Bab 12

3.9K 89 17
                                    

12. AEMEZ KIEHL

"...It's only a shadow and nobody else!"


Genap seminggu selepas insiden tragis yang berlaku pada harijadi Cloud yang ke-23. Memang malang buat dia, beb, sebab hari lahir dia tu sebenarnya adalah hari kematian Fateh yang aku pasti dia tak akan lupa sampai bila-bila.

Walaupun kami berempat dah bersumpah yang kami akan simpan rahsia ni sampai ke lubang kubur, tapi ini bukan benda yang boleh senang-senang untuk kami semua buat tak tahu. Sekurang-kurangnya bukan dalam tempoh sebulan dua ni. Kami berempat jadi saksi pembunuhan tu, beb!

Aku pernah menghadapinya sebelum ni, dan jujur aku cakap, menghadapi perkara ni, seolah-olah berada dalam déjà vu. Mak bapak dan adik-beradik aku dulu pun pernah ditembak mati di depan mata aku juga, kan? Walaupun aku tak tahu macamana nak menerangkannya, tapi aku dah tahu macamana untuk buat perkara tu supaya tak mengganggu rutin hidup yang patut aku jalani macam biasa.

Belum pun reda kes Rita kena tangkap polis, Fateh pulak mati kena tembak. Bila difikirkan, kesian jugak dengan mamat Iran tu. Tak pasal-pasal mati katak. Dah tentu-tentu mati dia tu tak berkubur. Mayat pun tak tau kena campak kat mana.

Memang kesian. Mak bapak dia hantar dia kat Malaysia untuk belajar, alih-alih terlibat dengan gangsterisme, jual dadah pulak tu. Selain kami berempat, tak ada sesiapa lagi yang tahu tentang kematian dia dan tak ada sesiapapun dapat buat apa-apa.

Gasaklah! Itu hal dia, kenapa aku nak kesian bagai, kan? Dia patut tahu apa kemungkinan buruk yang dia akan hadapi bila dia dah terjebak dengan kancah dadah. Berurusan pulak dengan Lou Foo, memang tak ada ampunlah jawabnya.

Cakap Leman memang betul. Siot, Leman memang selalu betul. Kalaulah si Rita tu dari dulu dengar cakap Leman, tak mungkin benda ni semua terjadi. Tapi benda dah jadi; nasi pun dah jadi bubur. Cakap banyak pun dah tak guna lagi dah, kan?

Dan sekarang ni, dalam rumah ni pun kami dah tak banyak bercakap lagi dah. Rumah ni sunyi sejak seminggu lalu dan harap-harapnya dalam tempoh seminggu lagi, kami akan jadi normal baliklah. Huh!

Tapi, seminggu tu tempohnya mungkin terlalu sekejap kot? Sebab, kalau mengikut pemerhatian aku, ada seseorang di antara kami yang paling terpukul dengan insiden tragis tu. Mula-mula aku sangka si Cloud yang pengecut tu yang tak boleh terima kenyataan, alih-alih Qidran!

Qidran dah nampak tak terurus sekarang ni. Dan adalah sekali dua aku ternampak dia menangis kat dapur sorang-sorang dan Leman pun pernah jadi saksi. Jangan kata nak bercakap, menengok muka kami pun dia tak lalu.

Cloud buat spekulasi yang Qidran mungkin tersinggung dengan soalan-soalan Leman yang bersandarkan tuduhan dari Fateh, sebab itulah dia dah taknak bercakap dengan kitorang semua. Itulah dia alasan yang paling bangang aku dengar dari Cloud. Logik ke Qidran menangis macam perempuan hanya kerana soalan-soalan maut Leman? Aku tak dapat tidak untuk ketawa sorang-sorang bila fikirkan hal tu.

Aku rasa teori aku lebih mudah dan masuk dek akal, Qidran yang aku kenal, adalah seorang kawan yang sangat setia pada kawan. Dia sanggup mati demi kawan dan aku tak akan hairan pun kalau si Fateh tu pun adalah salah seorang kawan baik dia. Tak mustahil kalau dia rasa tertekan dengan kematian Fateh walaupun dia terpaksa berlagak poyo depan Lou Foo.

Dari raut muka dia malam tu pun, aku dah boleh agak yang dia pun tak sangka yang Lou Foo boleh bertindak membunuh Fateh macam tu. Mungkin jugak dia terfikir macamana kalau dia menerima nasib yang sama dengan Fateh.

Teringin juga aku nak duduk semeja dengan dia, berbincang dari hati ke hati dan tolong dia. Leman kata tak payah, sebab dia dah cuba dan nyaris kena penumbuk Qidran. Cara yang paling baik kata Leman, ialah biarkan saja Qidran untuk beberapa waktu untuk bersendirian. Lelaki ni ada ego katanya. Hmh, jantan, kan? Nak buat macamana?

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now