Bab 2

4.6K 64 5
                                    

"Kenapa, Azman?" Lisa bertanya. Aku sekadar mendongak. Wajah manis Lisa itu kelihatan penuh dengan tanda tanya.

"Tak. Tak ada apa-apa. Saya okay saja."

"Betul ni? Awak sakit ke?"

" Tak. Saya ada apa-apa ." Tanpa berfikir panjang, aku menutup pintu ke alam maya dan terus meninggalkan dunia itu. Wallpaper bergambarkan aku dan Sarah yang sedang bermain piano yang diambil beberapa tahun yang lalu, seolah-olah mengejek. Dengan perasaan marah aku mematikan laptop. Nanti saja aku gantikan wallpaper itu. Laptop zaman sekarang sudah ada teknologi untuk mengejek pengguna agaknya.

Aku kembali bersandar sambil melihat pelanggan-pelangganku yang semakin bertambah. Jam sudah menghampiri jam 1 petang. Lunch break. Aku capai mug, memegangnya dengan kedua-dua tanganku. Menghirup aroma harum kopi. Aroma kopi adalah antara aroma yang indah di dalam dunia selepas bau hujan turun. Aku dan Lisa saling berpandangan. Sunyi.

"Tiba-tiba saya rasa bodoh." aku tertawa geli hati.

"Eh, kenapa awak cakap macam tu?" Lisa mengerutkan dahinya.

"Saya, menghilangkan diri sejauh-jauhnya dari tempat lama dan ke sini, cuma ingin lari dari sesuatu yang..." aku menghentikan tuturku, menahan tawa, ketawakan kebodohanku,".... Sesuatu yang tidak mengejar saya pun..."

Lisa mengerutkan kening. Dia benar-benar tidak mengerti dengan tutur kata aku.

"Bingung ya?" tanyaku sambil tersenyum-senyum.

"Saya tak faham lah, Azman....." Lisa mengangguk sungguh-sungguh, "..ceritakan semuanya lah. Kalau awak tak kisah dan tak keberatan. Lagi pun orang bukan ada sangat ni.." Lisa ketawa kecil sambil menarik kerusi berhampiran dan menghampiriku.

"Begini... Saya lari hingga ke sini, melarikan diri dari seseorang yang saya... saya..... Yang saya cinta..." aku terdiam. Lisa menunggu aku menyambung cerita. Aku hirup lagi kopi di dalam mug.

"What? Seseorang yang aku cinta....?" bisik aku di dalam hati. Aku sendiri tertanya-tanya kenapa aku jawab begitu. Benarkah apa yang aku rasakan ini cinta? Atau ia cuma satu perasaan yang menipu aku dengan memberi peluang untuk aku rasa gembira walau pun sebenarnya semua tu palsu?

"Kenapa awak lari dari dia? Dia tu yang buat awak termenung jauh kat skrin laptop tadi?" Lisa bersungguh-sungguh menanya.

"Sarah. Nama dia Sarah. Dia pernah ada dalam hidup saya. Cinta hati saya. Tapi, lepas tu dia pergi tanpa pesan atau ucapan untuk saya. Dia pergi macam tu saja. Tiada ciuman buat kali terakhir di pipi. Tiada ucapan sayang di telinga atau sekurang-kurangnya senyum sedikit untuk saya rasa bahagia untuk kali terakhir. Tiada." Aku hirup lagi kopi yang hampir sejuk itu.

"Lalu, kenapa awak kata awak lari daripada dia?" Lisa sudah mulai bingung.

"Saya tidak pasti adakah saya lari dari dia, atau sedang lari kepada dia. Walau sejauh mana saya lari, akhirnya dia tetap ada di hujung sana, tersenyum melihat saya..." sekarang aku benar-benar rasa kelakar bila mengingat semula alasan awal perjalananku ke tempat ini.


Lisa hanya tersenyum simpul. Dia terdengar bunyi loceng dari pintu masuk kedai.


"Nanti kita sambung ya, awak. Ada pelanggan tu." Lisa menolak kerusi ke tempat asalnya semula.

