Cahaya matahari menyentuh muka aku seperti ucapan selamat pagi yang lambat. Aku menggosok mata perlahan-lahan sambil tangan mencari handphone di tepi kepala. Aku capai dan waktu menunjukkan jam 10 pagi dan ada 5 mesej Whatsapp dan 10 misscalled. Semuanya daripada Lisa.
"Ah, setan. Bangun lambat pula. Pukul 12 dah ni. Ah!"
Aku terus bangun dari katil dan pergi ke bilik air. Selesai mandi aku ambil baju dari dalam almari. Hari ni aku malas nak pakai kemeja. Lebih selesa pakai t-shirt dan jeans sahaja. Selesai bersiap semuanya aku terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta. Tanpa membuang masa, aku terus menelefon Lisa.
"Hello. Lisa, sorry saya lambat bangun. Semalam saya balik rumah lambat. Jumpa kawan."
"Hello. Eh, takpe lah. Saya pun dah sampai kat kedai ni. Saya pergi naik cab tadi."
"Aduh... Sorry ya. Awak kena naik cab pula. Padahal saya dah janji nak ambil awak."
"Ala... Memang selalu saya datang kedai sendiri pun. Hahaha."
"Kalau macam tu, takpe lah. Eh, ni awak dah sarapan ke belum?"
"Tadi masa sebelum keluar rumah saya dah makan roti dulu."
"Haa... Roti je? Takpe. Nanti saya bawa awak pergi lunch. Ganti breakfast yang tak jadi tadi."
"Haha. Saya okay je tapi kalau awak nak belanja, takkan nak tolak kan."
"Baik. Nanti kita jumpa kat kedai. Bye, Lisa. Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam."
Setibanya aku ke kedai, jam di tangan menunjukkan pukul 1:20pm. Aku terus bergegas masuk ke dalam kedai selepas selesai memakir kereta beberapa meter dari kedai. Ramai pula orang pakir kereta kat sini hari ni. Aku harap semua datang lunch kat kedai aku.
Aku lihat Ahmad, salah seorang pekerja aku sedang mengelap meja sambil menyanyi lagu Hello nyanyian Adele. Dari jauh aku dengar dia nyanyi "Hello from the otherside~~~". Bukan main melayan perasaan lagi si Ahmad ni nyanyi.
"Hoi, mad. Amboi... Kemain lagi hang karaoke. Lagu omputih lagi. Kahkah." Hampir tercampak cawan yang berada di tangan Ahmad terkejut dek teguran aku tadi. Pelanggan yang ada di dalam kedai pun tersenyum melihat gelagat Ahmad.
"Aduh... Bos ni. Terkejut saya. Ala... Bos. Lagu best kot. Tambah pula lagu ni macam sama je dengan cerita saya. Rasa dekat je dengan diri ini." kata Ahmad sambil tersenyum simpul.
"Banyaklah hang punya dekat dengan diri. Hahaha. Dah... Pi kemas meja cepat. Jangan nak nyanyi sangat. Hahaha." aku menepuk belakang Ahmad sebelum dia berlalu pergi ke dapur.
Lisa sedang duduk di kaunter sambil menyemak buku akaun kedai. Tidak menghiraukan apa-apa pun yang berada disekelilingnya. Lisa memang seorang yang serius dalam kerja. Itu salah satu sebab aku suka dengannya hinggakan aku percaya padanya untuk menjaga hal-hal akaun kedai ini.
"Hai, Lisa. Buat apa tu? Nak dekat pukul 2 dah ni. Jom pergi lunch." Lisa melihat ke arah aku sebentar dan hanya mengangguk perlahan dengan pelawaanku tadi.
"Okay. Tunggu kejap eh." Lisa mengemas alat-alat tulis dan buku akaun di atas meja kaunter dan menyusunnya dengan kemas dia tepi meja. Rambutnya yang panjang itu disanggul kemas di atas kepalanya. Selepas selesai semuanya, dia bangun dari kerusi dan terus datang berdiri di hadapan aku. Cantik.
"So, awak nak bawa saya makan kat mana ni? Ganti saya tunggu awak lama pagi tadi. Geram tadi masih berbaki sedikit ni. Hahaha."
"Eleh... Tadi awak cakap takpe. Ni ada geram berbaki pula. Haha. Saya bawa awak pergi kedai makan kawan saya. Dia ada buka kedai makanan western."
"Kat mana tu?"
"Kat Ampang. Dah. Jom lah. Nanti lambat pula. Lagi pun saya ada benda nak cakap dengan awak. Benda penting juga. Dah lama saya nak cakap dengan awak tapi takde masa yang sesuai. Mungkin sekarang ni masa yang sesuai."
"Eh, kenapa pula ni?"
"Haa... Nervous kan? Haha. Power tak saya bawa watak serius? Nantilah. Amboi. Gelojoh sungguh awak ni."
"Mengadalah awak ni. Haha. Okay. Jom lah. Lapar dah ni."
"Okay. Jom."
*****
Selesai memesan makanan aku memulakan bicara. Aku menatap tepat ke mata Lisa.
"Lisa, apa perasaan awak terhadap saya?"
"Pardon me?" Lisa terkejut dengan soalan aku.
"Apa perasaan awak terhadap saya? Adakah sekadar kawan biasa atau lebih daripada seorang kawan?"
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Saja. Saya just nak tahu saja."
"Awak baik. Saya suka awak tapi cuma suka. Mungkinkah rasa suka itu jadi rasa cinta, itu saya tak tahu."
"Kenapa macam tu pula?"
"Awak... saya tahu walau pun awak nampak happy dan takde masalah, saya tahu awak sedang sedih. Saya tahu hati awak tu... Entah di mana letaknya sekarang. Jasad saja di sini."
Aku hanya diam merenung kopi yang tiba sebentar tadi.
"Saya memang mahu angkat rasa suka saya pada awak ni ke aras yang lebih tinggi. Tapi macam mana saya nak ambil hati awak kalau hati awak bukan milik awak lagi?"
"Apa maksud awak?"
"Saya tahu. Deep inside, awak masih lagi ada rasa cinta pada Sarah. Well, saya tak tahulah Sarah tu orangnya macam mana. Tapi, saya yakin yang dia seorang yang kejam sebab buat awak sampai jadi macam ni. Seorang lelaki yang hilang rasa cintanya."
"Sarah. Saya dah lama tak jumpa dia. Saya tak ingat pada dia langsung. Selama ni pun awak yang ada dengan saya. Always. Susah senang saya hanya awak yang ada dengan saya."
"Apa guna semua tu kalau akhirnya sebelum awak tidur, awak tetap harap untuk bersama dengan Sarah walau untuk sehari lagi?"
Kami berdua cuma diam dan soalan tadi dibiarkan tanpa jawapan. Sarah sudah tentu kekasihku yang pertama tapi we have a very bad breakup yang mana akhirnya aku seorang yang terkesan. Cuma Dent sahaja yang tahu apa yang aku rasa.
"Lisa, saya sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap awak. Sudah lama sebenarnya. Tapi, saya tak tahu bagaimana hendak luahkan pada awak. Tapi bila saya sudah bersedia untuk meluahkan, tiba-tiba saya terima email daripada Sarah. Saya jadi serba salah."
"Tak mengapalah, awak. Cinta ini bukan boleh dipaksa. Apa yang saya boleh cakap, saya sentiasa ada bersama awak. Saya tak pernah tinggalkan awak mahu pun menyakiti awak."
"Saya tahu, Lisa."
Aku memandang tepat ke matanya sambil memegang tangannya. "Lisa, saya sayang awak. Awak tahu kan?"
"Saya tahu. Sudahlah, awak. Jomlah kita balik. Lama sangat kita tinggalkan kedai."
"Herm... Baiklah. Awak pergilah tunggu di kereta. Saya pergi bayar."
Lisa bangun dari kerusi dan terus berjalan pergi ke kereta. Sepanjang perjalanan pulang kami berdua memilih untuk mendiamkan diri. Masing-masing ada perkara yang bermain di kepala. Tiba sahaja di kedai Lisa terus turun.
"Saya pergi dulu." kata Lisa.
"Baiklah." balas aku.
Aku keluarkan telefon bimbit dan terus mendail no telefon Dent.
"Dent, aku nak jumpa kau boleh?"
![](https://img.wattpad.com/cover/46847015-288-k96089.jpg)
YOU ARE READING
Monolog
Teen FictionAzman cuba lari dari masa silamnya kerana dia tidak mahu hidupnya yang dulu. Dia cuba bina hidup baru di tanah asing dan menjadi Azman yang baru. Itu misi utamanya. Kehadiran Lisa di sisinya sedikit sebanyak memberi satu sinar cahaya harapan buat di...