Bab 4

2.4K 45 2
                                    

Aku sampai ke gerai abang Lan. Dia sedang sibuk melayan pelanggannya. Boleh tahan ramai juga pelanggannya malam ni walau pun hujan turun renyai-renyai. Bagus lah. Tidak lah dia duduk melepak saja, sekurang-kurangnya dia ada pendapatan dia sendiri. Dia nampak aku datang sambil senyum kepada aku dan suruh aku duduk dulu. Abang Lan memberi burger terakhir kepada pelanggannya. Aku tanpa membuang masa terus mengajukan soalan yang bermain di fikiran aku tadi kepadanya.

"Bang Lan, siapa makwe comel yang matanya bulat, pipinya gebu, ada lesung pipit di pipi kirinya, senyumannya manis dan rambutnya disanggulkan di atas kepala tu?"

Abang Lan menarik kerusi rapat ke arah aku yang sudah berada di meja berhampiran dengan stall burgernya. Sambil menghulurkan burger daging kegemaran aku, dia berkata "Hang ni lah... Dah lah balik sekali sekala. Jumpa muka aku je terus nak tanya pasal anak dara orang. Aku putaq kepala hang baru hang tahu. Salam aku pun tak mau dah sekarang?" Abang Lan memang suka bergurau.

"Ala... aku tanya je lah. Cakap je lah abang Lan rindu kat aku. Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua baru tahu." Aku bersalam dengan abang Lan. Dia hanya senyum sambil menyagat kobis ke dalam bekasnya yang cuma berbaki 1/4 bekas sahaja.

"Cepat tua tak pa lagi. Kira aku bersyukur jugalah. Kalau tak sempat tua? Haaa... hat tu masalah lah. Aku tak mau lah yang tu. hahaha. Makwe tadi tu kaa? Hat tadi tu? Haa... yang tu anak Haji Ismail duduk kat hujung kampung sana." abang Lan menggantikan kobis dengan timun pula.

"Haji Ismail tu baru pindah kat sini dalam 2-3 bulan jugalah. Aku pun tak dan nak borak-borak dengan dia. Aku geram juga ni dia tak mau mai beli burger kat aku. Dia tak tahu ka aku ni tokey burger no 1 kat kampung ni?" aku hanya ketawa melihat abang Lan yang geram sedang memotong timun. Lucu.

"Abang Lan oii... aku tanya pasal budak perempuan tu lah. Ayah dia tu aku tak nak tahu. Nama dia siapa, bang? Nama dia?" Aku menyoal dengan penuh tanda tanya.

"Kalau tak silap aku nama dia Sarah. Haa... Sarah lah kot. Aku bukan tahu sangat. Aku sibuk jual burger ni. Hang jangan tak tahu... aku nak kumpui duit beli kereta. Tapi tu lah... nama dia Sarah lah tak silap aku." abang Lan sambung memotong timun.

"Sarah eh? Sedap nama tu. Macam orangnya juga. Cantik... comel..." Aku senyum sendirian.

"Haa... hang pasai pa tanya nama dia? Nak mengorat buat jadi marka ka? Hang ni bercakap pun kadang-kadang tak keluaq suara, entah-entah cakap dengan budak tu guna bahasa isyarat pula... Hang ni bukan tentu sangat. Bukan aku baru kenal hang." Abang Lan ketawa besar.

"Ala... abang Lan ni. Mana ada saya macam tu. Haa... tu ada orang datang nak beli burger tu. Pi sana... pi..." kataku sambil mengambil pisau dan memotong tomato pula.  Abang Lan terus ke tempat memasak burger dan mengambil pesanan seorang lelaki yang kelihatan berusia lewat 20-an, mungkin. Aku pun tak kenal sangat lelaki tu. 

Aku keluarkan walkman jenama Sony dari dalam poket yang didalamnya terisi kaset Sesuatu Yang Tertunda daripada kumpulan Padi. Aku sumbat earphone ke dalam telinga dan petikan guitar solo Satriyo Yudi atau pun Piyu yang sangat mendayu dalam lagu Sesuatu Yang Indah sedang bermain. Sungguh tepat dengan suasana malam yang dingin dan suara Andi Fadly yang tersendiri sangat menyengat. Padi antara band kegemaran aku yang berasal dari Surabaya, Indonesia. 

Aku mula membayangkan semula wajah budak perempuan yang aku lihat tadi. Ah, dia bukan hanya seorang budak perempuan di mata aku. Dia seorang gadis persis bidadari. Sempurna setiap apa yang ada pada dirinya. Tiada cacat celanya. Entah bila aku dapat bertemu lagi dengannya memandangkan aku hanya tinggal lagi 2 hari sahaja di sini. 

Aku harap hari esok menjanjikan sesuatu yang indah buat diri aku. Sesuatu yang indah seperti Sarah. 

MonologWhere stories live. Discover now