Bab 7

2K 38 12
                                    

Aku sampai ke lorong rumah Dent. Dari jauh aku dah nampak dia sedang duduk sambil tangan membuang abu rokok dan sebelah lagi bermain telefon pintarnya. Aku terus pergi ke arahnya. Sampai saja di depannya, Dent terus berdiri dan aku nampak mukanya macam nak marah.

"Tu dia... Aku rasa 20 minit kat mana-mana sama je. Tapi hang ni aku rasa 20 minit hang tu macam siput khinzir."

"Jalan jammed lah, Dent. Bukannya hang tak tahu simpang empat depan tu kan neraka trafik."

"Aku bersyukur pada Allah kerana aku diberikan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau lambat sikit lagi, aku masuk rumah tidur dah tadi."

"Sorrylah. Dah... Jomlah. Kita pi... Kita pi lah kedai mamak memana yang buka."

"Natang! Kedai mamak je? Aku bersiap kemain lagi siap adjust rambut... Pi mamak je. Tapi takpe... Memandangkan hang belanja, ceq rela. Kahkah."

"Setannya perangai. Dah... Masuk!"

"Bukakanlah pintu."

"Mampuih hang lah."

"Gurau sikit pun tak boleh. Nampak sangat emosi tak kuat. Kahkah."

Dent masuk ke dalam kereta dan aku terus saja tekan minyak dan pergi. Tempat yang dituju mestilah ss15. Geram juga aku tempat Dent ni. Entah bila semua orang ni tidur. Malam je mesti penuh tempat ni.

Lagu I Miss You daripada kumpulan Silverchair berkumandang di radio. Antara lagu kegemaran aku dan Dent sejak dari sekolah dulu. Masing-masing ada kisah sendiri di sebalik lagu ni dan kisah aku tentulah tentang Sarah.

Sampai saja di kedai makan aku terus duduk di kawasan luar kedai. Lebih selesa duduk di luar. Pelayan kedai datang dan mengambil pesanan. Aku memesan secawan kopi tarik dan Dent memesan secawan limau suam dan kuew teow goreng. Dent mengeluarkan sekotak rokok dan lighter dari poketnya lalu membakar sebatang rokok.

"So, ada apa yang hang nak share tu?"

"Kau ingat Sarah?"

"Sarah? Perempuan yang buat kau macam takde perasaan tu?"

"Herm..."

"Aku ingatlah walau pun aku bukannya nak ingat sangat kat dia. Kenapa dengan dia?" Dent menghembus asap rokok dengan satu helaan yang kuat.

"Dia hantar email kat aku. Tengah hari tadi dapat." aku menolak rambut aku yang sedikit jatuh ke belakang.

"Sudahlah, Man. Apa lagi kau nak kisahkan pasal Sarah tu? Lepas apa yang dia dah buat kat kau..." suara Dent sedikit marah.

Pelayan datang menghantar pesanan kami. Aku hirup sedikit kopi tarik yang aku pesan tadi.

"Lama dah aku tak jumpa dia. Dengar khabar pun tak. Last aku jumpa dia pun masa kat airport dulu."

"Aku ingatlah. Aku ada sekali dengan kau masa tu."

"Aku cuma tertanya-tanya apa yang dia nak lagi? Kenapa dia hantar email kat aku?"

Aku lontarkan padangan aku jauh. Jauh dari kedai makan ini. Emosi yang tidak stabil buat perasaan aku bercampur-baur.

"Dah lah, Man. Kau buat tak tahu je lah. Kau pun dah lama tak jumpa dia. Bukan ada apa-apa lagi antara kau dan dia. Dengan cara dia layan kau, kau masih sama juga..." Dent terus menyuap kuew teow ke dalam mulut walau pun intonasi suaranya sangat serius.

"Herm..." aku hanya mengeluh.

"Man... Jangan cakap kau masih mengharap. Kau masih mengharap ke?"

"Aku tak tahu, Dent. Aku tak tahu." aku hirup sedikit lagi air dan tunduk melihat air.

"Kau kan sekarang dah ada Lisa. Kau jangan buat macam apa yang Sarah buat kat kau dulu pada Lisa."

"Ya. Aku takkan buat macam tu kat Lisa. Aku pun rasa macam dah ada perasaan kat Lisa. Aku happy sekarang. Lebih happy dari dulu."

"Jadi, apa masalahnya sekarang?" Dent memandang tepat ke arah aku.

"Aku curious kenapa tiba-tiba dia email aku after all these years."

"Jadi, kau nak buat apa sekarang?"

"Aku nak balas email dia lah. Kau rasa?"

"Aku rasa kau balas je tapi tak payah beria sangat. Aku nak kau dingin. Brrrr..." Dent buat aksi orang kesejukkan.

"Bodohlah, Dent." sikit lagi aku nak curah air kopi ni kat muka Dent.

"Ala... Gurau. Okay. Kau balas je tapi buat biasa je. Tak payah mengharap dia nak balik kat kau ke apa benda ke. NO. Tak payah. Perempuan ni bukan tentu."

"Betul ke?" Aku lihat ke arah Dent yang tersenyum bongkak.

"Eh... Ni abang Dent lah. Hal-hal makwe ni semua abang tahu." Dent ketawa kecil.

"Blah ah. Makwe pun takde. Sembang kemain kencang."

"Setan kau. Aku terasa tau kau cakap macam tu." Dent memegang dadanya sambil membuat muka sedih.

"Blah ah kau. Kahkah." kami berdua ketawa. Dent lah kawan aku yang paling baik. Semua tentang aku dia tahu. Tentang Sarah juga.

Selesai saja sesi luahan perasaan di kedai mamak(tak power sungguh ada sesi tu sekadar di kedai mamak) itu, aku terus hantar Dent pulang.

"Okay, Dent. Thanks ya sebab sudi dengar masalah aku."

"Dah lah kau ni. Dengan aku pun nak gitu. Kitakan brothers. Kau luka, aku berdarah. Aku makan, kau kenyang."

"Tapi tadi kau makan aku tak kenyang pun."

"Setan kau ni. Tu perumpamaan lah. Kahkah. Okaylah. Aku masuk dululah. Kau jangan fikir sangatlah. Ingat... Lisa ada tunggu kau esok."

"Haha. Okay, Dent. Aku balik dulu. Assalamualaikum. Ciao!"

"Waalaikumussalam."

Aku terus pacu kereta aku pulang. Jam sudah masuk 3 pagi. Esok aku nak ambil Lisa untuk sarapan pagi. Herm. Lisa. Sarah.

"Ah! Mampuslah." aku buka tingkap dan membiarkan angin dingin malam menyapa tubuh dan hati aku yang dingin ketika ini. Herm.

MonologWhere stories live. Discover now