Bab 5

2.5K 50 14
                                    

Kedai kopi menjadi lengang dan sunyi. Pelanggan semakin berkurangan. Jam sudah pun masuk 10 malam. Lisa sedang membasuh cawan-cawan di dapur yang masih berbaki sedikit lagi. Pekerja-pekerja lain sedang mengemas kedai. Ada yang mengemop lantai dan ada yang menaikkan kerusi ke atas meja. Selepas sahaja pelanggan terakhir yang dari tadi duduk di sudut hujung kedai keluar bersama-sama beg laptop dan failnya, Lisa memusingkan tag "BUKA" dan kini ia tertera perkataan "TUTUP".

Aku masih lagi mengelamun teringat semula saat pertama kali aku berjumpa dengan Sarah satu masa dahulu. Bertemankan secawan kopi yang cuma tinggal 2-3 teguk sahaja lagi, aku terus hanyut dalam fikiran aku sendiri.

"Azman... Azman.... Azman!"

Aku terkejut mendengar suara Lisa yang berada di sudut kedai mengambil cawan pelanggan terakhir tadi. Ah, lama juga aku mengelamun tadi.

"Haaa... Lisa. Kenapa?"

"Saya panggil awak dari tadi ni. Awak okay tak ni? Jauh betul termenung..."

"Saya okay."

"Dah pukul 10 lebih ni. Dapur semua dah kemas. Bahagian depan pun saya dah kemas. Awak nak tutup kedai ke atau nak saya tutupkan?"

"Takpe. Biar saya yang tutup. Awak pergilah kemas barang-barang awak tu. Nanti lambat pula awak balik."

"Baiklah. Saya ke belakang dulu."

Aku menolak rambut ke belakang dan mengeliatkan badan. Tangan aku tolak ke atas seperti hendak mencapai bintang. Aku hirup nafas dalam-dalam dan kemudian aku habiskan baki kopi di dalam cawan sebelum membawanya ke dapur. Lagu "Falling In Love At A Coffeeshop" masih berkumandang di dalam kedai. Sengaja aku biarkan.

"Lisa... Lisa... Mana awak?" Aku memanggil Lisa.

"Ya. Saya kat depan ni."

"Awak nak balik dah ke?"

"Ya. Nak balik dah ni."

"Awak balik naik apa ni?"

"Saya balik naik bas. Macam biasa."

"Takpe. Jom saya hantar awak balik."

"Eh... Tak susahkan awak ke?"

"Takpelah... Jom saya hantar awak balik. Awak pergi tunggu saya kat kereta saya dulu. Saya nak kunci kedai ni sekejap."

"Baiklah. Saya tunggu kat kereta ya." Aku nampak Lisa tersenyum sedikit. Cantik.

Aku seluk poket dan keluarkan segunggus kunci. Aku buka mangga satu persatu dan mengunci kemas di pagar kedai. Aku menggoncang sedikit pagar kedai untuk pastikan ia terkunci kemas. Kemudian aku terus berjalan ke arah kereta.

Aku nampak Lisa melepaskan ikatan rambutnya yang diikat kemas sejak pagi tadi. Ah, rambutnya yang panjang separas bahu itu dia sanggulkan kemas di atas kepalanya dan bagi aku itu adalah sesuatu yang sangat seksi. Perempuan yang sanggul rambutnya dengan gaya hairbun style memang nampak seksi. Aku terus berjalan hingga ke kereta.

"Lisa... Masuklah." Aku buka kunci kereta dan bukakan pintu untuk Lisa.

"Oh.. Terima kasih." Lisa membetulkan sanggulnya dan terus masuk ke dalam kereta.

Aku hidupkan enjin kereta. Suis aircond aku tekan dan tahap suhu aku tetapkan pada tahap cold. Aku hidupkan radio dan aku masukkan pendrive ke dalam ruang USB dan lagu "You're Beautiful" nyanyian James Blunt berkumandang dari corong radio.

"Wah... Saya suka lagu ni!" Lisa berkata sambil memeluk kemas beg tangannya.

"Saya pun suka. Lagu ni sangat classic bagi saya. Saya rasa sampai bila-bila lagu ni akan sedap didengar." Aku hidupkan signal dan masukkan gear ke 'D' lalu terus bergerak meninggalkan kawasan kedai.

"Ramai juga kan orang hari ni?" Kata Lisa sambil tangannya sibuk mengelap cermin matanya cuma dipakai di waktu malam. Aku rasa dia rabun ayam.

"Ramai juga." Aku cuma mengangguk perlahan. Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Kereta masih banyak di atas jalan. Mungkin baru balik dari makan malam bersama pasangan masing-masing.

Sebenarnya, aku gemuruh. Ini kali pertama aku menghantar Lisa pulang ke rumah. Biasanya aku akan pulang lebih awal dan Lisa lah yang dipertanggungjawab kan untuk menutup dan mengemas kedai sebelum pula. Entah kuasa apa yang membuatkan aku menawarkan diri untuk menghantar Lisa. Tanpa sedar aku tersenyum sedikit. Sekurang-kurangnya aku kini berdua bersama Lisa.

"Kenapa awak senyum sorang-sorang ni?" Tanya Lisa sambil ketawa kecil.

"Takde apa. Saya suka tengok awak sanggul rambut macam tu. Cantik." Ah! Apa aku cakap ni? Macam mana boleh cakap macam tu? Malunya aku.

"Hahaha. Terima kasih Azman. Panaslah tadi. Lepas kemas kedaikan. Tu yang sanggul rambut ni." Lisa membetulkan rambutnya.

Kami berbual sepanjang perjalanan itu. Kami berbual tentang kopi, muzik kegemaran kami, filem kegemaran kami dan juga buku kegemaran kami. Ternyata aku dan Lisa berkongsi banyak persamaan. Berkongsi selera dalam muzik misalnya yang mana aku dan Lisa suka irama muzik Jazz.

"Awak lapar? Awak nak pergi makan tak?"

"Lapar juga tapi macam dah lewat sangat nak pergi makan."

"Kita drive thru je lah. Mcd kan ada. Nak tak?"

"Haa... Bolehlah. Tapi awak belanja! Haha. Saya gurau je."

"Ala... Setakat mcd tu berkira apa kan. Saya belanja je lah." Aku terus masuk ke mcd drive thru. Lisa memesan set McChicken dan hanya memesan milo besar. Aku tidak lah rasa lapar sangat.

Aku terus memandu sambil Lisa menunjukkan jalan ke rumahnya. Ini kali pertama aku menghantarnya. Apatah lagi ini kali pertama aku pergi ke kawasan Ampang. Rupanya Lisa tinggal di Pandan Indah. Setibanya di hadapan rumahnya aku berhentikan kereta.

"Terima kasih Azman sebab hantar saya. Siap belanja dinner lagi. Hahaha" Lisa turun dari kereta. Aku turunkan tingkap supaya mudah untuk berbual.

"Sama-sama. Takpelah. Bukan selalu. Ni siapa ada kat rumah ni?"

"Ada budak rumah lagi 3 orang." Lisa membuka ikatan sanggulnya dan melepaskan rambutnya. Cermin mata yang sedikit jatuh ditolak ke atas semula. Cantik sungguh.

"Ouh... Baiklah kalau macam tu. Okay, Lisa. Kita jumpa esok ya?"

"Baiklah. Saya masuk dalam dulu ya..." Lisa melemparkan senyuman yang manis kepada aku dan berjalan masuk ke dalam rumahnya.

"Lisa...!" Aku panggil.

Lisa pusing ke belakang. "Ya?"

"Esok pagi saya ambil awak ya." Aku senyum.

"Okay. Nanti awak mesej saya ya."

Aku mengangguk perlahan sambil melambaikan tangan ke arah Lisa. Selepas Lisa masuk ke dalam rumah, aku terus pacu kereta aku untuk pulang ke rumah.

Aku capai telefon bimbit. Aku mencari satu nama dalam senarai di dalam telefon. Jumpa. Danial. Kawan aku dari sekolah hingga ke universiti sampai sekarang. Aku cuma ada 2 orang sahaja kawan sehidup semati yang selalu ada di susah dan senang aku. Abang Lan dan Danial. Namanya Danial Hakim tapi aku lebih biasanya memanggilnya Dent. Aku dail nombornya dan deringan berbunyi. Suara Danial kedengaran di hujung talian.

"Harap maaf. Orang yang anda cari dok tengah tidur. Pi cari orang lain."

"Woi, Dent! Hang kat mana? Jom lepak jap. Ada bendalah nak share."

"Harap maaf. Orang yang anda cari dok tengah tidur. Pi cari orang lain."

"Ala... Aku belanja lah. Jom lah."

"Haa... Okay. Orang yang hang cari ada ni. Dah bangun. Okay. Aku bagi kau masa 20 minit mai ambil aku kat rumah. Okay? Bye."

"Woi... Mana semp..." Tak sempat aku habiskan ayat aku, talian diputuskan.

"Setan punya Dent." Aku terus pacu kereta aku ke rumah Dent yang tidak jauh dari sini. Banyak perkara yang aku nak share dengan Dent.

Tentang Sarah.

MonologWhere stories live. Discover now