Terpukau (Bab 3)

4.2K 112 15
                                    

Aku menaiki bas ke Pekan Donggongon. Basnya kecil tapi selesa, lagipula sudah petang. Tidak panas, tidak sejuk. Angin pula semulajadi. Kebanyakan bas rakyat dekat Sabah mana ada aircond, kau kena buka tingkap luas-luas. Bersiap sedia dengan penerbangan rambut-rambut dan segalanya. Jangan tidur! Tiba-tiba telefon bimbit berdering lagi.

"Di mana sudah kau ini dang?"

"Dalam bas bah sudah. Kajap lagi mo sampailah ni."

"Bah, aku masih di rumah juga ni. Kau call saja ya, jangan kau lupa. Susah mo dapat bas masuk kampung sa ni. Nanti sa sama bapa sa ambil ko."

"Bah. Nanti aku kasitau kau kalau aku sudah sampai."

Aku duduk di belakang sekali. Saja tidak mahu di tengah-tengah. Tahu orang bukan semua ke Pekan Donggongan, ada turun di Karamunsing dan laluan ke sana. Malas mahu ubah-ubah tempat duduk.

Dalam ramai-ramai manusia dalam bas tu. Tak ramai orang tempatan. Naik takut juga aku memikirkan. Macamana kalau ada di antara mereka ni kaki pukau? Aku teringat kata-kata Madam Dahlia, hati harus bersih, baru tak terpukau.

"Cik, bas ni berhenti di Beverly Hills ka?" seorang pemuda bertanya.

Aku sebenarnya tahu Beverly Hills tu satu nama tempat dekat Penampang. Tapi tak ingat, bas lalu atau tidak di tempat tu.

"Sa nda pasti pula."

"Okey."

"Lalu juga tu, sa pun turun situ bah," seorang wanita lewat 40 an menyampuk perbualan kami.

"Bah, Terima Kasih aunty," lelaki tadi berterima kasih.

Aku hanya memandang pemandangan luar dan pada ketika itu aku rasakan kenapa seakan-akan jarum jam tidak bergerak. Kenapa terlalu lama aku berada dalam bas. Malah langit dan suasana juga sudah bertukar malam.

Aku cuba buka mulut.

Tak mampu.

Aku cuba teriak.

Tak terkeluar suara.

Aku cuba menggerakkan jariku.

Tapi langsung seolah kaku.

Apa yang sedang berlaku? Fikirku.

Dan, selepas saja jam usai masuk 10 malam aku dikejutkan.

"Dik, buat apa sini? Bahaya ni?"

Aku pandang sekeliling, aku sedang duduk di tepi sebuah longkang besar Pekan Donggongon sambil memerhati sekeliling. Tanpa beg, tanpa duit, tanpa telefon bimbit dan tanpa ingat apa-apa.

Aku hanya berjalan tak tahu tujuan seolah tak mengenali tempat tersebut.

Aku ke kiri.

Aku ke kanan.

Aku ke belakang.

Aku ke depan.

Tapi aku tak ketemukan jalan.

Dan tiba-tiba aku rasakan bahu aku disentuh seseorang. Keras dan berat tangan itu hingga memaksa aku menoleh.

"Jangan melawan nak. Tenang."

Dan, sekali lagi aku tak mampu bergerak. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kenapa aku seolah-olah terpukau!!

bersambung...

PUKAU (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang