Hari ini
Hospital Istanbul, Turki.
SURAYA memicit-micit tengkuknya yang kelelahan. Dia yang merupakan pelajar perubatan kini sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Istanbul di tahun terakhir. Tidak lama lagi, dia akan kembali semula ke tanah air. Sudah membuak-buak rasa tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman dalam hatinya. Mujurlah juga setiap hari dia sibuk dengan latihan praktikal di hospital itu. Sedikit sebanyak boleh membantu menghilangkan kerinduannya pada kampung halaman.
Umpama cetusan kimia, menjadi perisa deria rasa. Bagai titisan embun di ambang subuh, menyerap ke liang dedaunan pohon. Lalu mentari bangkit dari peraduan, membentang tabir suria hingga mencecah ke muka bumi setinggi langit.
Lab Coat serba putih yang dikenakan melapisi baju kurung batik biasa dikenakannya. Pakaiannya sedondon dengan tudung yang dipin pada bahu menjadikan penampilannya sangat dicam sesiapa sahaja dalam pusat perubatan itu.
Suraya senang dipanggil oleh Pelajar Malaysia dengan nama penuhnya, Suraya. Kadang para doktor dan teman seperjuangan lebih selesa memanggil dirinya dengan nama 'Su'. Bahkan ada di kalangan doktor Turki dan Timur Tengah itu suka memanggilnya 'Rayya' dengan menekan dua huruf 'y' itu lebih dalam.
Hidungnya terhidu bau asing. Busuk disertai bau bangkai. Dia menepis bau itu sambil melihat sekelilingnya. Tidak semena-mena bulu tengkuknya merinding. Situasi ini yang dia tidak suka. Matanya meliar melihat sekeliling ruangan itu.
"Ah! Masakan aku terpengaruh dengan cerita budak-budak medic tentang jururawat bunuh diri tu?" Dia menyambung kembali siapkan laporan yang mesti dihantar petang itu.
Namun tumpuannya tersasar. Dari ekor matanya, dari tempatnya duduk dia melihat ada satu susuk mengenakan lab coat putih dengan seragam dalam serba biru muda. Bau itu semakin kuat dan dia hanya berani memandang dengan ekor mata sahaja. Barulah kedengaran suara tangisan mendayu-dayu menguasai suasana. Dia tidak berganjak dari situ. Hanya diam membatu memandang skrin komputer dan laporannya. Bohonglah dia kalau tidak takut dengan kejadian itu.
Tiba-tiba Hidayahtul datang menepuk bahunya. Badannya terhenjut terkejut bila diperlakukan demikian. "Dayah!" Dia mengurut dada.
"Kau pucat semacam ni, kenapa? Ha! Ini mesti pasal kisah kawan-kawan kita yang nampak benda tu kan. Kau pun takut samakah? Tapi serius aku pun takut-takut juga kalau terserempak masa kita bertugas. Oh ya, Doktor Anhul panggil," beritahu Hidayahtul.
Gadis itulah teman rapat merangkap seperjuangan yang tidak mengenal erti putus asa sepanjang mereka bersama di negara itu. Matanya memeriksa ke arah muka pintu itu tiada sesiapa di sana. Temannya ikut sama melihat ke muka pintu.
"Kau cari siapa?"
"Tiada apa. Tepat masanya aku dah siapkan laporan aku ni. Jom kita pergi."
Tertanya-tanya juga dia kalau kejadian tadi ada kaitan dengan kes jururawat bunuh diri menjadi bualan kaki tangan hospital itu. Waktu begini jugalah dia berpeluang membuat pengemaskinian dan memasukkan laporan progres perkembangan setiap pesakit. Tidak perlu berebut dengan doktor pelatih yang lain. Matanya terasa berat kerana semalaman berada di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi itu. Seharusnya mereka berdua sudah balik berehat. Tetapi memandangkan kes kelahiran meningkat sejak shif beberapa hari ini memaksa mereka berdua untuk ikut shif tiga empat kali ganda.
Bila mereka keluar dari ruang pejabat itu terus menghala ke dewan bersalin. Sampai di sana sahaja ada seorang doktor berasal Turki sedang membuat kelahiran normal.
"Kenapa lama sangat? Manahouseman yang lain" soal Doktor Anhul, wanita Turki itu sudah bekerja lebih dua puluh empat jam berbicara dalam bahasa Turki. Melihat bilik bersalin lain sangat sibuk.
YOU ARE READING
Pembantu Dari Neraka
HorrorBila iblis terlepas dari neraka menjadi tunggangan manusia maka tiada kata lain yang mampu menjadi sempadan. Perjuangan Suraya sekembali dari tamatnya pengajian di Hospital Istanbul. Memiliki pancaindera ke enam. Sejak kecil menyedari kelebihan d...