BAB 2

13.7K 547 51
                                    

SUNYI. SEPI. Tiada langsung bunyi yang bergema di dalam kereta mewah ini. Aku hanya membatu keras sambil memandang ke luar tingkap. Pada salji yang masih ralit jatuh dan meliputi bumi. Sesekali aku mengetap bibir. Jari-jemari dikepal kuat. Hati pula, mengalunkan doa yang pelbagai. Sedaya-upaya aku cuba bertenang, sedangkan jantung seperti mahu tergolek keluar.

"Here."

Suaranya menyentak kuat. Spontan aku menegakkan tubuh dan menoleh. Sehelai sapu tangan terlebih dahulu menjamah anak mata.

"Wipe your tears."

Jariku ternaik sendiri dan menyentuh pipi. Entah bagaimana aku boleh tidak perasan. Rupa-rupanya pipiku masih basah.

"What's wrong with women? Cry for almost everything." Dia menyambung. Ada kutukan dan kekerasan dalam kata-katanya.

Telingaku berdesing. What's wrong with women? Eh, kalau dah nyawa aku hampir-hampir melayang, ditambah pula dengan fiil menakutkan dia, tak pelik rasanya kalau aku menangis. Walaupun aku bukan stok perempuan lembik yang suka menangis bawah tangga, tetapi aku tetap perempuan. Dan sesungguhnya perempuan haruslah takut dengan keadaan tadi. Ingat normal ke tengok orang saling berbunuhan? Tak normal, okey? Tak normal!

Itu adalah apa yang aku fikirkan dalam otak. Teringinnya aku untuk menjawab macam tu. Namun hakikatnya, aku sedang menikus sambil teragak-agak mengambil sapu tangan yang terhulur dan mengelap pipi. Hidungku serta-merta ditusuk bau yang terbit dari celah-celah fabrik. Maskulin tetapi pada masa yang sama, bau tersebut memberikan perasaan yang sukar untuk aku teka. Ada misterinya, ada manisnya.

"So..."

Dia bertutur lagi.

"Where do you stay?"

"Hitsuji-an." Aku menjawab pendek.

Dia menyoal pemandunya tentang Hitsuji-an. Kemudian, dia kembali melihat padaku.

"There's no hotel named..."

"It's a guest house," pintasku laju. Agak-agaklah, ini Jepun kut. Salah sebuah negara paling mahal di dunia. Memang tidaklah aku mampu untuk tinggal di hotel.

"Okay."

Hanya itu balasannya. Hujung bibirku menyinis. Pasti lelaki ini tidak pernah menjejak kaki di tempat-tempat untuk golongan marhaen. Daripada cara dan gayanya sahaja, sudah aku tahu bahawa dia cuma mengenali kemewahan semata-mata. Hidup dalam timbunan wang. Jauh bezanya daripada aku.

Dia kembali bercakap dengan pemandunya. Atau lebih tepat lagi, memberikan arahan. Aku membiarkan sahaja, malas masuk campur. Selebihnya, aku memang tidak berani buka mulut, melainkan dia bertanya dan mahukan jawapan daripadaku.

Keadaan antara kami kembali senyap. Dia dengan wajah seriusnya, dan aku dengan...entahlah, aku sendiri tidak tahu perasaanku sekarang. Risau? Semestinya. Takut? Lebih dua kali ganda berbanding risau. Kerana itu, aku tidak berani untuk menyoal ke mana arah tujuan kami? Adakah dia mahu menghantarku pulang? Atau pertanyaan tadi sekadar berbasi-basi tanpa tujuan?

"I'm sorry."

Sekonyong-konyong, anak telingaku menangkap kata-kata maaf. Kepalaku tertoleh ke sebelah. Mata terkelip-kelip memohon penjelasan.

"For yelling at you," ujarnya tanpa sekali melihatku. Dia tetap tegak memandang ke hadapan.

"You said sorry. I didn't see that coming from you," luahku jujur.

SALJU KYOTO (Published)Where stories live. Discover now