Bab 19 + Bab 20

3.1K 73 7
                                    

19. JAHAT SANGAT KE AKU NI?

"...I've always found it hard to see into the other side of me..."

Tepat 7:00 malam, Leman dah keluar. Katanya nak beli baju baru untuk kitorang bertiga. Memang patut pun, sebab aku memang tak ada baju lain lagi untuk ditukar. Sehari suntuk dah pakai baju Zorro bodoh ni. Aku pun tak berani lagi nak menayang muka aku ni kat luar, risaukan diri aku yang dah bersekongkol dengan dua ekor penjenayah jahanam ni. Aku tak mahu nanti tak pasal-pasal kena tangkap polis. Sial betullah nasib aku ni!

Aku tengah layan cerita Lone Ranger kat HBO Channel untuk menenangkan diri aku yang masih dalam keadaan terkejut dan paranoid ni sekarang.

"Cloud," aku dengar Jaja panggil aku. Tak sedar pula aku sejak bila pengkid celaka tu bangun. Tadi aku tengok, dia masih lena lagi dibuai mimpi dengan dengkuran yang mengalahkan ngauman singa.

"What?"

"Boleh bagi aku air tak? Hauslah!"

Aku hulurkan dia botol besar air mineral yang terbaring atas katil queen-size aku.

"Kot ye pun bagilah aku cawan. Macamana aku nak togok air ni dengan tangan aku macam ni?"

"Your other hand is fine," aku balas balik.

"Kau kan, kalau orang nak mintak tolong, berkira sangat, kan? Takkanlah aku nak minum dengan tangan kiri pulak?"

Aku pun ambillah mug untuk dia. Tuang air mineral tadi separuh penuh dalam mug tadi dan hulurkan pada dia yang cedera tu.

"Terima kasih," katanya.

"Tu, ada bubur tu. Tadi Leman beli untuk kau."

Jaja telan semua kandungan air dalam mug yang aku berikan tadi. Haus sangat dia ni agaknya.

"Nak air lagi?"

Dia mengangguk.

Kali ni aku tuang penuh dalam mug tu dan dia habiskan semuanya dalam sekali teguk.

"Nak lagi?"

Dia menggeleng.

"Tu bubur tu, makan!" Aku mengingatkan.

"Biarlah menatang tu kat sana dulu~ ai? Apa jadi dengan rambut aku ni?" Jaja raba-raba kepalanya.

"Bet you still don't know that you're no longer a blonde bombshell!"

"Hah?" Jaja menoleh ke kiri-kanan. Aku tahu dia tengah mencari handbag dia.

"Tu!" Aku tunjukkan handbag yang tengah di bawah katil.

"Lahanat!" maki Jaja, menengok bayang mukanya dalam cermin compact powder di tangan.

"Cantik, kan? Sekarang kau dah jadi Fiet balik," aku mengejek.

"That whore! Dia cabut extension aku lepas tu hitamkan rambut aku, anjing!"

Aku gelak sebab kelakar. Dalam psiko dia ni, masih ada lagi perangai dan pembawaan Fiet dalam diri dia.

"What's so funny about?" marahnya.

"Sebab kau nampak bodoh!"

"Kaulah bodoh! Jalang tu pergi mana?"

"Keluar, nak beli baju untuk kita katanya."

"Siot betullah kau, Leman. Nak kena ni dengan aku. Penat-penat aku make over-kan diri aku, bleach-kan rambut colour blonde, kau hitamkan balik!"

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now