware of stranger dan takkan bercakap dengan stranger kat public. Penulis tu? Teka sendiri, yang sedang taip nilah, nampak beriya sangat. LOL. #BagiSpoilerTersembunyiTajukBukuAkanDatang

Okey. Alkisahnya, aku ada baca pasal khadam, qarin. Bagai-bagailah yang menakutkan. Katanya khadam ni dari alam mistik dan akan ikut perintah kita bila kita penuhi kehendak dia. Tipikal makhluk-makhluk camtu, loyal berlebihan. Pasal qarin pula, aku terbaca yang dia ni sisi jahat kita, wajah kita serupa dengan dia, siap ada cara-cara lagi ditunjukkan macamana nak jumpa qarin kita. Rasa-rasanya berani nak jumpa orang serupa kita lepas tu say hai dengan senyuman nak jabat salam. Memang berdesup lari!

So, apa kaitan dengan pukau?

Aku sendiri masih menyiasat. Dan, menurut buku-buku lama yang aku cuba cari. Tak banyak pasal pukau ni. Aku pun rasa sukar nak menjejak benda yang terlalu sukar. Lagipun, prinsip aku, aku berpegang pada dunia nyata dan aku sukar percayakan tahyul-tahyul semua ni. Apalagi bomoh. Memang tak!

Pagi tu uncle tak kerja, katanya off holiday. Aku pun takde kuliah. Bolehlah aku dan uncle mengopi sambil tengok Upin Ipin kat TV9. Malas nak ubah channel, selepas sekian lama aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bertanya lebih lanjut pasal kejadian pukau yang berlaku pada uncle aku.

"Inda kau kuliah hari ni Camelia?" tanya Uncle ku, cepat pula dia menyoal.

"Inda uncle, kelas esok. Hari ni batal."

"Bah, inda apalah. Bolehlah kamu berehat sikit. Uncle pun cuti hari ni. Cuti siang, pagi karang dalam jam 3 pagi ada pelancong mau dijemput di KKIA sana dibawa ke Karambunai."

"Owh. Uncle, sa mau tanya ni boleh?" Aku pandang uncle yang sedang mengunyah kuih cempedak.

"Boleh."

"Masa uncle kena pukau hari tu, berapa minit uncle rasa diorang ambil tu masa ha?"

Uncle fikir. Diam kejap.

"1 minit. Uncle rasa macam tulah."

"Laju juga."

"Penjenayah, macam tulah."

"Orang Indon ka uncle?" tanyaku lagi.

"Indon atau pilipin. Tapi Indon tu."

"Inda uncle ingat rupanya?"

"Inda."

"Owh. Sayang juga inda ingat."

"Kabur saja uncle rasa masa tu. Penjahat tu orang. Dalam sibuk-sibuk orang membeli barang sempat lagi mencuri."

"Berminat juga sa pukau-pukau ni."

"Janganlah kau belajar sana pukau-pukau ni. Inda berguna tu, makin kau buat, makin kau tiada duit tu orang bilang."

"Apa maksudnya?"

"Benda-benda khurafat miatu, mana ada berkat. Dapat sejuta, esoknya habis jua dienjoy-enjoykan sama dibuat perkara inda baik."

"Tapi menarik ni uncle. Sa mau tahu juga."

"Bah, benda-benda bahaya tu. Uncle kena sudah, kau kena sudah juga tu hari. Inda menyesal lagi."

"Inda menyesal ni." Aku bercakap dalam nada kurang serius, bercakap dengan uncle aku memang kena santai-santai.

****************

Aku masuk bilik. Buka facebook, tengok ada mesej. Daripada Alif Magic. Dia bagi aku link-link untuk baca pengalaman orang kena pukau. Best juga.

Lepas baca semua tu aku mesej balik Alif.

-Thanks, bagus kau punya link-

-Sama. Jangan dikaji, minat boleh. Kau tinggal saja benda2 ni-

Alif balas tapi dia pun macam tak sokong. Tapi beriya bagi link. Aku pun tak faham apa maksud dia. Mungkin dia anggap aku ni saja-saja mau tahu.

Tapi mau kasi tinggal ni kajian aku sendiri. Macam sayang pula. Aku baca semua link-link. Sampaikan tertidur.

******************

"Bangun-bangun Camelia. Kena rompak rumah kita."

Aku bangun dalam keadaan terkejut. Aku pandang sekeliling bilik, semua nampak kemas. Tapi PC dan laptop aku tiada, dompet hilang. Aku terus berdiri dan keluar dengan uncle yang tengah bingung.

"Ada pencuri masuk ka uncle?"

"Mungkinlah kali. Kau tengok tu pintu utama berbuka. Cepat betul dorang."

"Naaa.. terkena lagi kita ni uncle. Kurang ajar ihh, habis segala duit, pc sama laptop ku."

"Siang-siang ba ini, sempat lagi. Kajap lagi polis datang, sudah uncle call tadi."

"Di mana saja uncle tadi?"

"Di ruang tamu ni saja baca surat khabar. Inda kesadaran tertidur di sofa. Lepas-lepas naa... tv kena angkut sudah."

Dan, aku malas mahu bertanya. Kenapa kami kena lagi ni. Kena uji banyak kali kami ni. Benar kali kata si Alif Magic tu, kasi tinggal saja kajian aku pasal pukau. Mahu kaji apalagi kalau pc sama laptop sudah lesap.

Aku dan uncle duduk, bingung sekejap. Uncle lagilah kena marah-marah sama si aunty dalam telefon. Aku pandang sekeliling, aku pandang pintu. Mungkin ada apa-apa kesan yang pencuri tu kasi tinggal. Manalah tahu. Lepas aku check pintu. Senang-senang dibukanya, pernah juga aku dengar orang boleh kasi lembut besi. Tapi ni sudah grill tidak berkunci setakat tombol saja. Pakai kad etc pun boleh buka.

Masa aku hati-hati tengok pintu, aku nampak macam bekas-bekas lilin. Padahal pagi tadi, sudah ku mop semua. Bekas titik-titik lilin warna merah dan sedikit kepingan kertas hitam yang dibakar kecil-kecil. Aku sentuh kepingan terbakar tu jadi abu. Aneh tapi pelik. Lepas tu kena bawa angin dan hilang.

"Assalamualaikum?"

Tekejut aku sebab pintu memang buka dan aku tengah fokus, terus jawab.

"Waalaikumsalam."

Dua orang polis datang rumah. Masuk jumpa uncle.

"Ini rumah kedua di kawasan ni. Memang kes pukau."

Dan, aku rasa cepatnya polis ni buat kesimpulan. Tapi aku tak nafikan memang kes ni kes pukau lah. Kalau tak, takkan aku inda sedar masa tu pencuri masuk bilik. Aku ada loceng di bilik tu, siapa masuk mesti bunyi.

Takpelah. Pengalaman kena lagi. Kalau tidak, tiadalah mau ditulis di sini.

Bersambung.....

PUKAU (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang