Pemula

225 1 0
                                    

Isnin, 6.30AM. Deringan kekunci jam membingit. Zaim bangkit lemah, duduk, mata digosok, selimut ditarik menutup bahagian yang mencanak setiap pagi, sejuk. Menunggu surut sebelum bingkas bangun dari katil.
******
Enjin motor Yamaha Nouvo dihidupkan. Rokok dinyalakan sambil menyarungkan baju hujan. Bersedia cuaca tidak menentu. 'Baik pakai siap-siap. Kang hujan kena berenti-berenti, malas aku.' Cakap Zaim seorang sambil mengetuk puntung rokok membuang sisa abu. Rutin harian biasa Zaim. Tiada yang lain. 7.10AM, puntung rokok dibaling, 'Bismillah!' Ucap Zaim. Laluan jalan harian ke tempat kerja Zaim menanti.

Kampung Baru, 8.15AM. Motor diparkir, kunci ditarik. Zaim berlari ke lobby bangunan tempat kerja nya. Menekan butang lif menaik. Sambil menunggu lif, 'Assalamualaikum Zaim!' Tegur pak cik guard keluar dari bilik stor berhampiran lobby lif. 'Waalaikumsalam!' Balas Zaim iring senyuman.
******
'Zaim!' Jerit Syakir. Muka Zaim terkulat terkejut. Syakir tergelak perlahan melihat muka kawan nya terkejut. 'Yuk breakfast lat.' Ujar Syakir. Lat atau lalat. Panggilan lain kepada Zaim. Tahi lalat di muka yang pada asalnya sebagai bahan menyakat, tapi kini menjadi nama panggilan. Zaim terima, tidak terasa hati. 'Makan mana? Aku teringin nak makan lontong la weh. Mana sedap?' Tanya Zaim. 'Dekat kedai Zaini je la, semua ada situ, lontong situ pun boleh tahan!', ujar Syakir. 'Memang dekat Kampung Baru ni takde kedai makan lain selain Zaini. Semalam aku ajak makan nasi lemak, situ kau suggest. Kelmarin roti bakar sapu planta letak gula pun situ jugak kau ngajak nya. Bukan sedap pun, yang sedap pun sebab dapat usha tetek ngan bontot awek ambik order tu.' Syakir bergelak. Muka gatalnya jelas. 'Macam gampang muka!', sambung Zaim.
******
Berbekal diploma Mekanikal dari universiti yang asal kewujudannya hanya untuk mengenal kepada bangsa Melayu V=I/r, kini pelajar nya mampu bersamaan populasi penduduk negeri Perlis jika digabung keseluruhan pelajar universiti pada setiap negeri.
'Pembantu Jurutera' jawatan disandang Zaim, itu yang layak. Gaji hanya sedang. Tidak lah tinggi, kena dengan jawatan dan cara bekerja. Kerja santai, tiada tekanan. Biasa lah Melayu! Tetapi Melayu, umpat tiada pemisah. Dosa bila dikira tiada penhujung. Tetapi manusia, jangan ganggu kerja Tuhan, pelacur juga boleh ke Syurga.
*****
6.30AM, jentera buatan Jepun dihidupkan Zaim. Rokok kali 15 batang dinyala. Sempat disapa Kak Ayu, 'Nak balik dah Zaim?'. 'Haah kak.' Jawab Zaim sambil menghembus asap busuk dari mulut.
*****
Selimut ditarik, bilik gelap. Muka Zaim terang bersuluh kan telefon sesentuh. Laman sosial melayar. Twitter kejap, Facebook kejap. Rutin biasa sebelum lelap. Jam menunjuk pukul 12.13AM. Sudah lewat untuk tidur. Telefon Zaim berdering, 'Syakir' menunggu di talian. Tidak dilayan. Zaim senyapkan telefon. Hanya sekali panggilan masuk. 'Ni kalau bukan sebab nak bagitau dapat memantat dengan awek Siam tak pun ajak lepak mamak, malas aku.' Cakap Zaim perlahan sebelum menarik selimut, tidur.

Zaim, Lalat.Where stories live. Discover now