16. BANG BANG! BAHAGIAN 1
"Line them up, knock them down if looks could kill; my body's fully loaded and I got more ammo!"
Jalan Perdana, di sinilah titik merah terakhir nama Jaja aku nampak dalam skrin telefon aku tadi. Inilah dia tempatnya. Aku dapat rasakan tapak tangan aku di dalam kedua-dua sarung tangan hitam ni dah mula membasah. Lima belas minit melepasi pukul 11 malam. Cloud dan aku dah sampai kat Damansara Damai dan kami berhenti di tepi jalan sebuah kawasan perumahan elit.
Aku rasa aku dengar suara Cloud yang membebel-bebel tak puas hati dengan aku. Aku tak jelas dengan butiran yang keluar dari mulut dia, aku cuma fokuskan keseluruhan fikiran aku pada skrin telefon aku, mengharapkan titik merah dengan nama Jaja yang hilang tadi akan muncul semula pada bila-bila masa dari sekarang.
"Hoi!" Cloud cepuk helmet aku kuat-kuat.
"Apa?"
"What exactly are we doing here? You said we're going to a costume party, where the hell is it?"
"Sinilah."
"Sini kau tu mana? Kat tepi jalan ni?"
Aku malas nak melayan dia. Aku tengok balik telefon aku, masih menantikan nama Jaja muncul balik. Jalan Perdana-lah ni. Kat sini ke?
Aku tengok kawasan perumahan ni, berkira-kira kalau inilah tempatnya. Mungkin juga. Ini kan kawasan perumahan orang kaya? Walaupun aku tak tahu di mana sebenarnya lokasi rumah Lou Foo, berkemungkinan besar di sinilah dia tinggal. Tapi kenapa sunyi? Tak ada pula bunyi letupan kedengaran? Betul ke aku ni? Ke aku dah terlambat? Ya Allah, macamana ni? Apa aku nak buat?
"Kau dari tadi tak sudah-sudah dengan GPS dalam handphone bangang kau tu!" Cloud mengomel lagi.
"Aku tengah carilah ni," itu saja yang aku dapat cakap. Aku dah tak boleh lagi nak menipu Cloud bila dah sampai ke tahap ni.
"Yeah right! Padahal kita ni dah sesat, kan? Kau tak tau kat mana, kan? Stupid whore!"
"Shoot!" aku jerit kuat-kuat. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Nama Jaja dah tak timbul-timbul lagi. Dah mati ke apa perempuan tu?
Aku tak boleh tunggu lagi. Aku buka helmet aku, aku telefon nombor dia. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum aku tekan butang hijau pada skrin telefon. Minta-mintalah dia jawab panggilan aku.
Sarung tangan aku pun dah kuyup dah ni. Aku sangat-sangat berharap yang Jaja masih hidup untuk meneruskan rancangan ni. Ja, kau jangan mati dulu, Ja. Aku dah datang dah ni. Kalau kau nak mati, biar kita mati sama-sama!
Ada deringan! Telefon dia dah hidup, Alhamdulillah. Tut... Tut... hampeh betul, dia tak angkat pula! Akhirnya panggilan aku masuk voice mail. Aku cuba lagi sekali, sama juga!
Dua panggilan tak berjawab. Walaupun dia dah tak tutup telefon, aku masih belum lagi puas hati. Itu langsung tak beri apa-apa petunjuk untuk beritahu aku macamana keadaan dia sekarang, jadi aku hantarkan dia SMS.
'KAU KAT MANA?' Saja aku taip dengan huruf besar semuanya. Keadaan dia yang tenggelam-timbul tak berkhabar berita ni memang betul-betul buat aku penasaran.
Bila aku toleh pada Cloud, baru aku sedar yang dia menyumpah-seranah aku dengan segala macam ayat kesat yang bermula dengan huruf F. F sana, F sini. Aku faham yang dia pun dah hilang sabar dengan aku dan dia paling tak suka kalau apa yang dia cakapkan orang tak layan.
"...Dahlah pakai baju macam orang gila, duduk tercangak pulak kat tepi jalan. Kau ingat aku ni jalang jugak macam kau ke hah? Kalau aku tau macam nilah jadinya, memang aku tak akan ikut kau. Kalau dah bodoh tu, bodohlah jugak! Effing whore!"
YOU ARE READING
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup
AcciónLima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Per...