Bab 9

1.1K 27 9
                                    

"Haa... Kau orderkan barli suam dengan kuew teow goreng kat aku. Jap lagi aku sampai. Jalan jam ni." Aku baca mesej yang dihantar oleh Dent. Dent just being Dent. Tidak pernah cuba untuk menepati janji. Selalu sahaja lambat. Malam ini pun dia sudah lambat hampir 30 minit.

Aku panggil pelayan dan membuat pesanan. Pelanggan pun tidak terlalu ramai malam ni. Mungkin juga kerana masih tengah bulan. Baki gaji bulan lepas cuma cukup untuk sehingga hujung bulan dan ia tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Begitulah nasib si pemakan gaji.

Pesanan aku sebentar tadi pun tiba. Tidak perlu menunggu lama seperti biasa. Aku hirup sedikit kopi O panas dari gelas kaca besar dan meletakkan ia semula ke atas meja. Segar.

Aku keluarkan telefon bimbitku dan aku mengulang baca email daripada Sarah. Setiap perkataan seperti duri yang menyucuk hati aku perlahan-lahan. Sakit tapi aku tidak boleh mengelak.

Aku buka gambar aku dan dia berdua yang aku ambil ketika kami keluar makan malam di hari lahirnya. Selesai makan malam kami berdua pergi berjalan di tepi tasik sambil berpegangan tangan. Ketika itu masa seakan-akan tidak bergerak. Indah walau cuma sebentar.

"Woi! Hang termenung padia ni? Asal jumpa aku je sendu. Jumpa aku je sendu. Kahkah." Bahu aku ditepuk kuat oleh tangan Dent yang besar itu.
Terkejut aku. Sedikit lagi kopi dalam cawan ini terbalik.

"Hang ni. Janji pukul 8. Ni pukul 9 lebih dah. Haram betul." aku membalas tepukan Dent sebentar tadi dengan menumbuk lengan kanannya.

"Aduh... Sorrylah. Hang bukan tak tahu yang aku ni pekerja contoh. 6 bulan berturut-turut menang Employee Of The Month. Banyak kerja tadi. Sorry ya. Takpe. Malam ni aku belanja. Jangan cakap abang tak payung, dik. Jangan. Kahkah." Dent terus tarik pinggan berisi kuew teow goreng dan terus disuapnya rakus ke dalam mulut.

"Haa.. Riaklah tu. Riak. Mujur kau belanja. Sejuk sikit hati. Patut aku order satay tadi. Kahkah." kami ketawa.

"Haa... Ada apa hang nak jumpa aku ni? Let me guess... Pasal Sarah?" aku mengangguk kepala perlahan-lahan.

"Dia nak apa lagi? Tak cukup ke apa yang dia dah buat kat kau? Ingatlah. She broke your heart, bro."

"Aku tahu, Dent. Aku tahu. Ya. Betul she broke my heart. So hard sampai aku cuba nak cantumkan balik pun akhirnya tangan aku sendiri yang luka."

"Dia nak jumpa kau ke macam mana? She's coming to town?"

"Yeah. Next Saturday. Dia ada hantar email kat aku tempoh hari. Should I meet her? I don't know what to do. 2 tahun lama, Dent." kopi di atas meja terbiar sejuk.

"Look... Aku cuma boleh bagi pendapat sahaja. Hang kawan aku. Kawan baik aku. Aku tak nak tengok hang terus macam ni. Hang ingat lepas dia pergi tinggalkan hang macam tu je dulu? Aku je yang tahu hang macam mana."

"Ya. Aku tahu."

"Aku tak tahu kenapa dia nak jumpa hang. Aku tak pandai meneka hati orang. Apa lagi meneka hati seorang perempuab. Tapi, if there's something you want to do, then you go and do it."

"You think so? Entahlah, Dent. Aku nak jumpa dia tapi aku tak nak jumpa dia. Kau faham kan?"

"Tak. Aku tak faham. Aku tak nak faham pun. Hang masih sayang dia ke?"

"I don't know."

Kami berdua hanya diam buat seketika. Yang kedengaran cuma bunyi tukang masak memasak di dapur dan pelanggan yang berborak.

"Okaylah, Man. Aku rasa takde salahnya untuk hang pi jumpa dia. Jumpa just jumpa je kan? Bukan ada apa?"

"Aku pun rasa macam tu. Aku pun memang lama tak jumpa dia dan nak juga tahu khabar dia. So, aku patut jumpa dia?"

"Yeah. Go for it. Takda apa jadi kot. Hang pi je." kata Dent lalu menghirup barli suamnya.

"Okay then. Aku email dia sekarang."

Aku capai telefon bimbit dan terus menaip email untuk dihantarkan kepada Sarah.

Hi, Sarah.

So, awak akan datang ke KL kan this weekend. So, why not we meet and have a coffee together? Lama jugakan kita tak berjumpa. Since you are in town, why not right? This is my number. Anything just call or text me.

See you.

Aku tekan hantar dan aku rasa seperti satu beban diangkat dari bahu aku. Ah, entah kenapa semua ini berlaku kepada aku.

"Haa... Dah sent email kat dia kan? Dok sendu padia lagi? Dah lah. Makanlah. Pukul berapa dah ni. Esok aku ada meeting lagi. Kena pi awal. Biasalah... Employee Of The Month. Kahkah."

Kami berdua ketawa dan selesaikan makanan kami. Selepas Dent bayar makan malam kami, terus masing-masing pergi ke kereta dan pulang.

Sebelum Dent pergi sempat dia berkata, "Azman, ingat ni. Hang kuat. Jangan nampak lemah di depan dia. Sendu macam mana pun, chin up bro. Okay? Nanti story kat aku. Chow bebeyh..."

"Sure bro." Aku mengangkat tangan ke arahnya dan terus pulang ke rumah. Entah apa Sarah balas dengan pelawaan aku itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MonologWhere stories live. Discover now