Bab 9 + Bab 10

3.6K 87 11
                                    

9. TERTANGKAP

"...It's a cruel injustice to be witness to the things I see, looking for the answer when it's right in front of me..."

Tiga hari dah berlalu, aku masih belum pindah rumah. Dan ini pun dah masuk hari kelima sejak Rita bagi aku duit RM8000 tu. Dah banyak kali aku telefon perempuan jadian tu, tapi semua panggilan aku masuk voice mail. Dia memang tak mahu sesiapa cari dia.

Celaka betul si Rita. Kalau tak, sekarang ni aku mungkin dah aman dah duduk di bilik sewa yang baru di Jalan Alor. Aku memang nak pindah dari apartmen bodoh ni, tapi selagi duit si Rita ni aku pegang, selagi itulah aku akan terus sangkut dengan diorang ni semua.

Dari cara layanan Cloud, Fiet dengan Qid sekarang ni, mesti diorang ingat aku tak jadi nak pindah. Silaplah. Aku masih nekad untuk pergi, cuma tunggu si Rita je ni ha.

Aku baru nak habis kerja shift petang haritu, bila si Rita tiba-tiba muncul di lobi Malaysia Hotel dengan gediknya menegur aku.

"Nok, long time no see!"

"You! Where have you been?"

"Kau ni, nok, kalau jumpa mak asyik nak menyentap je. Tak boleh ke dalam sekali kau buat baik dengan mak?"

"Buat baik kepala hangguk aku!"

Rita mengajuk balik kata-kata aku tadi.

Aku korek beg sikut aku yang aku simpan di bawah meja front desk counter ni. Aku nak pulangkan balik harta dia.

"Ni, kau ambil balik menatang alah ni! Pasal kau dan pasal benda nilah, aku masih lagi terpaksa duduk kat rumah tu!" Aku sorongkan sampul coklat yang berisi RM8000 tu pada dia.

Tapi Rita tak ambil balik duit tu. Dari duit tu, mata dia beralih perlahan-lahan ke muka aku.

"Jangan ingat aku tak tau yang duit ni datang dari mana. Ni duit Fateh, kan? Inilah 'benda' yang dia cari selama kau menghilangkan diri ni, kan?"

Dari muka aku, mata dia beralih balik pergi sampul tu.

"Do you know that I'm stuck in that house because of this?"

"Yang kau ni pun lurus sangat ni kenapa? Kenapa tak guna je duit tu untuk bayar sewa rumah baru? Cloud kan taknak pulangkan deposit kau?"

"Kau~"

"Macam nilah, kau ambillah duit tu. Pindah terus dari rumah nu. Tak payah cari bilik, cari je rumah sebuah~"

"Apa yang kau merepek ni, Rita?"

"You haven't told anyone about this money, kan?"

"You~what~of course I haven't!"

"Bagus. Sekarang ni, dengar apa yang mak nak cakap ni ya? Kau dengar betul-betul. Dalam sampul nu, ada RM8000~ eh, tapi mak dah cakap kat kau sebelum ni, kan? Ah, tak kisahlah! Okay, ada RM8000 dalam nu.

Kejap, aku tak habis cakap lagi~ no! You listen to me! Keji, dengarlah dulu mak cakap, jalang! Kau ambik semua duit tu. Mak kasi kau duit nu semua. Jangan bagitau sesiapapun pasal duit ni. Cari rumah baru dan beli rambut palsu baru, rambut palsu kau tu pun dah keji mak menengoknya!"

Aku rasa kepala aku dah berapi dengan si Rita sekarang ni. Kalaulah di lobi hotel ni tak ada orang, nak saja aku rasanya keluarkan duit dalam sampul coklat ni dan hamburkan semua ke muka dia. Memang sah kepala dia dah rosak teruk gara-gara Methamphetamine yang dia sedut tu semua.

"Nok, boleh tak kau menunaikan permintaan mak di petang nan mulia ini? Keluar kejap dari reception counter ni?"

Aku kecilkan mata. Aku taknak buat apa yang dia suruh.

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now