Hospital Jesselton Centre
Kota Kinabalu
BANDAR RAYA Kota Kinabalu membangun dengan pantas. Setiap peniaga berlumba-lumba bersaing dalam segala jenis perniagaan demi mengejar kejayaan tanpa mengira halal atau haram. Malah penghuni-penghuni kota tidak jemu mencari rezeki tanpa mempedulikan sama ada sumber yang diperoleh itu adalah halal di sisi Islam ataupun tidak. Hakikatnya setiap jalan hidup yang dipilih ditentukan oleh mereka sendiri. Jika mereka tegar memilih yang haram, maka hitamlah sisi kehidupan mereka.
Doktor Tengku Amir dipanggil masuk ke salah satu bilik khas sebelum bergabung ke bilik pembedahan. Seorang doktor pakar ingin dapatkan pandangannya mengenai satu kes pesakit mangsa kes mangsa kemalangan yang sudah dibedah tiga hari lalu.
"Komplikasi rumit!" kata Doktor pakar India itu.
"Laporan pesakit aku dah baca sepenuhnya. Dalam taklimat tadi pun dah jelaskan semuanya," katanya.
"Pesakit ini adaCholesteatoma dengan komplikasi otak," jelas doktor pakar India itu sudah berusia hampir tempoh bersara.
"Perlu CT Scan kan?" soalnya.
"Iya. Kena buatCT Scan tu," arah doktor pakar India itu. Beberapa pembantu di bilik bedah sebelah dapat dilihat dari cermin pandang sehala dari ruangan itu mensterilkan alat-alat perkakas bagi tujuan pembedahan.
Sementara Doktor Tengku Amir mengeluarkan hasilradiology dari sampul empat segi itu. Ditekap pada dinding bercahaya agar dia mampu menelitinya terlebih dahulu. Sempat lagi dia berpaling ke arah pesakit di atas meja bedah tidak sedarkan diri. Sesuatu pelik pada fikirannya. Tandan dahinya terus berkerut dengan otak yang terus bekerja mempelajari kes komplikasi itu.
Namun belum pun dia cuba membuat rumusan dan analisis ke atas hasil yang dibaca dari dalam semua fail itu matanya terpaku pada suhu badan pesakit. "Ada sesiapa yang sudah periksa suhu badan pesakit tu?"
"What?" soal Doktor pakar India itu memberi perhatian.
"Kenapa suhu badan menurun?" soalnya sedikit cemas. Lalu tanpa mengenakan gaun hijau biasa dikenakan sebelum masuk ke dalam bilik bedah terus meluru ke meja pesakit. Seharusnya dia tidak boleh berbuat demikian. Sempat lagi Doktor pakar India itu memberi arahan tegas. Langsung tidak diendahkan.
"Oxymeter 78%," bacanya. Dilihat lagi pada DINAMAP, tekanan darah semakin menurun.
"Oh god!" Doktor pakar India itu baru sedar.
Suasana dalam bilik bedah itu menjadi cemas tatkala menyedari tiada detakan jantung pada pesakit itu. Melihat telinganya juga banyak darah yang keluar. Dia bingung dengan situasi itu. Tidak mungkin ada kebocoran semasa pembedahan beberapa hari lalu dibuat.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan kembali detakan jantungnya dengan menggunakanDefibrilator untuk memberi arus kejutan lektrik dua titik atas dada. Keringat mulai mencucuri dahi. Antara harapan dan cemas bersatu dalam diri agar ada keajaiban.
"Nothing we can do here," tutur Doktor pakar India itu lemah.
Doktor pakar bius dan pembantu di bilik pembedahan itu terdiam kecewa. Dirinya lagi jauh lebih kecewa.
"Apa yang berlaku ni?"Dia cuba memahami apa yang sebenarnya telah terjadi. Namun masih belum menemui jawapannya menumpaskan ego seorang doktor. Kepalanya sakit. Meski sempat lagi berbincang seketika dengan doktor pakar India itu. Bosan dengan isi perbincangan tidak menemui titik punca pesakit itu menjadi lebih rumit hingga menemui ajal dia beredar.
YOU ARE READING
Pembantu Dari Neraka
HorrorBila iblis terlepas dari neraka menjadi tunggangan manusia maka tiada kata lain yang mampu menjadi sempadan. Perjuangan Suraya sekembali dari tamatnya pengajian di Hospital Istanbul. Memiliki pancaindera ke enam. Sejak kecil menyedari kelebihan d...