Bab 4

232 7 0
                                    

Taman Kingfisher

Kota Kinabalu

"TIDAK perlu rumitkan keadaanlah, ayah. Masalah kakak tu ialah bila sakit bagi ubat. Itulah jalan penyelesaiannya. Buat apa peningkan kepala." Doktor Tengku Amir berjalan ke meja ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sofa.

"Ayah tak berapa suka kalau itulah ubatnya untuk jalan penyelesaian kepada kakak kamu tu Amir," luah ayahnya.

Ayahnya, Tengku Dahlan menggeleng kepala tidak berkenan benar dengan usulan demikian. Pesara kerajaan yang sejak bujang lagi ditugaskan di Negeri Di Bawah Bayu itu berasal dari Selangor. Kemudian bertemu jodoh dengan mamanya merupakan anak tempatan di situ. Sehinggalah dia dan kakaknya lahir dan membesar di situ. Hanya sesekali sahaja orang tuanya balik ke kampung halaman di Selangor bertandang ke rumah saudara kandung sebelah ayahnya.

Puan Hanim pula menghela nafas panjang. Tiba-tiba sahaja terdengar suara tangisan dan bunyi keras dibaling dari atas. Tengku Aireen, kakak sulungnya itu mengalami tekanan hidup akibat pernikahan yang dibatalkan pada sehari terakhir sejak tiga bulan lalu.

"Tengoklah tu. Kakak tu mula lagi."

"Sudahlah, Amir. Kita ni yang sihat dan faham kena berusaha bantu kakak kamu tu," ujar mamanya.

"Mama.. kalau begitu lebih baik hantar kakak ke institut mental."

Tegang wajah kedua orang tuanya mendengar usulnya.

"Kakak kamu tu bukan gila, Amir." Ayah tidak suka mendengar ucapannya.

"Bukan orang gila saja kena ke tempat begitu. Janganlah salah faham."

"Kita ni sebagai keluarganya kena bagi perhatian dan semangat," balas mamanya pula.

Jeritan Tengku Aireen membingitkan suasana dalam rumah.

"Dengarlah tu. Bagi dorongan kepada kakak tu makin kuat gilanya. Masalahnya di sini yang kakak tu nak meraung tangis untuk hal yang buang masa dengan diri dia buat apa? Hidup kita ini ayah, takkan dapat dipisahkan dengan tekanan hidup. Setiap hari dan setiap masa mengalami stress dalam hidup. Setiap hari ada saja kes bunuh diri. Bezanya sejauh mana kita sebagai manusia nak menanganinya. Tapi tak perlulah nak tangisi hal begini sampai berbulan. Ramai lelaki lain boleh dijadikan teman hidup," selarnya lagi

Dia sendiri pun naik bengang dengan sikap bekas tunang kakaknya. Setelah semua persiapan pernikahan dibuat hanya sehari sahaja lagi keluarga lelaki maklumkan pembatalan pernikahan mereka. Alasannya yang tidak diceritakan sama sekali.

"Takkan tiada cara lain, Amir. Kakak kamu tu ubat pun dia tak ambil. Ayah makin risau dengan keadaan kakak kamu tu. Carilah alternatif lain," usul ayahnya.

Siaran televisyen menayangkan berita nasional ditatap tanpa khusyuk. Sekejap-sekejap jeritan kakaknya bersulam dengan tangisan dari tingkat atas amat mengganggu perhatiannya.

"Takkan nak hantar pergi bomoh pula, ayah."

"Astaghfirulahalazim kamu ni, Amir." Mamanya beristighfar panjang. Wajah tulus seorang ibu yang merenunginya. Dia faham dengan wajah yang memeta alur resah itu. Namun, apalah sangat masalah kakaknya hadapi banding ada hal lain jauh lebih baik difikirkan. Kalau kakaknya menderita, fikirkan ada orang lain jauh lebih menderita.

"Habis, alternatif apa yang ayah dan mama maksudkan selain dari bomoh semua ni. Amir tak percaya dengan semua tu. Jangan nak tambah masalah lagi. Bagi je ubat yang diberi tu. Tiada ubat lain yang mampu ubatkan kakak tu. Ubat dari hospital dan doktor bertauliah. Bagi Amir, cukup. Tak perlu pening-pening kepala cari alternatif lain," ujarnya sudah bangkit dari sofa itu. Berjalan ke pintu kaca dengan angin yang menerpa masuk. Membelai sekujur tubuhnya dengan pawana malam yang amat menyamankan diri.

Pembantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now