Salun Pukau (Bab 2)

5.7K 130 14
                                    

Hari ini balik sendiri. Pak cik masih belum sihat. Mak cik pun sama kena naik bas. Ah! Memang susah takde lesen. Dekat rumah tu bukan takde kereta, ada 2 bijik lagi. Mak cik tak tahu drive, aku pun 2 kali 5!

Sampai Bandaraya Kota Kinabalu. Terasa mahu potong rambut. Sudah panjang melepasi bahu. Alangkah baiknya kalau dapat berfesyen rambut chinese doll. Perempuan seperti aku jarang nak berfesyen, boyfriend pun takde.

Lupa. Nama aku Camelia. No shortform, takde nama pendek. Kalau panggil aku camel memang tak aku menyahut. Dan, jangan terkeliru. Aku di prolog adalah aku yang menulis kisah ni. Bukan kekeliruan jantina tau.

Okey, sambung. Tengah cari salon. Aku terpandang sebuah salon baru di belakang sebuah bangunan. Tak pernah pula aku nampak ada dereten kedai dekat situ. Mungkin juga aku tak explore. Segera aku masuk ke dalam. Barang-barangnya antik tapi unik dan cantik. Ada 3 cermin besar dan kerusi. Ia umpama sebuah bilik yang dihias indah.

"Selamat Petang. Selamat Datang ke Salun Madam Dahlia."

Aku terkejut. Segera memandang seorang perempuan cantik di belakang. Bidadari ke? Perempuan itu berpakaian umpama seorang ratu dan bersarung tangan hitam berkilat. Senyumannya menawan, bibirnya merah delima masak.

"Selamat Petang Puan."

"Panggil Madam Dahlia aja."

Dan loghat Indonesia itu membuatkan aku mulai tahu dari mana kecantikan Madam Dahlia datang.

"Jadi, nak potong rambut?"

"Ya Madam," jawabku.

"Rambut kamu masih cantik, sayang dipotong. Madam akan buatkan rambut kamu lebih cantik dan memukau."

"Pukau?" spontan aku bersuara.

"Memukau sayang."

"Maaf Madam. Salah dengar."

"Duduk saja di sini. Relaks. Cermin depan kamu saya tutup supaya kamu dapat lihat suprisenya."

Aku terus duduk di sebuah kerusi. Rasa kerusi itu sangat empuk dan nyaman. Seolah-olah sedang duduk di atas kerusi urut ogawa yang kau kena bayar untuk duduk di shopping complex tu. Padahal, peletak kerusi tu tahu yang orang akan cari kerusi nak duduk. Tak pasal-pasal nak duduk kena bayar. Kerusi macam tu banyak dekat Centre Point dan One Borneo. Kesian orang tua yang kena berdiri. Iyalah, nak duduk kena bayar.

"Berapa kali seminggu basuh rambut?"

"Hari-hari Madam."

"Waktu malam jangan dibasahkan. Biarkan rambut berehat."

"Madam ni biar betul."

"Bukan begitu sayang. Maksud Madam, biarkan rambut dan kepala kamu berehat kena dari air. Petang-petang mandi air suam. Sekarang kan dah ada paip pemanas air. Tak sukar."

"Baik Madam."

Madam mula mencuci rambut aku. Dibasahkan mengikut bahagian satu persatu dan kemudian shampoo diletakkan. Kewangian shampoo tersebut membuatkan aku merasa sangat tenang. Apalagi urutan Madam Dahlia yang lembut. Terasa seperti semua masalah aku hilang begitu saja. Proses itu mengambil masa yang lama.

"Madam, kalau saya bercerita boleh?" tanyaku pada Madam Dahlia yang sibuk mengurus rambutku.

"Ceritalah."

"Madam. Uncle saya kena pukau minggu lepas. Rugi duit gaji dia beribu."

"Kasihan. Semasa Madam di Indonesia. Pukau itu biasa terjadi. Ada ramai orang mengamalkannya. Tapi tidak baik, kita akan terjerat mahu memukau orang lagi." Madam Dahlia bercerita.

"Jadi, benda pukau ni dekat sana biasalah ya Madam?"

"Begitulah. Pukau ada macam-macam jenis dan macam-macam syarat."

"Syarat?"

"Ya Camelia."

Aku tersentak. Dari mana pula Madam Dahlia tahu namaku. Sedangkan dari awal aku tidak pernah memberitahunya.

"Jangan khuatir. Madam bukan ahli sihir. Madam tahu namamu dari gelang yang kamu pakai."

Dan, aku baru ingat. Gelang yang aku pakai buahnya ada huruf namaku.

"Madam. Kalau saya belajar pukau boleh?" tanyaku serius.

"Saya tak menyedia perkhidmatan seperti itu Camelia. Bahaya untuk dipelajari. Jangan main-main, ia akan makan dirimu sendiri."

"Saya berminat sangat nak tahu."

"Manusia memang selalu berfikiran jauh. Itu sifat seorang manusia Camelia dan manusia tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya."

Aku terdiam. Tidak bertanya apa-apa lagi kepada Madam.

"Kok diam aja. Tadi bukan kamu ingin bercerita?" tanya Madam Dahlia.

"Inda (Tak). Cerita saya hanya pasal uncle saya Madam."

"Camelia. Setiap manusia ada cubaan masing-masing. Mungkin itu bahagian uncle kamu. Untuk dia fikir tentang dirinya."

Aku makin terdiam. Aku mula hidu wangian daripada salun Madam Dahlia dan kemudiannya salon itu tiba-tiba bertukar kepada sebuah salon biasa.

"Perkhidmatan Madam dah selesai."

"Eh, bukan tadi salun ni lain?" aku tanya sambil pandang Madam Dahlia.

"Kamu terkena pukau mata, tapi tujuannya baik. Supaya kamu selesa Camelia. Percayalah, jika ada ilmu hitam, pasti ada juga ilmu putih. Madam tahu, kamu berminat dengan pukau. Nanti Madam akan ceritakan lebih banyak kepada kamu. Kamu lihatlah hasil rambut kamu."

Dan, apabila saja cermin dibuka, aku terus sentuh rambutku.

"Terima Kasih Madam."

"Sama-sama Camelia."

"Berapa Madam?"

"Untuk kamu tiada, kamu baru datang. Sentiasa jaga hati kamu Camelia. Kalau hati kamu bersih, kamu takkan terpukau."

Aku angguk dan keluar selepas bersalam dengan Madam Dahlia dari salunnya. Dan, hari ini aku pula yang mengalami pukau.

Tiba-tiba telefon bimbit aku bergetar. Segera aku ambil dan buka. Baca sms di dalamnya.

~Camelia, mak aku kena pukau di Penampang tadi. Katanya ada orang tepuk belakang dia. Aku tahu kau minat benda tu, sebab tu aku sms ko~

Dan, bila aku terima sms seperti yang dihantar Dayang kepadaku. Apalagi, harus aku bergegas mahu ke rumahnya di Penampang. Terus saja aku ke stesen bas ambil bas yang pergi ke Pekan Donggongon Penampang untuk tahu ceritanya.

bersambung....

PUKAU (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang