Bab 3

263 7 0
                                    

Hutan Tegal

Kalimantan Timur

CAHAYA kilat memancar. Petir menombak dada langit. Hujan deras melebat gila. Angin keluar masuk menderu-deru. Tingkap kayu bertempik dek penangan angin. Gubuk usang di tengah hutan itu seolah tiada penghuni.

Dari celah pohon-pohon tinggi itu lagi Tok Pawang Itam sudah melihat bumbung rumah Nyai Dewor Lampor. Hujan lebat bersama angin kencang seolah bersatu demi menghalang kedatangannya. Pedalaman jauh di tengah Hutan Tegal, Kalimantan Timur itu tidak semudah yang difikirkannya. Sepanjang perjalanan menghala ke rumah itu sahaja pelbagai rintangan dan onar yang dilaluinya.

Ketika menyusuri ke dalam hutan itu, tatkala remang senja menjelang dia menangkap kelibat Siluman Bariaban. Tubuh yang jelas bersaiz besar, tinggi dan bebulu lebat. Keberaniannya mulai tergugat kerana siluman ini terkenal jenis pemakan dan peminum darah. Bahkan darah manusia yang memasuki kawasan larangan memang menjadi sasarannya.

Mantera yang diajar oleh gurunya Nyai Dewor Lampor terkumat-kamit menjadi pengebal diri. Mungkin kerana dia juga sefahaman dengan taghut maka perjalanannya melalui kawasan siluman itu tidak juga diganggu gugat. Tidak semena-mena pula turun hujan ribut petir dengan angin kencang.

'Memang angkara iblis. Aku bukan siapa-siapa juga. Melainkan anak murid Nyai!' Detiknya dalam hati. Bangga diri bersefahaman dengan iblis.

Kali terakhir dia datang berguru dengan Nyai Dewor Lampor ketika berada di Jawa Tengah. Entah, bagaimana wajah rupa gurunya itu. Bukan calang-calang ilmu hitam yang dipelajari dari Nyai itu.

Kedatangannya ke situ bermula dengan bisikan yang menyerunya menemui Nyai Dewor Lampor. Dan dia yakin tentu ia hal yang penting. Lubuk ilmu puaka semuanya dia boleh peroleh dari wanita seberang itu. Setahunya, Nyai Dewor Lampor jauh lebih muda berbanding wajah rupanya. Bahkan ketika dia sedang berguru dengannya sahaja tetap kelihatan sihat dan cantik.

Hanya semangat yang tinggi dan ilmu di dada yang mampu menelusuri masuk ke hutan yang mempunyai seribu mistik di dalamnya. Terdapat satu kisah yang terjadi pada salah seorang penduduk yang sedang pergi berburu di hutan berhampiran itu. Letihnya berburu membuat pemburu memutuskan untuk berehat. Sebaik sahaja melihat batang pokok sudah tumbang tanpa ragu terus menancapkan parang pada batang pokok itu. Batang pokok tadi mengeluarkan darah. Rupanya ia adalah seekor ular besar yang mungkin sudah berumur sangat tua

Nyai Dewor Lampor pernah bercerita bahawa di hutan itu khususnya Kalimantan memang banyak kisah pengalaman mengatakan wujudnya ular yang besar-besar. Sedangkan dia yang mempunyai ilmu hitam juga terasa tergugat bila berada di tempat keras begitu. Bukan sebarang siluman yang sudah lama menatap di situ.

Sampai sahaja di rumah usang itu matanya meliar memeriksa sekeliling. "Nyai.. Nyai.. Ini aku Itam datang." Badannya basah kuyup kerana hujan deras yang membasahi bumi. Kedinginan menggigit kulit tubuh.

Dia mengetuk muka pintu kayu. Ada bau semacam di sekeliling rumah itu. Malam kian pekat bersabung petir dan angin seolah satu kuasa entiti bersatu menghalangnya rapat ke rumah itu. Daun pintu ditolak.

"Tidak berkunci ni?" Tok Pawang Itam berjalan masuk ke dalam. Ditepis bau tidak enak. Bau daging busuk dan hanyir darah itu menusuk deria hidunya. Wajahnya berkerut menahan mual. Ketika dia masuk ke dalam sahaja bisikan halus mengilai dari jauh. Bermacam bunyi didengarnya. Kadang bumbung rumah seolah ada yang sedang bertiti.

Bagi dirinya itu adalah aktiviti paranormal yang sangat biasa dialaminya. Kalaulah dia bukan seorang pawang bahkan anak murid Nyai Dewor Lampor sudah tentu berniat mahu ke situ pun tidak.

Barulah dia melihat di ruang tengah kelihatan seorang wanita tua terbaring lemah. Tubuhnya kurus kering dengan mata termasuk ke dalam. Rambut putih nipis seolah tiada zat vitamin. Hanya tinggal kulit dengan tulang sahaja. Ini bukan Nyai Dewor Lampor yang dilihatnya pada tiga puluh tahun lalu walau yakin ia orang yang sama. Barang dalam rumah pula bersepah dan tidak terjaga rawat. Seolah sudah berminggu-minggu keadaan itu terbiar demikian.

Pembantu Dari NerakaWhere stories live. Discover now