"Baiklah." Aku lemparkan senyuman kepada Lisa. Lisa asyik melayan pelanggan. Kasihan juga aku lihat dia seorang diri melayan pelanggan yang datang hari ini. Sasha cuti hari ini. Katanya kucingnya nak beranak. Aku ya kan saja alasannya itu. Lagi pun Sasha tu rajin orangnya dan jarang minta cuti.

Aku teringat semula isi kandungan e-mel yang dihantar oleh Sarah tadi. Katanya dia dapat e-mel aku daripada Aina. Jujur aku katakan, memang aku juga hendak berjumpa dengan Sarah semula. Tapi, separuh daripada aku kata tak perlu. Ia hanya menambah sakit yang sedia ada. Separuh lagi mengatakan yang mungkin jika aku berjumpa dengan Sarah semula, ia mampu menjadi ubat dan sembuhkan luka 2 tahun lalu.

Sarah. Oh tentunya. Aku dengan jelas dapat 'merasakan' dirinya dalam bayanganku, betapa bahagianya aku jika benar-benar bertemu dengannya, menghidu bau minyak wangi kegemarannya, berbual-bual tentang persekitaran dengannya, bernyanyi bersamanya ketika duduk di tepi tasik setiap petang (Apa kah ini maknanya aku rindukan dia jika aku mampu ingat setiap perkara yang pernah kami lakukan bersama dulu?), menangis bersama-sama ketika menonton The Notebook (ia memang sebuah filem yang bagus dan antara filem kegemaranku), berjalan di dalam hujan ketika balik dari tasik, masuk ke dalam kedai muzik dan mencuba semua alat muzik yang ada di sana, berkejaran di dalam IKEA sambil membayangkan yang itu adalah rumah kami. Di antara semua itu, aku tidak akan tertinggal untuk mencium dahinya setiap kali aku menghantarnya sebelum dia masuk ke dalam rumah. Semua tergambar dengan jelas, seperti nyata dalam benakku.

Tunggu sebentar.

Adakah aku sudah letih berlari daripada Sarah? Atau aku hanya ingin mengulang kebahagiaan yang pernah terjadi dan hidup bersamanya semula?

Oops.

Aku terdiam, melihat Lisa yang sedang menyediakan kopi untuk pelanggan.

Aku memandang jam dinding itu dari tadi, jam dinding berbentuk segi empat dan berwarna merah yang disangkutkan di dinding berhadapan dengannya. Aku bertanya sendirian yang sungguh cepat masa berlalu tanpa pernah menunggu kita. Semakin dikejar masa itu, semakin laju dia bergerak. Semakin dibiarkan masa itu, semakin laju dia bergerak.

Ya, masa tidak pernah menunggu kita walau kita mengejarnya atau membiarkan dia mengejar kita. Ia tetap akan bergerak, dan tanpa aku sedar sudah dua tahun. Dua tahun aku tidak berjumpa atau dengar khabar berita daripada Sarah.

Aku terus menjeling ke arah jam dinding itu sekali lagi. Melihat jarum jam yang semakin menghampiri angka 2 yang semua orang yang melihat jam itu akan tahu di mana letaknya, walau pun rekaan jam dinding itu hanya ada angka 12, 3, 6 dan 9 sahaja. Hari yang aneh dan dingin ini berlanjutan. Lisa melihat aku dari dapur. Dia dapat merasakan yang aku masih memikirkan tentang Sarah. "BONG! BONG!" jam dinding itu menjerit. Sudah pun masuk jam 2 petang.

Aku teringat kali pertama aku dah Sarah berjumpa. Ketika itu aku baru mengajak ke usia 17 tahun dan Sarah baru berusia 15 tahun. Ada jarak 2 tahun antara umur aku dan dia. Peristiwa itu masih segar dalam fikiran aku walau pun telah lama ia berlalu. Pertemuan secara tidak sengaja itu telah menemukan aku dan Sarah yang akhirnya menghadirkan perasaan lebih daripada kawan antara aku dan dia. Aku melihat ke arah luar kedai. Langit yang sebentar tadi cerah telah berubah menjadi mendung. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Aku meminta Lisa buka pintu kedai. Aku ingin menghidu bau hujan turun. Selain bau kopi yang panas, aku juga suka bau hujan.

Dan, di waktu hujan turun aku berjumpa dengan Sarah.

MonologWhere stories live. Discover now