Bab 18

3.5K 82 10
                                    

18. FAKE BLOND PHILOSOPHY

"...Mirror mirror on the wall, who's the baddest of them all?"

Dalam dunia ni, cuma ada empat orang saja manusia yang panggil aku 'Leman' secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan ni. Tapi nama aku dalam MyKad, Jordan Ollivanders Imran Bin Imran.

Bapak namakan bersempenakan negara Jordan dan di situlah Mummy dapat tahu yang dia mengandungkan aku ketika dia sedang berbulan madu dengan Bapak. Ollivanders pula adalah nama keluarga Mummy dan Imran tu nama bapak, sebab itulah lepas Imran, aku dibinkan lagi dengan Imran.

Sejak kecil lagi, aku banyak nama timangan. Sampailah ke zaman remaja, aku ada banyak nama jolokan. Kesemua nama-nama yang orang panggil pada aku, bukanlah aku yang saja-saja letak. Diorang yang berikan nama-nama tu semua pada aku dan bukan semua nama timangan yang orang bagi kat aku tu aku suka.

Aku juga dibesarkan di banyak tempat dan dengan itu, aku punyai banyak kehidupan dengan keluarga aku. Bersama keluarga, aku tak pernah duduk pada satu tempat untuk satu masa yang lama, semuanya kerana pekerjaan Bapak dan Mummy.

Pada yang mereka yang kenal dengan Bapak dan Mummy, mereka susah untuk percaya macamanalah aku ni boleh jadi anak diorang. Bapak seorang peguam dan Mummy seorang pakar bedah. Kerjaya aku sebagai seorang receptionist di sebuah hotel bajet sejak tujuh tahun lalu, menjadikan aku sebagai satu-satunya anak mereka yang menongkah arus dalam tradisi keluarga.

Tapi ironinya, Bapak dan Mummy adalah ibubapa yang paling cool di dunia kerana dengan selamba menerima aku dan profesi aku seadanya.

Aku adalah anak sulung dari lima beradik dan ada empat orang adik di bawah aku, yang menguatkan lagi hujah yang aku memang satu-satunya anak yang paling pelik dalam kalangan adik-beradik sendiri.

Kedua adik perempuan aku, sedang belajar di luar oversea untuk menjadi peguam seperti bapak. Dan yang dua lagi adik lelaki aku yang masih lagi di sekolah rendah dan menengah ada potensi besar untuk ikut jejak langkah Mummy suatu masa nanti; bless them.

Seperti yang aku dah cakap tadi, aku membesar di banyak tempat dan hidup aku memang penuh dengan warna, di tambah lagi dengan Bapak dan Mummy yang datang dari dua dunia yang sangat berbeza. Mummy berdarah Inggeris dari sebelah bapa dan berketurunan Dusun dari sebelah ibu. Mummy lahir dan membesar di UK. Bapak pula berbangsa Murut dengan ibu dari keturunan Kadazan. Dan dia seorang mualaf.

Mempunyai bapa Mualaf dan beribukan separuh orang putih, ramai orang selalu mengandaikan yang keluarga kami mungkin liberal dan terbuka dalam hal-hal keagamaan. Ironinya, ibubapa aku selalu meletakkan agama sebagai panduan dalam membesarkan aku dan adik-beradik. Walau bagaimanapun, Bapak dan Mummy bukanlah jenis orang konservatif yang tipikal bila bercakap pasal hukum syariat dalam hal-hal agama.

Mummy sentiasa percaya yang agama Islam adalah landasan yang patut dijalani oleh setiap Muslim di dunia demi kehidupan semula di akhirat. Bapak pula selalu menekankan ilmu dalam kehidupan seharian dan proses pembelajaran setiap Muslim tidak pernah berhenti sehinggalah tibanya mati.

Oleh kerana Mummy dan Bapak adalah di antara mereka yang berpegang pada falsafah masing-masing, sudah semestinya aku jugak akan mengikut cara mereka berdua berfikir. Dari merekalah, aku cipta pegangan aku sendiri dalam 'falsafah blond palsu'; it's not who you are that makes you special, it's what you choose to be.

Susah untuk aku huraikan apa sebenarnya yang aku percaya pada falsafah ciptaan aku sendiri ni. Tapi dengan adanya falsafah blond palsu, aku tak perlu hidup semata-mata dengan penerimaan orang lain; aku tak perlu meminta orang untuk terima diri aku. Aku juga tak perlu kisah apa penilaian orang lain terhadap diri aku, selagi aku tak menyalahi hukum Tuhan dan menyusahkan manusia lain, betul tak?

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now